CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3280|Reply: 19

mewarnakan rambut. Boleh atau tidak boleh?

 Close [Copy link]
Post time 8-10-2007 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Saya ingin bertanyakan tentang mewarnakan rambut.
Boleh atau x?
Jika boleh jenama apakah yang di benarkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2007 01:38 PM | Show all posts

Reply #1 dieela's post

tak boleh!!  baik jangan warnakan rambut! dah elok2 cantik itam, pi warna tu watpe! tak bersyukur ke! nak tiru omputih watpe! kalau omputih masuk Malaysia pon dah tak kenal Malaysian, sume sama je cam diorang..

p/s: guna inai ler..  halal..
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 8-10-2007 01:39 PM | Show all posts
kalau bertujuan untuk kecantikan adalah tidak boleh...

tapi nabi dulu inai kan rambut dengan warna hitam supaya nampak muda dan gagah hanya untuk menakut kan pihak musuh semasa perang..
Reply

Use magic Report

grugals This user has been deleted
Post time 8-10-2007 01:42 PM | Show all posts
Originally posted by kroit92 at 8-10-2007 01:38 PM
tak boleh!!  baik jangan warnakan rambut! dah elok2 cantik itam, pi warna tu watpe! tak bersyukur ke! nak tiru omputih watpe! kalau omputih masuk Malaysia pon dah tak kenal Malaysian, sume s ...
betul tu..semua nak warna rambut sape nak warna itam?mat salleh tengok pun tak heran apa dah
memang guna inai halal..tpi niat tu kena tengok gak?untuk kecantikan jatuhnya tidak boleh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 01:58 PM | Show all posts

salam

Hukum mewarnakan rambut berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, tidak boleh mewarnakan rambut sama sekali, kecuali dalam dua keadaan:
1) Rambut berubah menjadi putih ketika masih muda disebabkan penyakit. Ketika tersebut boleh diwarnakan dengan warna hitam.
2) Rambut sudah beruban kerana tua. Ketika ini boleh mewarnakan rambut, tetapi tidak boleh dengan warna hitam.
3) Ketika hendak berperang. Maka boleh mewarnakan rambut yang putih dengan warna hitam untuk memperdayakan musuh.
Adapun wanita, mereka boleh mewarnakan rambut mereka dengan apa sahaja warna pada bila-bila masa.
Syarat pewarna rambut tersebut mestilah ia tidak dibuat dari barang najis, dan tidak kalis air. Ini agar air membasahi rambut ketika berwuduk dan mandi hadas. Cap Halal bermakna bahan yang digunakan tidak mengandungi najis. Tetapi ia tidak bermakna bahawa ia kalis air.
Diingatkan agar wanita yang mewarnakan rambutnya, tidak mempamerkannya kepada lelaki yang bukan mahram kerana ia akan mengundang lebih banyak dosa. Juga wanita yang sudah bersuami perlu meminta izin suaminya sebelum mewarnakan rambutnya agar ia tidak menimbulkan konflik perhubungan suami isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 02:39 PM | Show all posts

Reply #5 zameer's post

tul tu bagi wanita boleh warna kalau untuk kecantikan gunakan bahan yang halal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2007 02:47 PM | Show all posts
kalo guna dye yg tak kalis air..mati sok macam mana nak mandikan ye? skang ramai org kompius...cop halal kat kotak tu sebab bahan2 nya so-called halal..tapi kaedah pewarnaan tu sendri camana kan? lagi satu yg aku musykil...dye kan rambut (selain inai)...bukan ke merosakkan rambut? cantik cuma seketika..tu pun kalo kenalah warna kulit dgn rambut tu...tapi pastu, nak jaga susah. nak buat treatment lagi kalo rosak..kan ke niaya namanya...wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 02:51 PM | Show all posts

Reply #1 dieela's post

boleh dgn syarat,
- pastikan pwarna tu jenis serap air (mcm inai)
- hanya utk mahram (suami), kalo nk free hair g jln2 tu phm2 sndiri hukum die
- kalo dah pasti pwarna tu jnis serap air, pastikan lak bahan2 die halal.

cuma skrg ni x silap.. bnyk produk yg guna bahan halal, tp x mnyerap air cam inai. so x guna jugakkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2007 04:05 PM | Show all posts
Terima kasih kerana membantu saya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 05:32 PM | Show all posts
sebentar, kesimpulannya apa nih, yang ada tanda halal tuh boleh guna ke tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 01:29 AM | Show all posts
beli inai kat mydin je
yang RM5 sekotak utk 6 bungkus pun ade
sejuk kepala
sihat rambut hilang kelemumur
Reply

Use magic Report

UNDERGEARZ This user has been deleted
Post time 9-10-2007 01:41 AM | Show all posts
Originally posted by ianho at 8-10-2007 02:39 PM
tul tu bagi wanita boleh warna kalau untuk kecantikan gunakan bahan yang halal

jadi ape yg grugals ckp tu tak betul la,ish sesat la gru... tp tngok gambo dia mcm dia warne rambhooot jeer
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 06:35 AM | Show all posts
Originally posted by nurkasih74 at 8-10-2007 02:47 PM
kalo guna dye yg tak kalis air..mati sok macam mana nak mandikan ye? skang ramai org kompius...cop halal kat kotak tu sebab bahan2 nya so-called halal..tapi kaedah pewarnaan tu sendri camana kan? ...



psstttttttttttttt..............haper cakap pasal mati weh???
Pasal SOLAT n MANDI JUNUB laaa dulu

Ayor tak kena anggota badan, camana nak berwuduh n bersolat. Apatah lagi utk MANDI JUNUB???

Banyak dewasa ini teman nengok oghang Melayu-cum-Islam yg mewarnakan ghambut deme dgn pelbagai bagai colour.
Asalkan ada tulis HALAL..................deme belasah semacam jer.

Seperti forumis di atas menulis, HALAL tersebut mungkin di tujukan kpd BUKAN NAJIS.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 03:13 PM | Show all posts
tapi aku pelik ada orang die rambut dier dgn kaler macam2 pastu selamber badak jer pi semayang terawikh...:kant: hmy3:
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 04:39 PM | Show all posts
Originally posted by dieela at 8-10-2007 01:30 PM
Saya ingin bertanyakan tentang mewarnakan rambut.
Boleh atau x?
Jika boleh jenama apakah yang di benarkan?


I dengar ada ustaz kata jika tak ada hadis yang melarang sesuatu perbuatan itu maka hukumnya adalah boleh. So in this case cuba cari dalil-dalil yang kuat untuk mengharamkan warna rambut. Nabi dulu ada juga mewarnakan rambutnya hitam tapi guna bahan halal.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 05:00 PM | Show all posts
Originally posted by dieela at 8-10-2007 12:30
Saya ingin bertanyakan tentang mewarnakan rambut.
Boleh atau x?
Jika boleh jenama apakah yang di benarkan?


Perbedaan pendapat. Ada yang bilang boleh diwarnai, tapi hanya untuk suami. Dan tidak boleh diwrnai dengan warna hitam (untuk yang beruban), tidak boleh menyerupai orang kafir modelnyer, tidak boleh menyerupai laki-laki.
Ada juga yang bilang tak boleh.
Di Yaman, wanita arab tuu mewarnai rambut dan ulama sana membiarkan mereka asal mereka tetap menjaga hijab mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2007 05:03 PM | Show all posts
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dzar mengatakan:

"Sebaik-baik bahan yang dipakai untuk mewarna uban ialah pohon inai dan katam." (Riwayat Tarmizi dan Ashabussunan)

Inai berwarna merah, sedang katam sebuah pohon yang tumbuh di zaman Rasulullah s.a.w. yang mengeluarkan zat berwarna hitam kemerah-merahan.

Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, sedang Umar hanya dengan inai saja.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 05:08 PM | Show all posts
Originally posted by zerozone at 9-10-2007 05:03 PM
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dzar mengatakan:

"Sebaik-baik bahan yang dipakai untuk mewarna uban ialah pohon inai dan katam." (Riwayat Tarmizi dan Ashabussunan)

Inai berwarna merah, s ...

So it is ok to color ur hair. Jangan haram sesuatu yang halal.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by BikerLady at 9-10-2007 05:08 PM

So it is ok to color ur hair. Jangan haram sesuatu yang halal.



apakah definisi mengubah kejadian Tuhan? dulu2 orang kita berpendapat mengubah kejadian Tuhan adalah haram. kalau Allah dah jadikan pendek tak perlu nak tinggi contohnya. tapi kalau rambut putih kenapa boleh pula dihitamkan?

kalau kening tebal kenapa dilarang dinipiskan? adakah bulu mata yg lurus dilarang dilentikkan? bagaimana dgn misai yg tebal? bolehkah dinipiskan?

wanita Msia byk yg kulit muka hitam tapi berusaha nak memutihkan dgn mcm2 produk kecantikan di pasaran. adakah ini mengubah kejadian Tuhan?

bgmn dgn pembedahan mulut sumbing? adakah itu consider mengubah kejadian Tuhan? bgmn dgn berkhatan itu sendiri? adakah benda lebihan yg Tuhan jadikan itu tidak ada fungsi apa2 sehingga disunatkan dipotong? tidakkah itu mengubah kejadian Tuhan?

Bagaimana dgn plastic surgery yg dilakukan ramai masyarakat moden sekarang? mrk mencantikkan hidung, bibir. to the extent ada orang pendek yg membuat operation tulang utk menjadi tinggi.

Bagaimana dgn orang botak yg menanam rambut? adakah itu consider as mengubah kejadian Tuhan?

Bagaimana dgn orang yg memakai gigi emas/perak? adakah itu mengubah kejadian Tuhan juga?

yg kulit hitam nak jadi putih, yg putih nak jadi hitam. yg hidung penyek nak hidung mancung. yg kulit kasar nak kulit halus.

Ada jg yg buat operation buang lemak dari perut. adakah itu mengubah kejadian Tuhan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 07:56 PM | Show all posts
Sila teruskan perbincangan dalam thread sedia ada di :

http://travel.cari.com.my/viewthread.php?tid=217090&page=1

Kat situ pun dah ada banyak benda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.243172 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list