View: 2293|Reply: 10
|
Wujud pusat jagaan anak untuk keluarga kurang mampu
[Copy link]
|
|
Wujud pusat jagaan anak untuk keluarga kurang mampu
KELMARIN, kita sekali lagi dikejutkan dengan kematian seorang kanak-kanak akibat kebakaran. Ketika kejadian, kanak-kanak ini bersama dua abangnya masih kecil ditinggalkan bersendirian oleh ibu mereka yang keluar bekerja.
Jika dipandang dari sudut keselamatan, wajarkah kanak-kanak sekecil ini dibiarkan bersendirian? Tentu ramai di luar sana mengakui bahawa ini adalah sesuatu yang tidak wajar.
Saya percaya ibu mereka juga akan mengakui bahawa dia tidak patut keluar bekerja dan membiarkan anak kecil ini bersendirian dalam sebuah bilik tertutup rapat. Tapi apakan daya, kerana ingin mencari sesuap nasi buat anak ini, ibu berkenaan terpaksa pasrah meninggalkan anaknya bersendirian.
Mengapakah keadaan ini berlaku? Jawapannya sudah tentu berpunca kepada ketidakmampuan ibu berkenaan untuk mengupah pengasuh atau menghantar anak ke pusat asuhan. Seperti diketahui, untuk mengupah pengasuh atau menghantar anak ke pusat asuhan, seorang anak memerlukan RM150-RM250 (atau mungkin lebih mahal).
Jika dua, tiga orang atau lebih tentu bayarannya lebih tinggi. Jumlah ini tidak mungkin mampu dibayar seorang ibu yang berpendapatan kecil. Bahkan jika ibu memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan pun, belum tentu dia mampu. Apatah lagi dengan perbelanjaan harian semakin meningkat pada hari ini.
Saya percaya keadaan ini bukan saja dialami segelintir kecil keluarga di negara kita. Masih ramai kanak-kanak yang terpaksa ditinggalkan bersendirian di rumah ketika ibu bapa mereka keluar bekerja terutama di kalangan ibu tunggal.
Atas hakikat ini, tidak mustahil kejadian seperti itu berulang lagi. Apakah kerajaan atau pihak berkenaan atau masyarakat sendiri hanya mampu berdiam diri dan berkata 慿asihan |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dan menyayat hati..
nak hantar rumah mak ayah/ mertua, tak sanggup nak berpisah dengan anak..
nak hantar taska/rumah orang, mahal..
nak berenti keje jaga anak, takut tak cukup makan pulak..
pressure nye duduk kat bandar.. ish ish.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg dalam kosmo tu tak salah neisya dia ibu tunggal....kesian kan??
kalau ada suami...at least...boleh la consider...ini dah la nak jaga anak2...nak cari makan lagi...Ya Allah..kesian sungguh...
patut dipandang serius perkara ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
ummi sokong nih. Ye la, kalo nk antar kat nursery yg RM200-250 tu maybe yg berpendapatan rendah tak mmpu, apatah lagik yg ibu tunggal kan. yang ummi geram, ada member tlg bacakan kt paper..1 columnis tu tulis dgn ayat bermaksud lebey kurang "ibu penting kan diri sendiri"..what the heck, kalo dia tak g keje, sapa lak nak bg makan dia anak beranak..mcm la sume org yg tak mmpu tu dapat bantuan kebajikan masyarakat..geram je kat columnis tu:@ |
|
|
|
|
|
|
|
sian...bile pkir balik semua tu takdir!
tapi logik akal, nape ibu dia boleh tinggalkan anak dengan bunga api... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Khadeeja07 at 10-10-2007 11:12 AM
sian...bile pkir balik semua tu takdir!
tapi logik akal, nape ibu dia boleh tinggalkan anak dengan bunga api...
hidup kat tengah2 kl ni.. tekanan hidup yg amat tinggi.. evtho nak g toilet buang air pun kena bayo 50posen..
memang ada yg mcm ni kat kl.. tapi kalau x-hasben dia masih ada, mana tanggungjawab atas anak2??.. jgn pandai buat je, pastu lepas tangan.. :@ :@ :@ geram ni!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Saya sokong, kasihanilah golongan yg berpendapatan rendah. Kerajaan patut beri subsidi utk tujuan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 kita bukan tau masalah orang kan....
babysitter sekarang nie pun pandai cekik darah.... |
|
|
|
|
|
|
|
1. pusat jagaan kanak-kanak untuk org yg kurang pendapatan bagus jugak, cuma dananya kena Kerajaan la bagi dulu, masalahnya kos operasi mungkin meningkat dan lama kelamaan susah nak maintain pusat jagaan... takut kualiti jagaan pula rendah
2. Or setiap tempat kerja wajib adakan pusat jagaan dengan subsidi majikan untuk sebahagian bayaran jaga anak2 pekerja diaorg...
3. Satu lagi model ialah SOHO atau sharing jobs... cam kat oversea dulu penah terbaca.. 2 woman sharing jobs n salary. SOrang keje pagi-tghr, sorang tghr -petang... kalau dua-dua take turn jaga anak masing-masing maybe boleh jadi solution pada masalah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|