View: 2480|Reply: 2
|
Muzik Mampu Jana Pembelajaran Murid?
[Copy link]
|
|
Muzik mampu rangsang pembelajaran murid
PUTRAJAYA: Penggunaan muzik dalam pengajaran pelbagai subjek seperti Matematik, bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mampu merangsang deria murid untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Putrajaya (2) Presint 9, Nafishah Halim, berkata murid khususnya yang berminat dan cenderung terhadap muzik mudah faham apabila pengajaran diselitkan elemen muzik.
"Mengikut sukatan pelajaran, mata pelajaran muzik diajar satu jam setiap minggu kepada semua murid Tahun Satu hingga Tahun Enam.
"Tetapi bagi mempelbagaikan teknik pengajaran, guru digalak menyelitkan elemen muzik ketika mengajar matematik dan bahasa untuk menambah keseronokan murid," katanya selepas majlis penyerahan peralatan muzik bernilai lebih RM10,000 daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) sempena kempen Saya Cinta Muzik, di sini semalam.
Sumbangan disampaikan Naib Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim. Hadir sama, Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan, Noor Izan Khalid; Pengurus Besar RIM, R Ramani Ramalingam; Pengurus Besar Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Jennifer Thompson dan penyanyi, Jaclyn Victor.
Kempen anjuran bersama RIM dan PAIMM itu bertujuan meningkatkan kesedaran, kefahaman dan minat murid terhadap bidang muzik bagi melahirkan generasi muda bersemangat, kreatif dan berkeyakinan diri.
Sebanyak 16 sekolah di seluruh negara akan dipilih untuk menyertai kempen yang turut memuatkan program hari kerjaya bagi memberi peluang kepada pelajar menemui komposer, penerbit dan penyanyi tempatan.
Sementara itu, Norman berkata, pemilihan sekolah bagi menyertai kempen dibuat dengan kerja sama Kementerian Pelajaran.
Katanya, antara kriteria pemilihan ialah sekolah mesti mempunyai program muzik sendiri yang boleh dibangunkan dengan bantuan RIM.
"Pemilihan sekolah dibuat selepas kami mendapati ia mempunyai program muzik yang boleh dibanggakan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya mmg btul kot..sbb masa anak along tadika dlu along tgk dia hafal sifir scara berlagu..emm mmg berkesan.... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm skrg nie..bebudak umur 2 tahun pn dh leh hafal lagu mawi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|