|
dah lama aku tak buat kejer split thread neh
dan dah lama jugak aku teringin nak tolak kredit orang ratus |
|
|
|
|
|
|
|
review kedua dari media Mstar.com.my
Trio Mawi, M.Nasir dan Jamal 'menjadi'
18-12-2007 12:31:02 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
| GANDINGAN mantap tiga penyanyi popular tanah air, Asmawi Ani atau Mawi, M.Nasir dan Jamal Abdillah dalam Malam 1001 Gemilang yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam Ahad lalu memang 'menjadi'.
Kebanyakan penonton yang menonton persembahan trio ini berpuas hati apabila melihat reaksi mereka yang terhibur dan bersorak riang lebih-lebih lagi aksi M.Nasir yang mengajak penonton menari bersamanya ketika mengalunkan lagu Raikan Cinta.
Juara Akademi Fantasia 3 Mawi tidak ketinggalan memberi gelekan 'mesra' yang membuatkan penonton berasa lucu melihat persembahannya ketika menyampaikan lagu rancak seperti Gadis Melayu bersama Jamal dan Lagu Jiwa Lagu Cinta bersama M.Nasir.
Mawi menunjukkan bakat bergelek ketika mendendangkan lagu Gadis Melayu (Foto The Star oleh Azman Ghani)
Namun, persembahan Jamal boleh dikatakan paling 'menyengat' kerana lagu-lagu yang disampaikan bukanlah lagu kegemarannya yang biasa dinyanyikan dalam mana-mana persembahan sebelum ini.
Setiap kali beliau yang mendapat gelaran 'suara' oleh M.Nasir ini membuka mulutnya, pasti semua terpukau dan meremang bulu roma saat mendengarkan lagu-lagu seperti Seroja, Kekasih Awal dan Akhir, Keluhan Perantau, Berkorban Apa Saja ciptaan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Jeritan Batinku.
Persembahan majlis yang dihoskan oleh Aidiel Abdul Ghaffar itu dimulakan dengan alunan selawat oleh Mohd Muaz yang juga graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi memberkati majlis.
Walaupun kurang dikenali, namun suaranya boleh dikatakan menyedapkan halwa telinga melalui nyanyian lagu Kasih Sejarah Dua Hati menggunakan dwibahasa Arab dan Melayu, lagu tentang pembela anak yatim, seterusnya lagu Khalifah Merdeka diikuti dengan lagu Amrullah yang mengisarkan perjuangan orang-orang di Palestin dan lagu untuk kaum ibu berjudul Hawa.
Gandingan trio Mawi, Jamal dan M.Nasir mampu membuatkan keadaan hiruk-pikuk dengan sorakan penonton
Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam itu tidak lengkap sekiranya tiada cabutan bertuah di mana pemenang mendapat hadiah percutian ke Langkawi.
Tiba-tiba lampu dimalapkan dan penonton bagaikan mengerti penyanyi kegemaran mereka bakal beraksi selepas ini.
Selepas Mawi dan Jamal muncul di pentas utama yang berlatarkan warna ungu gelap dan putih menepati tema majlis, sorakan bergema lantaran iringan muzik lagu Kepadamu Kekasih dimainkan orkestra yang diketuai oleh pemuzik terkenal Edrie Hashim.
Tatkala Mawi dan idolanya berpadu suara menyampaikan lagu nyanyian asal Hattan ini, Sifu M.Nasir muncul di pentas lalu menyambung bait-bait lirik lagu tersebut maka semakin gamatlah sorakan penonton seakan 'berpesta'.
Ketiga-tiga trio yang memakai sut berwarna ungu gelap itu berjaya mendendangkan lagu itu bersama yang tiada cela seiring dengan suara mereka yang hebat dan sukar dibandingkan.
M.Nasir mengajak penonton menari semasa menyampaikan lagu Raikan Cinta
Seterusnya, kedua 'otai' Jamal dan M.Nasir meninggalkan Mawi di pentas bagi menyampaikan lagu Ya Salam serta Angan dan Sedar.
Vokal Mawi memang hebat tetapi dirasa bagaikan konsisten seperti persembahan yang pernah dilakukan sebelum ini, jadi tiada luar biasa lagi apabila mendengar suaranya itu.
Walaubagaimanapun, Mawi tetap melakukan yang terbaik bagi dirinya dan peminat kesayangan memang selalu teruja dengan setiap kemunculan penyanyi bersuara 'jantan' ini tanpa mengendahkan 'cacat cela' yang dilakukan.
Selepas Mawi menyanyikan dua buah lagu dalam album Doa, Berzanji dan Qasidah serta Satu Dalam Seribu, Jamal mengambil alih tempatnya dengan nyanyian dua buah lagu iaitu Samrah Mentari dan Seroja.
Mereka ibarat melakukan persembahan secara bergilir-gilir agar penonton tidak bosan tertumpu pada seorang artis sahaja kerana selepas Jamal beraksi, Mawi kembali mengambil tempat dengan mendendangkan lagu Aduh Saliha dan Cinta Zulaikha bersama iringan tiga orang penyanyi latar.
Vokal Jamal dalam lagu Jeritan Batinku membuatkan penonton terpaku akan kehebatannya
Penonton yang lebih puas menonton di dua buah skrin besar yang terletak di penjuru kiri dan kanan pentas selepas itu dihiburkan dengan vokal Jamal yang lantang melalui lagu Kekasih Awal dan Akhir, Keluhan Perantau, Berkorban Apa Saja serta Jeritan Batinku yang lebih memberikan nafas baru dan segar daripadanya serta membuatkan penonton terpaku mendengarnya.
Jika sebelum itu lagu Jeritan Batinku agak slow dan mendayu-dayu, persembahan kemudiannya dihangatkan dengan lagu rancak Terharu dan Gadis Melayu.
Mawi yang sudah bertukar sut putih kembali ke pentas untuk berduet lagu Terharu bersama Jamal yang sebelum itu memang sudah diagak oleh seorang penonton lantas dijeritnya nama lagu tersebut.
Selepas satu jam masa berlalu, barulah majlis menjadi gemilang dan penonton semakin seronok dan tidak sabar menanti bilakah M.Nasir akan muncul kembali.
Sebelum bunyian alat muzik dialunkan, Jamal berkata beliau ingin rehat namun 'didera' dan sampai hati Mawi mengenakannya.
Penonton akhirnya dapat melihat aksi M.Nasir kembali melalui lagu Ghazal Untuk Rabiah bersama Jamal.
M.Nasir turut menari dalam Lagu Jiwa Lagu Cinta bersama Mawi
Selepas itu, ketawa daripada penonton menggamatkan suasana apabila M.Nasir membuat lawak dengan berseloroh "Dari kecil saya tengok Jamal dan tidak tahu siapa yang lebih muda" dan bercakap tentang siapakah lelaki sejati antara mereka bertiga.
Bagi peminat lagu irama keroncong, mereka berkesempatan mendengar lagu Keroncong Untuk Ana yang juga mendapat tepukan peminat yang disampaikan secara medley oleh M.Nasir.
Selain Keroncong Untuk Ana, M.Nasir turut mengajak penonton menyanyikan lagu Mustika bersama-samanya tetapi disebabkan perkataan 'Mustika' kurang kedengaran, M.Nasir berkata penonton tidak mengekpresi kegembiraan mereka.
Majlis yang dianjurkan oleh Sutra D'Mega Event & Entertainment Sdn. Bhd. itu semakin dihangatkan dengan lagu Raikan Cinta oleh M.Nasir yang mengajak penonton tidak kira tua atau muda menari.
Akhirnya, M.Nasir berjaya menarik ramai penonton bergembira sambil berdiri dan berjoget serta bertepuk tangan.
Persembahan trio pada permulaan persembahan mereka dan di pengakhiran memang menyengat dan mantap
Kehadiran M.Nasir di atas pentas memang menghiburkan dengan lawak 'antarabangsa' yang kadangkala tidak difahami motifnya dan mungkin sekadar berlawak.
Pada mulanya beliau mengatakan lagu seterusnya adalah lagu yang popular buat sementara waktu kerana dinyanyikan oleh 'budak AF' dan selepas itu lawak beliau menjadi-jadi dengan mengatakan ingin menyanyikan lagu Lelaki Ini sedangkan lagu yang sebenarnya adalah Lagu Jiwa Lagu Cinta bersama Mawi.
Selepas nyanyian pasangan duet ini berakhir, penonton bersorak dengan mengatakan Mawi semput dan Mawi membalas "Badan dah naik."
Jika di awal persembahan dimulakan dengan gandingan tiga trio maka akhirannya juga menampilkan trio tersebut di mana lagu ke 20 yang dipersembahkan adalah lagu Mentera Semerah Padi dan penonton sekali lagi diajak menyanyikan korus lagu asal nyanyian M.Nasir itu sehingga bergema.
Secara keseluruhannya lagu-lagu yang disampaikan pada hujung-hujung persembahan semakin mendapat perhatian dan sorakan penonton.
Sebelum majlis yang diketahui bertujuan untuk beramal itu berakhir tepat pada jam 11 malam, cek disampaikan kepada Yayasan Bakti Malaysia dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Abdul Hakim Borhan sebanyak RM8 ribu setiap satu.
|
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lagi review dari manggaonline
Malam Gemilang 1001 menghiburkan
Malam 1001 Gemilang telah berlangsung pada malam 16 Disember 2007yang lepas. Bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) konsertamal ini menemukan 3 penyanyi lelaki termasyhur di Malaysia; M. Nasir,Jamal Abdillah dan Asmawi Ani.
Team ManggaOnline telah menghadiri konsert yang gemilang ini. JamalAbdillah tampil dengan suara yang memukau terutamanya untuk lagu Serojadan Jeritan Batinku. Jamal juga sempat mendedikasikan beberapa buahlagu untuk bekas isterinya, Basariah, yang diakui Jamal sebagaiperempuan baik. Team Manggaonline sungguh terharu dengan pengakuanikhlas Jamal itu.
Sifu M. Nasir muncul dengan auranya yang tersendiri meskipun segmennyanyian M. Nasir hanya muncul pada slot akhir persembahan. Lagu duetM.Nasir dan Jamal - Ghazal untuk Rabiah memang superb, ramaijemputan turut sama menyanyikan lagu tersebut. Begitu juga tatkala M.Nasir menyampaikan lagu medley Keroncong untuk Ana dan Mustika. M.Nasir juga turut sama mengajak sebilangan jemputan untuk turut samamenari ketika menyanyi lagu Raikan Cinta. Ramai jemputan yang agakveteren dengan penuh sporting berani menyahut cabaran M.Nasir untuk menari.
Mawi tampil dengan persembahan yang agak menarik. Team ManggaOnlinemerasakan Mawi harus banyak lagi belajar daripada 2 nama besar yangturut bernyanyi bersamanya iaitu M.Nasir dan Jamal. Tatkala menyanyilagu Kepadamu Kekasih dan Mentera Semerah Padi, Mawi tampak 'hidup'bersama M.Nasir dan Jamal namun ketika menyanyikan lagu secara solopersembahan Mawi dianggap ok sahaja.
Satu tepukan harus diberikan kepada okestra muzik bawah pimpinanEdrie Hashim. Alunan muzik tatkala mengiringi nyanyian memang best. Team ManggaOnline enjoy mendengarkannya. Pujian juga harusdiberikan kepada penyanyi baru Muadz, student UIA. Suara Muadz memangbagus. Muadz mesti berbangga kerana diberikan penghormatan melakukanpersembahan pembukaan.
Selaku satu majlis amal, dua badan kebajikan; Majlis Kanser Nasional(MAKNA) dan Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (YBKKM), telahmenerima wang sumbangan RM8,000 setiap satu hasil daripada penjualanmeja yang telah dijual.
Tak kisahlah jika berlaku serba sedkit kekurangan namun yang pentingkosert amal anjuran Sutra D'Mega Event & Entertainment Sdn Bhd. iniharus diberikan pujian. |
|
|
|
|
|
|
|
Persembahan mantap tiga penyanyi bersuara jantanOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
MALAM 1001 Gemilang yang bertemakan irama Arab Nusantara anjuran Sutra D扢ega Event & Entertainment Sdn. Bhd., yang menggabungkan tiga penyanyi lelaki popular negara iaitu Jamal Abdillah, M.Nasir dan Mawi selamat melabuhkan tirainya malam Ahad lalu.
Ternyata impian peminat ketiga-tiga penyanyi 憄ujaan Malaya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #208 kazz's post
tapi kat sotkabar nape tak kuar lagi review pasal ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #209 kekkukus's post
yg mendonan paste tu
dr sekoba Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #210 kazz's post
ye ke?...nak gi beli utusan lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chebedah at 18-12-2007 01:11 PM
kepada Iza bukan tujuan akak membalas posting awak untuk bergaduh tapi hanya untuk menengakkan kebenaran saja..seperti yang akak kata jangan hanya nak target group kitaorang sahaja biar fair n sq ...
terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Gemilangnya trio Jamal, M. Nasir dan Mawi - Pancaindera
Oleh WANDA IDRIS
MEREKA menjadi pujaan kerana bakat dan suara, berkongsi pula pada satu pentas lalu memberikan kesan paling mengujakan bagi menutup tirai 2007.
Tiga jagoan ini |
|
|
|
|
|
|
|
kiranya utk derma 16 ribulah kan
setakat ni komen komen yg postif
terutama utk jamal abdillah
agaknya dexa pergi tak? sure dia happy ngan komen wartawan
dan tak sabar nak tengok konsert ni kat astro |
|
|
|
|
|
|
| |
|