|
SEDIKIT PETIKAN DARI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN UNTUK PANDUAN KITA SEMUA, HARAP DAPAT MEMBANTU;
Menurut maklumat yang di terima alkohol ialah nama yang digunakan
di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang agak baik, iaitu:
i)Alkohol kayu (methanol)
ii)Alkohol biji-bijian (ethanol)
Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH.
Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH).
Di hospital ia dikenali dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk
membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman.
Ethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur(CH3CH2-OH)
bahan inilah yang digunakan sebagai campuran dalam minuman keras.
Dari penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak.
Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai,sama ada dari ubi kayu atau pulut.Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan.
Ubat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tq 4 all the info...aku pernah bertanya ustazah perkara yang sama, dia bagitahu alkohol bukan untuk diminum..jadi tak salah. |
|
|
|
|
|
|
|
TQ for the info. Aku ada sedara yang sangat sensitif hal2 ni, smpai dia siap nak buang perfume mahal yang anak dia beli sebab mengandungi alkohol katanya. So skang clear, buleh pakai...kalo dia nak buang jugak perfume tu aku ingat nak mintak je |
|
|
|
|
|
|
|
Yang di haramkan dalam islam ialah khamr (arak), kalau minum jadi mabuk tonggang langgang. Arak dibuat dan diproses dengan beberapa bahan yang disatukan, bahan yang aku tau anggur, bali, alkohol (jenis untuk ubat arak).
Yang diharamkan itu khamr atau semua bahan-bahan yang diguna untuk menjadi khamr.
Kenapa ulamak mengharamkan alkohol tetapi tidak mengharamkan anggur dan bali? sedangkan kandungan dua bahan ini dalam arak melebihi kandungan alkohol. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #44 kupia's post
anggur dan bali kalau kita peram atau tapaikan akan jadik alkohol juga.... jadik, jumlah alkohol dari bali dan anggur plus alkohol ubt arak tadi akan jadi berganda.... tetapi kalau tak silap dalam arak takleh lebih dari 5% alkohol kerana ia boleh memudaratkan peminum... dalam jangkamasa yang lama juga ia boleh menyebabkan kanser pada bahagian badan yang dilalui oleh arak tersebut.... sekian.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupia at 5-12-2007 06:10 PM
Kenapa ulamak mengharamkan alkohol tetapi tidak mengharamkan anggur dan bali? sedangkan kandungan dua bahan ini dalam arak melebihi kandungan alkohol.
kerana sebelum menjadi arak bahan tersebut adalah halal untuk dimakan dan baik untuk kesihatan.... |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku tau Haram kalo pompuan kuar rumah pakai bau bauan yg lalu jek mang sah terhidu....
kdg2 lam lif terlekat baunya
w/pun ko pakai perfume halal...... |
|
|
|
|
|
|
|
Perbedaan pendapat para ulama, ada yang bilang haram karena alkohol yang ade di perfume tuu najis, tapi ada juga yang bilang alkohol itu bukan najis walau haram di minum. Untuk lebih selamat pakai perfume non alkohol ajee. Kalau laki-laki sholat memang lebih afdhol pakai perfume, apalagi di masjid. Tapi untuk wanita tidak boleh pakai perfume ketika ke masjid karena banyaknya hadits yang melarang wanita yang pergi ke masjid memakai perfume. |
|
|
|
|
|
|
|
aku oernah baca mastika long tym ago
pasal alkohol kimia ni
boleh bawak semayang la..
ini smua masalah BAHASA
cuba kalo alkohol kimia tu kita bagi nama lain
tentu tak byk org was2
tapi guys..
aku baru je dgr galeri perdana smalam pasal pembuatan minyak wangi
yg menggunakan minyak haiwan
aku rasa..benda ni yg korang kene take note
takut guna minyak babi
sbb babi byk lemak
esp made in overC kan?
sabun pun
sama belajar kimia
mesti tau guna minyak juga kan
nasib la..kalo guna minyak kelapa sawit |
|
|
|
|
|
|
|
inikah yg dikatakan syariat berubah ikut zaman? |
|
|
|
|
|
|
|
try perfume one drop... boleh pakai solat...
nak p.m aku.. tapi org area pulau, p.pinang je la... |
|
|
|
|
|
|
| |
|