CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: ianho

Misteri solat

[Copy link]
Post time 12-12-2007 03:12 PM | Show all posts
Err ada yang solat cukup pun..perangai tetap tak normal....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2007 03:16 PM | Show all posts
godaan/hasutan/gangguan dari iblis/syaithon/jin2 kapir mmg tak terlepas utk setiap anak2 Adam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2007 05:16 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 12-12-2007 03:12 PM
Err ada yang solat cukup pun..perangai tetap tak normal....

kerana itu ada diriwayatkan menyatakan bahawa Nabi pernah menyuruh seseorang mengerjakan solat sehingga 3 kali sbb memang sukar utk mendapatkan solat yang khusyuk di samping utk melaksanakan tuntutan solat

[ Last edited by  ianho at 12-12-2007 05:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2007 12:10 AM | Show all posts
Originally posted by ninja boy at 21-11-2007 09:01 AM
wajah bercahaya bagi org bersolat, selalu aku perati mengenali org2 bersolat

org selalu bersolat/mengingati Allah, xkan mencarut perkataan bukan2 jika melatah@terkejut


pasal latah.....

teringat suatu masa kat function... seorg kakak secara xsengaja tlanggar In mnyebab kn gelas yg mngandungi air yg baru In ambik dr tmpatnya  tjatuh.... In scara spontan mnyebut ''SUBHANALLAH'' <<  mmg jd rutin sebut ni bila tkejut...

smua org yg dgr, memandang...... senyum... In xnak tafsir apa senyum mereka...

tp kwn ( xdelah brp bek sgt dgn dia ni, skadar knl2 gitu ) bbisik kt tinger In.....

org kalo melatah sebut ''opocoot''..... ko ni cm duk dlm masjid lak.... smbil dia gelak2 kecil....

eh, yg duk pandang In masa kejadian tu, psl latah In yg bek tu ker..... sungguh kurang asam boh....


eerr... off topik ke......

benar, solat mmbangun minda kita.... bersih jiwa n kala senang n susah hatta melatah pun, kita akan teringat pd Allah....

[ Last edited by  indah1285 at 13-12-2007 12:11 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2007 02:32 PM | Show all posts
apakah benar seperti yang pernah didengar
solat yang diterima allah akan dibuktikan melalui sikap dan perbuatan kita
kalau akhlaq kita masih buruk w/pun rajin mengerjakan solat bermakna solat yang dilaksanakan tidak sempurna n tidak diterima allah
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 01:35 PM | Show all posts
Terapi solat
Oleh Ziauddin Sharuddin
[email protected]




KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.


Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.


SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2008 01:38 PM | Show all posts
Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal
Oleh Ziauddin Sharuddin
[email protected]



Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.
Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:33 PM | Show all posts
marvelous...

kan bek aktiviti senam robik diganti ngan solat hajat berjemaah... wat kat stadium seluruh negara....

setiap kali nak exam, tak kire UPSR, PMR, SPM, SPTM, exam kat Uni atau ape jua aktiviti didahului ngan solat hajat berjemaah beramai&#178; diseluruh negara. mak bapak berbondong&#178; bersama anak&#178; ke masjid bersolat.

sebulan skali wat qiam ramai&#178;... pergh syahdu...

rindu nak tgk negara kita mcm kat masjidil haram... ghamai gile solat waktu setiap waktu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2008 06:04 AM | Show all posts

Reply #27 Syd's post

dah baca artikel ni dalam akhbar Ahad lalu ...memang menarik sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 03:13 PM | Show all posts
Originally posted by purplehyppo at 28-11-2007 12:06
beribadatlah ibarat kita akan mati pada esok hari..
bekerjalah ibarat kita akan hidup 100tahun lagi..


Tetapi adakah kita kena bekerja makan gaji sampai 100 tahun lagi gak? Think about it...... tanamkan niat menjadi kaya soberusahalah jadi kaya supaya boleh concentrate beribadat seolah2 akan mati esok hari tanpa perlu bekerja 100 tahun..

Tp kaya lawful way.. not by corruption.. kalau kaya dgn korup & menipu lebih tak kaya dan keja makan gaji je...

[ Last edited by  flighteng at 26-10-2008 12:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 04:15 PM | Show all posts
Originally posted by ianho at 20-11-2007 06:20
Seorang pakar Neurologi memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak m ...


Bukan beberapa urat saraf sahaja tetapi seluruh bahagian depan otak iaitu prefrontal cortex, bahagian ini merupakan decision maker bg manusia utk merancang, berfikir dgn waras, rational, kreativiti, future planning, critical thinking dan byk lagi yg membezakan manusia dan haiwan.

Manusia makin lari dr sifat kemanusiaan kerana PFCnya makin lama makin lemah, seperti otot yg lama tidak digunakan. Manusia yg selalu didlm stress atau apa2 sahaja sifat2 negatif termasuklah cemburu, hasad, pemarah dan macam2 lagi sebenarnya lebih byk menggunakan "reflect brain" (bahagian belakang yg primitif) dr the "thinking brain". Ini desebabkan oleh hormon andrenalin yg dikeluarkan ketika stress/takut. Hormon andrenalin juga menyebabkan darah kebahagian depan (thinking brain) berkurangan kerana fisiolagi manusia ketika stress/takut, harus lebih bersedia untuk bertindak pantas tanpa perlu berfikir panjang samada untuk lari atau lawan (seperti haiwan).

Jadi bila selalu sgt stress dan PFC menjadi lemah, kebanyakan manusia yg menyatakan mereka berfikir sebenarnya adalah diragukan, mereka sebenarnya lebih menggunakan memori atau pun reflect brain menyebabkan hidup dalam keadaan yg sama, mengulang kesalahan yg sama atau pun membuat tidakan yg penuh kesalan dikemudian hari.

Apa yg didedahkan oleh saintis UM, especially bab ketenangan adalah mengurangkan hormon andenalin yg mengecilkan salur darah ke PFC dan juga perbuatan sujud menyebabkan darah kembali ke PFC dan secara langsung merawatnya. Tindakan fokus/khusyuk dlm sembahyang juga terbukti merawat PFC seperti dibuktikan oleh pakar meditasi barat.

Sebab itu sembahyang yg diterima adalah sembahyang yg khusuk, bukan sembahyang yg fikiran melayang kearah duniawi, dan dalam keadaan sujud ini jugalah ketika PFC rapat kebumi manusia amat hampir kepada Allah

Surah Al Alaq 96:19 Day, heed him not: But bow down in adoration, and bring thyself the closer (to Allah.!  

Yg menarik mengenai otak lagi, bahagian yg menipu terletak diatas sedikit dr PFC iaitu ubun2/forelock seperti yg tertulis juga didlm surah Al-Alaq 96 :

15 Let him beware! If he desist not, We will drag him by the forelock,-
16 A lying, sinful forelock!

Bahagian otak di ubun2 ini digelar "cingulate guru" yg mana jika "overactive" akan menyebabkan manusia selalu mudah berfikir benda2 yg negatif yg juga menyebabkan manusia cenderung menipu. Ini boleh diperbaiki dgn menenangkan fikiran seperti bila kita sembahyang dgn tenang dan penuh kesyukuran, bukan sembahyang dgn terpaksa atau tidak ikhlas bukan kerana Allah.

http://syurgadidunia.blogspot.com/2008/07/mengapa-perlu-sembahyang.html

Definasi lain untuk insanity/kegilaan adalah: Doing or thinking the same thing but expecting different result / Bertindak atau berfikir benda yg sama tetapi harapkan perkara lain.

Jika PFC kita lemah, berfikir tetapi sebenarnya lebih kepada memori, tidak hairan lah jika kita mendapat benda yg sama setiap hari.. jadi untuk mendapat sesuatu yg lain didlm hidup ini, rajin2 lah sembahyang dgn ikhlas dan khusyuk supaya bahagian otak yg berfikir hidup kembali, memboleh kan kita menjadi lebih melihat masa depan dan dgn kreativiti membenihkan idea2 yg cemerlang untuk membangunkan diri sendiri dan juga membantu umat Islam khususnya dan umat manusia yg lain amnya.

[ Last edited by  flighteng at 26-10-2008 12:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 11:04 PM | Show all posts
Ada jual kat mana-mana tak barang ni.

aku nak ukur aku punya kekhusyukan boleh tak agak-agak nya?  
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 26-10-2008 19:04
Ada jual kat mana-mana tak barang ni.

aku nak ukur aku punya kekhusyukan boleh tak agak-agak nya?  


Boleh ukur sendiri bro, jika jiwa makin tenang, boleh lebih fokus pada kehidupan, selalu berfikiran positif iaitu optimist maknanya sembahyang kita khusyuk la tu dan diterima, jika tak kenala cuba usahakan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2008 06:40 PM | Show all posts

Balas #33 flighteng\ catat

amat sukar untuk mencapai tahap khusyuk
sama sukarnya mengawal hati
walaupun mulut dengan mudah menyebutnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 09:03 PM | Show all posts

Balas #33 flighteng\ catat

aku tak kira...  aku nak sukat jugak...  
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2008 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by <i>ianho</i> at 27-10-2008 14:40 <a href="http://forum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=26693947&ptid=315145" target="_blank"><img src="http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif" border="0" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open(this.src);}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" /></a><br />
amat sukar untuk mencapai tahap khusyuk<br />
sama sukarnya mengawal hati<br />
walaupun mulut dengan mudah menyebutnya
<br />

U r what u think about, if u think payah nak khusyuk... ur subconscious mind will take it as true & u will never get khusyuk... Selalulah berkata didlm hati, insyaallah aku akan khusyuk.. walaupun tak confidence, jgn di ulang2 memberi tahu seluruh dunia mencanang kan yg payah nak khusyuk...

Jika seorang yg sihat tetapi jika diulang2 percakapanya aku akan sakit.. akan sakit lah dia.. and vice versa..

Khusyuk itu akan lebih mudah jika kita sudah menadah tangan menerimanya, bukan meletakkan tangan di dalm saku dan berharap kan ianya jatuh didepan mata..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.059209 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list