CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3767|Reply: 17

Kenang Jasa SEJARAH

[Copy link]
Post time 30-11-2007 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Wajibkan subjek Sejarah di semua peringkat

Pendapat


USAHA kerajaan untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berbilang kaum tercabar apabila demonstrasi berbau perkauman cuba disemarakkan oleh kumpulan tertentu baru-baru ini.

Dalam era di mana Malaysia sudah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun maka tidak sepatutnya wujud golongan tertentu menuntut hak kaumnya secara berdemonstrasi.

Apabila diteliti perkembangan politik, ekonomi dan sosiol masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, jelas ada perbezaan polarisasi jika dibandingkan dengan zaman penjajahan dan awal kemerdekaan. Struktur kedudukan masyarakat juga turut berubah. Oleh itu sebarang kegiatan untuk menuntut hak daripada penjajah kerana mengheret bangsa tertentu ke negara ini sehingga menyebabkan kehidupan mereka menderita tidak boleh diterima akal. Ini kerana sebelum kemerdekaan kesemua kaum di negara ini bersetuju untuk hidup bersama dan bertolak ansur sesama sendiri.

Setiap kaum di negara ini mempunyai menteri-menteri dan wakil-wakil rakyat yang membela hak mereka sebagai warganegara. Ini adalah satu cara untuk memastikan setiap kaum di negara ini terbela. Mereka mempunyai hak untuk menjatuhkan menteri dan wakil-wakil rakyat ketika pilihan raya sekiranya mereka tidak berpuas hati terhadap kepimpinan yang ditunjukkan.

Wujudnya demonstrasi untuk menuntut hak yang bertentangan dengan perundangan dan Perlembagaan negara adalah akibat daripada kejahilan terhadap sejarah Melayu dan Penubuhan Malaysia. Jika dikaji dan diteliti mengenai perjanjian dengan penjajah sebelum penubuhan Malaysia, maka bangsa Melayu adalah satu bangsa yang paling bertolak ansur dan lembut budi bicara jika dibandingkan dengan bangsa lain di dunia ini.

Tanah Melayu - hak milik orang Melayu ditukar menjadi Malaysia yang memberi makna bahawa negara ini dimiliki oleh orang Melayu dan bangsa lain yang menghuni di negara ini. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa orang Melayu ditukar kepada bahasa Malaysia untuk menunjukkan bahwa mereka gembira berkongsi bahasa dengan bangsa lain untuk memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian.

Bangsa Melayu sanggup mengorbankan identiti bahasa dan hak milik mereka dengan bangsa lain kerana mereka ialah orang yang menganut agama Islam yang melaungkan seruan keamanan, kedamaian, tolak ansur dan berpegang teguh kepada prinsip hidup 慸unia ini adalah milik Allah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2007 09:06 AM | Show all posts
aku setuju!!! bangsa2 lain BUTA SEJARAH!!! :@
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 09:11 AM | Show all posts
perlembagaan dan hak asasi orang melayu ditulis dlam bahasa melayu
sekarang tak ada lagi bahasa melayu tapi bahasa malaysia
so tak ada lagi hak asasi orang melayu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 09:53 AM | Show all posts
tp aku dulu pelajaran sejarah ler paling aku ngokkk....adehh...aku takleh nak menghapal fakta2 tuh seme...letih aku...lagipun belajar for peksa...tak terkesan sangat di hati...ini aku harap dpt dibaiki dek kem pelajaran...harap kita betul leh belajar sejarah dan ambil iktibar...memupuk semangat jati diri..tp aku ske belajar sejarah dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 12:33 AM | Show all posts
Originally posted by razhar at 30-11-2007 09:06 AM
aku setuju!!! bangsa2 lain BUTA SEJARAH!!! :@



semua bangsa termasuk melayu pun buta Sejarah....
Pelajaran sejarah peringkat sekolah pula memang diaplikasikan untuk menghafal fakta semata-mata tiada analis. Bila ada analisis barulah kita akan celik sejarah dan nampak betapa syoknya belajar sejarah tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2007 01:39 PM | Show all posts
Jangan lupa sejarah

SALAH satu tema penting dalam perkembangan sejarah Malaysia ialah kedatangan orang asing ke negara ini ketika zaman penjajahan. Tema ini akan melihat kehadiran orang India dan Cina yang pada dasarnya hadir dalam dua keadaan.

Pertama, mereka yang datang melalui sistem yang wujud dalam kerangka sistem penjajahan semata-mata untuk memenuhi keperluan pekerjaan yang wujud di negara ini dan kedua, kehadiran orang India dan Cina yang datang secara sukarela, tanpa melalui kerangka tersebut meskipun jumlahnya agak kecil.

Isu ini kelihatannya telah tamat sejajar dengan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 apabila ramai daripada kalangan pendatang ini menerima kemerdekaan negara dengan mengakui sistem yang wujud berdasarkan sistem demokrasi berperlembagaan dengan menjadikan Yang di-Pertuan Agong sebagai tunjang dalam kerangka sistem tersebut.

Kontrak sosial yang wujud ketika usaha mencapai kemerdekaan itu juga kelihatannya difahami meskipun dalam beberapa keadaan wujud juga beberapa insiden yang cuba menjejaskan ikatan yang sedia ada seperti tragedi 13 Mei dan sebagainya.

Bagaimanapun, insiden terbaru membabitkan Hindraf sememangnya menarik perhatian kita terutamanya apabila kalangan yang berdemonstrasi itu kelihatannya merupakan 憃rang muda
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-12-2007 11:53 AM | Show all posts
Kenang jasa sejarah
Oleh SAHUL HAMID MOHAMED MAIDDIN

SEPARUH abad, jika dinisbahkan kepada manusia melambangkan kematangan dan pengalaman yang mantap dalam kehidupan. Itulah usia negara kita Malaysia, jika diukur dari tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957.

Sejarah mencatatkan terlalu banyak pahit maung yang dilalui untuk mengecap kebebasan yang dinikmati kita, warga Malaysia pada hari ini. Rentetan perjuangan bermandi keringat dan darah, bersulam suka dan duka, menuntut pengorbanan masa, harta, dan nyawa.

British hadir sejak awal abad ke-19 dan membahagikan 慿ek
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 06:56 PM | Show all posts
sejarah aku dpt A1..hahahha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2007 09:15 PM | Show all posts
Ini jelas menunjukkan dan membuktikan bahawa kaum2 pendatang sangat2 disangsikan taat setia mereka kpd negara.Mereka secara diam2 dan sekarang teranga2an masih berpaksikan kpd negara asal mereka dan juga Britain sbg tuan besar mereka.

Sejarah juga mengajar kita bahawa kaum2 pendatang sangat berpotensi utk berpaling tadah sekiranya berlaku peperangan.Ini kita boleh belajar dr pengkhianatan yg dilakukan oleh kaum ke ling dan Cina membantu Portugis menguasai Melaka.Sejarah itu sentiasa berulang,janganlah sekali2 kita melupakannya.Orang yg buta atau tidak mahu belajar dr sejarah akan diperdayakan bukan sekali atau dua tapi berkali2.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2007 09:37 AM | Show all posts

Reply #9 rempo's post

jd ,kalo kita pendatang kat tempat org pon,mksudnya kita pon cenderung pd x setia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2007 02:23 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

Setuju, kalo bole jdkan subject sejarah sbgi subject yg dperlukan utk kmskan univeristi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2007 07:24 PM | Show all posts
Originally posted by radja at 13-12-2007 09:37 AM
jd ,kalo kita pendatang kat tempat org pon,mksudnya kita pon cenderung pd x setia ke?


Bergantunglah pada tindak tanduk kita.Itu sebab kita kena selalu belajar dr sejarah.Itu sebablah nabi kata orang yg dipatuk oleh ular yg sama dr lubang yg sama 2 kali adalah org yg bodoh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2008 10:20 AM | Show all posts
Subjek sejarah penting untuk pembangunan negara

PERPADUAN antara kaum di negara kini menghadapi cabaran yang cukup kuat dan harus ditangani dengan cermat. Pada masa sekarang pun kita sudah terasa kesannya apabila golongan dewasa tidak tahu sejarah negaranya sendiri.

Sebab itu sebelum terhantuk, elok kita beringat-ingat akan pengalaman lepas. Apatah lagi kebanyakan masyarakat kita hari ini memandang sepi pada mata pelajaran Sejarah di sekolah.

Sebab itu, saranan Perdana Menteri supaya sejarah dijadikan subjek wajib di peringkat sekolah rendah memang patut disambut oleh Kementerian Pelajaran.

Beberapa tahun lalu, Kementerian Pelajaran pernah digesa agar memperkasakan semula mata pelajaran Sejarah di kalangan pelajar termasuk memperkenalkannya di peringkat sekolah rendah.

Ia penting dalam usaha meningkatkan semangat patriotisme di kalangan pelajar selain memberi kefahaman kepada mereka terhadap sejarah tanah air.

Isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum di negara ini tidak patut berlaku jika sejarah tanah air tidak disalah tafsir dan kurang difahami oleh rakyat.

Barangkali apa yang berlaku kini mungkin kerana pelajaran sejarah Tanah Melayu dan penubuhan Malaysia tidak diajar di semua sekolah di negara ini. Mata pelajaran ini hanya diajar di sekolah-sekolah milik kerajaan sahaja.

Bukan sedikit golongan pelajar kini kurang memahami, apatah lagi mahu menghayati sejarah tanah air kerana mereka hidup selepas zaman kepayahan terutama ketika perang dahulu.

Mereka ini tidak didedahkan dengan sejarah susah payah menuntut kemerdekaan dan memajukan negara sehingga membolehkan mereka menikmati kejayaannya hari ini.

Sebab itu, bermula dengan murid sekolah rendah, Kementerian Pelajaran perlu memberikan mereka lebih banyak pendedahan mengenai tokoh-tokoh penting negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan VT Sambanthan.

Kalau mata pelajaran Sejarah mahu kembali di dalam kelas sekolah rendah, ia perlu pendekatan baru dengan menjadikannya sebagai mata pelajaran yang wajib lulus.

Perkara itu akan membolehkan mata pelajaran Sejarah diperkasakan, sekali gus dapat memupuk minat mendalam di kalangan murid mengenai sejarah negara dan perjuangan pemimpin terdahulu.

Mata pelajaran Sejarah amat penting untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada setiap rakyat Malaysia supaya mereka menyedari hakikat kedudukan dan kehidupan mereka di negara ini.

Tanpa kesedaran ini, mereka tidak mungkin menjadi satu masyarakat yang bertolak ansur.

Setiap usaha kerajaan untuk memupukkan perpaduan kaum akan sukar dicapai jika kejahilan mengenai sejarah boleh menyebabkan pihak tertentu bertindak tanpa menggunakan akal yang waras.

Seboleh-bolehnya kita mahu anak-anak generasi kini dan akan datang, sebagaimana kata Perdana Menteri adalah seorang rakyat yang sangat memahami sejarah tanah air, bangsa dan pengorbanan pemimpinnya, walaupun mereka menjadi jurutera atau doktor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2008 02:26 PM | Show all posts
Ujian Sejarah dalam UPSR 2013

Subjek diajar secara khusus kepada murid Tahun 3 bermula 2010

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran Sejarah akan dimasukkan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2013 apabila subjek itu diajar secara khusus kepada murid Tahun 3 pada 2010.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata perkara itu sedang dikaji dalam Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah, yang dijangka beroperasi dua tahun lagi.

"Kita ambil kira saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan subjek Sejarah diwajibkan pada peringkat sekolah rendah. Kita bercadang menjadikan mata pelajaran ini diajar secara khusus bermula Tahun 3 sehingga Tingkatan 5.

"Sukatan pelajarannya akan ditentukan selepas perbincangan mendalam dilaksanakan membabitkan semua pihak dan mereka yang berminat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata, unsur sejarah pula akan diterapkan melalui Bidang Kemanusiaan dan Bidang Bahasa bagi murid Tahun 1 dan 2.

Razali berkata, ketika ini, kandungan Sejarah pada peringkat sekolah rendah terkandung dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

"Unsur Sejarah diberikan pendedahan kepada murid sekolah bertujuan melahirkan murid yang berpengetahuan mengenai hubungan mereka dengan masyarakat, memahami dan menghargai sejarah negara.

"Kandungan yang berkaitan dengan komponen Sejarah ialah menekankan mengenai tema berkaitan Mengenal Negara Kita dan Sejarahnya serta Ekonomi dan Kejayaan Negara," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2008 10:38 AM | Show all posts
Adakah belajar Sejarah satu beban

peringatan oleh Majlis Raja-Raja Melayu wajar diberi perhatian oleh pihak-pihak yang cuba menangguk di air keruh mempersoalkan perkara-perkara yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan selama lebih setengah abad.

Politik mutakhir diperhatikan oleh rakyat dengan penuh minat dan bak kata pepatah Inggeris, jangan perhatikan yang tersurat tetapi apa yang tersirat.

Tuntutan demi tuntutan, cadangan demi cadangan telah dibuat oleh rakan kongsi Barisan Nasional (BN) kononnya bagi meraih sokongan rakyat kembali di beberapa buah negeri yang dimenangi pembangkang, sebenarnya hanya pihak yang 'terkena getah nangka' yang tahu puncanya. Yang makan nangka jangan pula 'lontar batu sembunyi tangan'.

Faktor kekalahan BN di beberapa buah negeri wajar dilihat secara mikro dan makro. Menuding ke arah seseorang yang menjadi punca sesuatu kekalahan memang tradisi zaman-berzaman. Seolah-olah sesuatu kepimpinan dilihat berfungsi sebagai bukan dalam satu pasukan. Mengapa kapten sahaja yang dikenakan kad merah sedangkan pasukan beliau telah menang dan bukannya kalah atau seri.

Dalam suasana harmoni dan detik kemajuan negara telah mencetuskan anak-anak Malaysia yang menganggap sejarah sebagai kenangan semata-mata dan mula mempersoalkan di mana mereka akan berakhir dan bukannya di mana mereka bermula.

Keamanan negara adalah hasil dari toleransi kaum yang tidak dapat ditemui di mana-mana negara di dunia ini. Dengan keamanan ini ekonomi menjadi makmur dan politik stabil. Para pelabur asing senang hati menabur modal di negara ini. Pekerja asing sanggup bergolok-gadai untuk mencari makan di negara kita, sedang anak tempatan terperangkap dengan kejumudan pemikiran.

Apabila cadangan memperkasakan subjek Sejarah bukan bermakna subjek itu perlu diwajibkan untuk lulus pada peringkat sekolah rendah atau menengah. Apa yang perlu ialah ia wajib diajar bukannya wajib lulus untuk peperiksaan besar.

Mungkin ada guru Sejarah yang akan naik marah kerana terpaksa menambah beban tugasan. Sejarah bukan berniat merendahkan sesuatu bangsa dan kaum, ia adalah untuk memastikan asas yang dibentuk oleh generasi terdahulu terpelihara dalam suasana harmoni dan bertamadun.

Isu-isu sensitif yang dimainkan pelbagai pihak perlu dihentikan segera. Isu yang diraih perlu berpaksikan sejarah negara. Pemimpin-pemimpin terdahulu ada yang telah pergi meninggalkan kita, namun zat-zat perjuangan mereka perlu difahami generasi hari ini.

Jangan kita memahami sejarah bangsa sendiri hanya untuk melepaskan tengkuk sendiri dan memporak-perandakan dan merendahkan martabat bangsa yang sedari dahulu menerima kedatangan pelancong, peniaga-peniaga dan pekerja-pekerja asing dengan tangan terbuka sehingga ke saat ini. Mengapa perlu diganggu gugat hubungan harmoni ini.

Sejarah Langkasuka, Gangga Negara, Melaka dan Temasik bukan sejarah palsu. Kedatangan Islam juga suatu fakta. Kahwin campur antara pedagang dan orang tempatan menghasilkan keturunan peranakan di Pulau Pinang, Melaka dan seantero Tanah Melayu.

Kedatangan pedagang untuk cari makan, kemudiannya mencari pasangan dan terus menetap di bumi bertuah ini. Hidup berkongsi rezeki adalah amalan orang Melayu yang juga digalakkan oleh agama Islam.

Cakap-cakap menjustifikasi orang Melayu adalah pendatang sama seperti bangsa lain menuntut Raja-Raja Melayu bersuara kerana hak yang dinikmati oleh rakyat sejak 31 Ogos 1957 untuk memimpin negara adalah hasil daripada rahmat dan perkenan baginda-baginda Sultan, Raja dan Yamtuan Besar. Jangan dilupakan fakta tersebut dan menganggap negara ini terjadi dengan sendiri tanpa sejarah tersendiri.

Sejarah memang adil bagi mereka yang menghargainya dan bukan sekadar mengenangnya untuk kepentingan politik sempit dan menjadi popular demi kepentingan ekonomi kendiri. Yang jelas kita jangan menempelak orang lain apabila diri sendiri tewas.

Belajarlah dari sejarah diri sendiri, jika kita tidak memberi hak kepada seseorang yang berhak maka masa akan mengajar kita hingga kita tidak mampu menerima hakikat pahit tersebut.

Sejarah mengajar kita untuk menjadi dewasa dan matang. Hakikat bagi memperkuatkan kembali BN khususnya dan kerajaan amnya memerlukan ekonomi diperkuat dan diperkasakan oleh legasi kepimpinan tertinggi.

Bagi BN, perlu diperingatkan bahawa konsep 'jika memberi biar semua merasa' memang baik namun jangan dilupakan hakikat siapa yang memberi kuasa dan siapa yang menaungi kita selama 51 tahun ini.

Meminta biar pada masanya, kena pada caranya, tertib pada majlisnya. Sejarah jangan dijadikan rujukan semata-mata untuk mempertahankan sesuatu dari terlepas ke tangan orang lain. Ia perlu difahami, dihargai, dicintai oleh generasi muda. Sejarah perlu menjadi sempadan kita dan bukannya beban.

- ABDUL RAZAK IDRIS

BANTING, SELANGOR.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2008 12:39 PM | Show all posts
Sejarah tidak pernah berbohong

SEJARAH amat penting. Dalam lawatan saya ke Samarkand, kota berusia 2,750 tahun, yang menempatkan bandar raya kegemilangan Islam, tergambar kepada saya kekaguman yang teramat sangat. Di situlah cendekiawan Islam berkumpul, mencipta formula matematik algebra, melakar peta cakerawala alam semesta secara kiraan saintifik, membina balai cerap, mengumpul hadis-hadis sahih Rasulullah SAW untuk generasi sekarang, serta mencipta bangunan-bangunan ala Menara Berkembar Petronas - pada kurun ke-13!

Struktur-struktur itu dibina dengan salutan putih telur dan batu-bata disusun berselang seli dengan gentian sutera bagi menahan gegaran kuat aliran gempa di bawah muka buminya. Ternyata bangunan-bangunan itu kukuh sehingga ke hari ini. Itu semua adalah tinggalan sejarah yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Sebagaimana yang saya tekankan sebelum ini, sejarah tidak pernah berbohong. Walaupun ia berlaku semalam atau kelmarin, ia adalah fakta yang tidak pernah menyeleweng, hatta beribu-ribu tahun jua usianya.

Begitu juga sejarah Kesultanan Melayu. Ia juga tidak pernah berbohong. Sejarah yang ditulis oleh sarjana dan pembesar istana zaman silam yang kemudiannya diturunkan dari satu generasi ke satu generasi sepatutnya dijadikan renungan, iktibar, pengajaran kepada kita semua. Persoalannya, berapa ramai generasi Melayu sekarang yang mahu mengambil iktibar daripadanya? Berapa ramai kaum lain Malaysia yang tahu mengenai Sejarah Melayu? Apakah benar Melayu mudah lupa, seperti kata-kata yang saban kali diucapkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad?

Seorang sahabat saya yang juga penulis dan pengkritik, Mansor Puteh menghantar kepada saya tulisannya mengenai sejarah asal usul (dan nasib malang) Sultan Singapura Pertama, Sultan Hussain Shah. Sultan itu disingkir oleh Inggeris apabila, tulisnya: ''Orang bukan Melayu bertambah banyak (di Singapura) dan menguasai bidang perniagaan dan politik di pulau itu."

Saya terpanggil untuk memetik ringkasan tulisan Mansor itu di dalam ruangan ini untuk renungan kita semua. (Rencana penuh Mansor itu akan disiarkan tidak lama lagi). Begini tulisan beliau.

Inilah nasib malang Sultan Singapura yang pertama.

Ia adalah sebuah kisah yang boleh dijadikan teladan, sebab ia adalah sebuah peristiwa penting untuk bangsa Melayu di Nusantara, bukan sahaja tentang bagaimana seorang sultan Melayu boleh disingkir apabila jumlah bukan Melayu bertambah dan kuasa ekonomi mereka meningkat.

Tetapi ia boleh dijadikan iktibar untuk orang Melayu di Malaysia dan di seluruh Nusantara Melayu supaya peristiwa yang sama tidak berulang lagi khususnya di masa sekarang.

Sultan Hussain Shah, atau dikenali sebelum ini sebagai Raja Hussain Muazzam Shah ibn Sultan Mahmud Riayat Shah III (1761-1812) dari Riau atau Tengku Long (Tengku Sulong) Raja Hussain Shah, atau Raja Long yang ditabalkan sebagai Sultan di Padang di Singapura pada 31 Januari 1819.

Jenazah baginda sekarang disemadi di sebuah makam sederhana di penjuru tanah perkuburan dalam kawasan Masjid Tengkera di Melaka, terbiar dan langsung tidak dikenali sesiapa. Cuma sebuah papan tanda sahaja yang menulis tentang riwayat hidupnya. Sedangkan dia adalah watak penting dalam sejarah awal Singapura.

Malah Istana Kampung Gelam di Singapura yang sekian lama didiami kerabatnya, kini sudah diambil alih oleh pihak berkuasa di Singapura dan dalam tahun 2002, ia telah diubah suai untuk dijadikan Pusat Warisan Melayu atau Malay Heritage Center.

Kisah riwayat hidup sultan Hussain Shah amat menyayatkan hati. Ia adalah kisah bagaimana Inggeris dan Cina 'mengusir' seorang sultan Melayu dengan begitu mudah.

Caranya ialah dengan memperbanyakkan jumlah orang Cina yang didatangkan dari selatan China sehingga jumlah penduduk asal Melayu di situ menjadi kecil dan dengan ini kuasa politik mereka hapus begitu sahaja.

Inggeris mendatangkan orang Cina dan India ke Singapura semata-mata untuk menambahkan jumlah penduduk asing. Mereka tidak membawa atau menggalakkan orang Melayu dari Riau dan pulau-pulau lain di selatan Singapura atau dari Pulau Jawa dan Sumatera mahupun dari Malaya, sebab tujuan mereka hanya untuk mengecilkan jumlah penduduk Melayu untuk akhirnya menyingkirkan hak dan kuasa Melayu di Singapura.

Kisah seperti ini bunyi seperti sebuah dongeng. Masakan sebuah Kesultanan Melayu boleh dihapuskan dengan begitu mudah?! Tetapi ia benar.

Sultan Hussain Shah menangis pada waktu malam apabila baginda sedar yang dia telah disalah guna oleh Inggeris dan orang bukan Melayu di situ yang tidak menyokong atau menyembahnya.

Jadi apa yang kita semua boleh pelajari daripada peristiwa perit yang dialami Sultan Hussain Shah ini? Banyak…

Itulah ringkasan catatan Mansor yang saya petik. Kesimpulannya ialah: Apabila orang lain bersatu, kita berpecah, maka kita akan hancur.

Namun, hakikatnya orang Melayu Malaysia kini sudah terbahagi kepada empat puak - UMNO, Pas, PKR dan Liberal.

Orang Melayu Liberal, satu generasi baru (tanpa semangat, jiwa dan roh Melayu Islam) kini semakin ramai. Mereka tidak mahu bercakap mengenai soal kebangsaan dan keagamaan kerana bagi mereka ia adalah kolot.

Akan bertahankah orang Melayu untuk generasi akan datang? Tepuk dada, tanya selera. Jika bersatu kita akan kekal, jika tidak, sejarah tidak pernah berbohong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2009 12:16 AM | Show all posts
Generasi Muda Perlu Diajar Sejarah Negara - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata generasi muda, khususnya generasi merdeka, perlu diajar sejarah negara untuk memastikan mereka tidak mengulangi kesilapan lalu.

"Saya merayu supaya sejarah diajar," katanya dan menurutnya ahli falsafah Amerika, George Santayana, pernah berkata: "Those who forget the lessons of history will be condemned to repeat their mistakes over and over again" (Mereka yang lupakan pengajaran daripada sejarah akan dihukum untuk mengulangi kesilapan mereka berulang-ulang kali) atau itulah maksud perkataan itu.

"Bagaimana kita tahu yang kita kini tidak mengulangi kesilapan kita jika kita tidak tahu akan kesilapan kita di masa lalu. Kita perlu tahu. Kita perlu tahu keadaan yang menyebabkan kita dijajah. Kita perlu tahu bagaimanapun kita berjaya melepaskan diri daripada menjadi sebuah negara komunis.

"Kita perlu tahu bagaimana sultan-sultan kita terpaksa menyerahkan negeri-negeri mereka kepada British. Kita perlu tahu bagaimana British dipaksa membatalkan perjanjian-perjanjian MacMichael," katanya dalam blog beliau www.chedet.com dalam topik "The Generation Gap" (Jurang Generasi) hari ini.

Beliau berkata oleh kerana kebanyakan daripada 27 juta penduduk Malaysia dilahirkan selepas 1957-1963, ini bermakna yang "mereka tidak tahu apa-apa selain daripada hidup bebas, merdeka, diperintah oleh warganegara sendiri."

Menegaskan yang beliau bukan cuba untuk menyatakan bahawa mereka yang hidup di bawah pemerintahan penjajah adalah lebih menghargai kemerdekaan, katanya "Apa yang kita semua perlu lakukan ialah untuk lebih menghargai kemerdekaan dan kebebasan yang kita kecapi, walau apapun kecenderungan politik kita."

"Tetapi saya fikir kita perlu tahu akan asal usul kita. Jika tidak, kita tidak akan tahu hala tuju yang tepat buat kita. Kita mungkin fikir yang kita maju ke depan sedangkan hakikatnya kita mengundur ke belakang, balik semula ke tempat kita bermula. Kita tidak akan maju," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2009 07:51 AM | Show all posts
Sejarah tidak boleh dipadamkan

KEBIASAAN zaman moden yang memprojek nilai-nilai dewasa ini ke masa lampau adalah salah, demikian menurut tokoh sejarah. Pepatah Cina pula mengingatkan: Mata tidak boleh melihat bulu mata sendiri.

Kerana, muncul kini ialah desakan supaya dipadam sebahagian pelajaran sejarah di sekolah untuk memenuhi tuntutan perkauman. Awang Selamat dalam pojoknya minggu lalu menulis: "Nampaknya sejarah negara mahu ditulis semula mengikut apa yang dimahukan dan bukannya berdasarkan fakta. Maka makin jelas bahawa bukan sahaja sisa kekuatan politik Melayu yang ada ini mahu dikuburkan malah sejarahnya juga mahu dinafikan''.

Pelbagai mimpi sesetengah gambong-gambong politik ada kalanya seperti disebut dalam dunia politik Inggeris merciless, vengeful - kejam, berdendam. Pelbagai perkara yang telah dipersetujui secara muafakat mahu digunting begitu saja untuk mencapai kuasa bagi diri sendiri.

Memberi pelajaran dengan itu ialah aspek-aspek sejarah dalam Monograph Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society yang menyambut ulang tahunnya yang ke-130 (1877-2007). Antara yang memberi sumbangan ialah Profesor-profesor Nicholas Tarling, Cheah Boon Kheng, Wang Gungwu, Ken Tregonning dan John Gullick. Prof. Cheah, antara lain menulis mengenai kontroversi politik yang tercetus manakala Alex Josey, seorang bekas wartawan British menyatakan bahawa orang Melayu tiada sejarah selain dari menjadi perompak lanun. Beliau membuat kesimpulan itu setelah membaca buku Dr. Tarling, Piracy and Politics in the Malay World (1963).

Lalu Prof. Cheah segera pergi ke toko buku berhampiran untuk membeli suatu naskhah. Setelah membacanya beliau berpendapat bahawa Alex Josey telah tersalah baca atau sengaja memutar tulisan Tarling, ketika itu di Universiti Queensland, Australia.

Walhal, buku Tarling cuba menunjukkan betapa pihak British, "membesar- besarkan peristiwa-peristiwa perompak lanun dan menggunakan istilah itu untuk mengisahkan lain-lain perompak dan keganasan yang dihadapinya".

Jawatan

Prof. Cheah menyebut mengenai Malaysianisasi pelbagai jawatan akademik lewat dilaksanakan dan hanya dipenuhi setelah Dasar Ekonomi Baru berlaku pada tahun 1970 di bawah pimpinan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak.

Dasar Ekonomi Baru itu mewujudkan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

Selanjutnya dicatat syarahan Prof. Tregonning di Singapura pada tahun 1958 yang mengkritik para sejarawan Barat, seperti R.O Windstedt dan D.G.E Hall kerana bersikap Europe-Centric. Lalu beliau menyeru para pelajar di Singapura dan Malaysia: "Asia, bukan orang Eropah di Asia, mestilah menjadi tema kita."

Prof. Cheah sendiri pula bukan saja membuat penyelidikan mengenai nasib para petani, tetapi juga menulis sejarah Melayu pra-penjajahan, nasionalisme dan hubungan antara pelbagai kaum.

Prof. Wang Gungwu pula menyentuh sejarah Melaka menjadi tanah jajahan Portugis dan Batavia tanah jajahan Belanda, lalu menambah: "Ini tidak bererti bahawa orang Melayu dan Jawa tidak mempunyai empayar sendiri. Empayar mereka atau sebahagian darinya terus hidup berkurun-kurun lamanya".

Sejarawan Yong Ching Fatt menulis mengenai kepimpinan China di Malaya semasa pemerintahan British. Antara yang disebut ialah peranan Kuomintang China pimpinan Jeneral Chiang Kai-Shak dan asal-usul gerakan komunis di Malaya. Lantas beliau menulis:

"Komunisme China dan Komunisme Malaya lahir dari luar dan untuk terus hidup mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan di Malaya."

Menurutnya lagi, pihak British berjaya membendung gerakan komunis melalui tindakan undang-undang, kegiatan pihak Special Branch, kegiatan anti-komunis dan kekuatan tentera. Gerakan Komunis juga gagal kerana tiada sokongan daripada orang Melayu yang berjiwa kebangsaan. Seperti diakui sejarah Malaysia bukan hanya mengenai pemerintahan raja-raja, penjajahan-penjajahan Portugis, Belanda dan British serta golongan atasan atau elit, tetapi juga menyentuh social history.

Antara yang diceritakan ialah nasib penarik beca Melayu di Kota Bharu, Kelantan tahun 1960an-1980an sebagai "orang tengah para pelacur". Hal ini ditulis oleh Haryati dan Hamidi Abd Hamid.

Maklumat diperolehi daripada pemandu-pemandu beca daripada para pelacur dan daripada sumber-sumber rasmi, termasuk pejabat Menteri Besar, polis dan penasihat undang-undang.

Lalu dicatat bahawa kira-kira 7,000 keluarga bergantung kepada penarik beca, iaitu yang termiskin sekali di Kelantan. Sebilangan memiliki beca sendiri dan sejumlah besar menyewa daripada peniaga-peniaga China. Sewa tiap satu RM1.20 hingga RM1.40 sen sehari. Pendapatan pula RM3.50 hingga RM4.50 sehari.

Wajar dicatat dari negara asing ialah sejarah Zimbabwe di Afrika yang dulu bernama Rhodesia pemerintahan kulit putih yang minoriti. Tanah-tanah begitu luas dimiliki oleh pendatang-pendatang kulit putih yang menjajah hinggalah akhirnya Zimbabwe milik kulit hitam yang majoriti mencapai kemerdekaan.

Sebelumnya ialah sejarah Afrika Selatan begitu lama dijajah oleh pendatang kulit putih dengan dasar apartheid. Akhirnya dasar menindas itu ditamatkan dan majoriti kulit hitam mencapai kebebasan. Presiden kulit hitam yang pertama Nelson Mandela puluhan tahun meringkuk dalam penjara.

Orang Melayu yang dijajah mencapai kemerdekaan melalui perjuangan UMNO dan kerjasama pihak MCA dan MIC. Dari Perikatan lahir Barisan Nasional pimpinan Tun Razak. Masakan ini boleh dipadam? Demikian juga kedaulatan bahasa, Dasar Ekonomi Baru yang menebus peminggiran orang Melayu. Dan dari Malaya merdeka lahir Malaysia bahtera negara terus belayar.

Penulis ialah konsultan kanan ISIS Malaysia. Pandangan penulis adalah pendapat peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan ISIS.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.287188 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list