|
Originally posted by comy at 19-12-2007 11:37 AM
tq kasih juga...semalam tengok siaran langsung wukuf di arafah dan sembahyang zohor yang diimamkan seorang imam yang buta. MasyaAllah..meskipun saya tak tahu bahasa Arab tapi hati memang tersentu ...
channel mana? |
|
|
|
|
|
|
|
kawan penah bg tau sy...kalau kita pndg gamabr kaabah boleh dapat pahala?
lagi satu...hajarul aswad tu rendah pada zaman nabi dulu kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by soul_iela at 23-12-2007 01:44 AM
kawan penah bg tau sy...kalau kita pndg gamabr kaabah boleh dapat pahala?
lagi satu...hajarul aswad tu rendah pada zaman nabi dulu kan..
maaf saya tak dapt jawab soalan ini sbb takde pengetahuan
yg pasti Hajar Aswad sahajalah bahan
yg original semenjak zaman nabi lagi
yg lain tu seperti bangunan, kain kaabah dan lain2 telah diperbaharuai mengikut zaman.
[ Last edited by bizsari at 23-12-2007 02:19 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #44 bizsari's post
satu lagi yg original = makam ibrahim. bukan binaannya tapi batu yang ada tapak kaki tu. |
|
|
|
|
|
|
|
yang pancur emas tuh camaner? tak paham... naper lak ada pancur emas kat kaabah? telah ada sejak zaman nabi ibrahim atau masa zaman nabi muhamad s.a.w.? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Ser3ndIpIty at 28-12-2007 08:34 AM
yang pancur emas tuh camaner? tak paham... naper lak ada pancur emas kat kaabah? telah ada sejak zaman nabi ibrahim atau masa zaman nabi muhamad s.a.w.?
Pancur Emas ni ditempatkan kat bumbung kaabah
functionya ialah bagi memberi laluan kpd air hujan supaya tidak bertakung di atas bumbung kaabah
jadi setiap kali bangunan kaabah ini diubah suai pancur emas ni ditukar baru
[ Last edited by bizsari at 28-12-2007 06:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Walau pun Hajar Awad tu original
akan tetapi framenya juga ditukar dari masa ke masa
[ Last edited by bizsari at 28-12-2007 06:37 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #47 bizsari's post
oic... fahamlah saya... thanks! |
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan Masjidil Haram kosong
selepas musim haji ni kawasan masjidil haram terutamanya dipersekitaran kaabah menjadi kosong
ini disebabkan kerajaan Arab Saudia tidak mengeluarkan permit Umrah
tiada siapa pun dibernarkan memasuki kawasan kaabah pada masa itu.
kecuali sembahyang lima waktu ( waktu solat masuk lepas solat kena keluar)
permit tidak dikeluarkan:-
adalah bagi tujuan pembersihan dan semburan kesihatan serta refurbishing work
kawan aku pernah ke kawasan kaabah ni ketika masa pembersihan dijalankan
sempat buat umrah dan mencium batu hajar Aswad saorang diri tampa ganguan.
masa ini hotel di sekitar kawasan mekkah menawarkan harga paling rendah. |
|
|
|
|
|
|
|
Pembuat Pintu Emas Kaabah Meninggal
Ahmad menghasilkan pintu Kaaba menggunakan emas tulen seberat 300 kg atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979. -Foto BERNAMA
SHEIKH Ahmad bin Ibrahim Badr, tukang utama yang mereka bentuk pintu emas Kaabah, meninggal dunia pada usia 89 tahun di Makkah Jumaat lepas, demikian harian Arab Saudi berbahasa Inggeris, The Arab News melaporkan pada Ahad.
Ahmad menghasilkan pintu Kaabah menggunakan emas tulen seberat 300 kg atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979.
Kerja-kerja itu dijalankan di sebuah bengkel yang dibina khusus untuk projek berkenaan. Beliau juga memperkemas dan memperindahkan lagi meezab (saluran air di atas Kaabah) dan rangka perak Hajar Aswad.
Beliau mempelajari seni berkenaan daripada bapanya, pereka dan pembina asal pintu berkenaan atas perintah Raja Abdul Aziz pada 1942, lapor akhbar itu.
Ibrahim dan dua saudaranya, Mahmoud dan Ibrahim Badr, mengacu pintu berkenaan dengan emas tulen, mengambil masa setahun menyiapkannya.
Tiang dalam dan meezab, dibuat daripada emas 24karat seberat 25 kg juga disiapkan dalam tempoh berkenaan.
Ayat al-Quran "Ya Hayy Ya Qayyum" (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan "Allah" dan "Muhammad" diukir pada pintu.
Ayat al-Quran "Ya Hayy Ya Qayyum" (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan "Allah" dan "Muhammad" diukir pada pintu. Kerja-kerja mereka termasuk rangka perak Hajar Aswad, lapor akhbar itu.
Ahmad dilahirkan di kampung halaman datuk neneknya di permukiman Qashashiya di Makkah pada 1920. Selepas belajar di sekolah alFalah tempatan beliau menyertai bapanya di bengkel emas dan perak pada usia 15 tahun.
Ahmad telah bekerja di kedai bapanya "Sheikh Ibrahim Badr" di Goldsmiths' Street sepanjang hidupnya.
Beliau lahir dalam keluarga pertukangan seni yang terkenal dengan kehalusan kerjatangan emas yang ekskuisit, kata akhbar itu. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the pictures...memang sentiasa rindu utk ke tanah suci..mereka yang dah pergi sekali pasti berazam nak pegi lagi....kat thread umrah/haji under pelancongan ada byk lagi gambar kepada sesapa yang nak tgk..saya pun ada gambar peribadi yg diambil guna handfon aja...tapi blm download habis lagi ke blog.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|