CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2293|Reply: 12

T/jawab seorang yg dinamakan BAPA

[Copy link]
Post time 19-12-2007 10:18 PM | Show all posts |Read mode
1. Menanam uri
Kebanyakandaripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saatkegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihakkeluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uriitu dan diderma kan kepada syarikat swasta.
Kemudian uri itudiproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya.Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dansolekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuang bayi dalam tong sampah tanpamemikirkan uri adalah teman rapat bayi didalam kandungan Uri amatpenting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uridengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam,Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

2. Mengazan dan mengqamatkan anak

Bayiyang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkandiazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannyaialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernahdikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

3. Mendoakan anak
Usahamembesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlahsuatu yang dapat dipastikan kejayaanya. Doa- Berdoa adalah satu usaha.Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.


Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa:-

a. Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat.
b. Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT.
c. Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah.
d. Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT.
e.Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akanmemberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat danberputus asa.


Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak- anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu :
a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Bagarah : 128
b) Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38
c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74
d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40
e) Doa ketika memberi nama anak


4. Panduan menamakan anak

Sunatmemilih nama yang baik kepada anak. Memberikan nama kepada anakmerupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yangdiberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yangmemberikannya. Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikannama.- Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, makamemberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampaiperlaksanaan aqiqah - Siapa yang berhak, ayah atau ibu. Sebenarnyaianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberinama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah,kerana adalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasab> kan kepadaayah bukan ibu.
Pemilihannama yang utama - Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baikkerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. RasulullahSAW telah bersabda yang maksudnya: " Namakan denagn nama para nabi, dannama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dannama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang palingburuk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi) - Para ulamasepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWTseperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yangperlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAWmelarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut. - Namaseperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya.
Ada 2pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagimelarang.- Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akanmenggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrahmanusia. - Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al- Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya.

IbnulQayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabiadalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama> -namatersebut makruh dipakai untuk nama anak. - Rasulullah menganjurkankepada seseorang yang mempunyai cita cita yang baik untuk diharapkanmelalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak - Adalah sangatterpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagimemberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik danjauhi gelaran yang> boleh memalukannya.


5. Penyembelihan aqiqah

Untukmensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acarakesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekorbagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anakberumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnyaadalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapatmemberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.

Hikmah aqiqah.
a.Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allahuntuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyaiharapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinyakepada Allah.
b. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
c. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.
d. melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
e. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
f.Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaanmentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan inilebih terpuji.
g. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
h. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.
i. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
j. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya. Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
k. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
l.Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji padapemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi3 iaitu sebahagian dimasak sendiri sebahagian dihadiahkan dansebahagian lagi disedekahkan.
m. Tidak diperkenankan menjual kulitaqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan ataudiambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
n. Bagiseseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqahuntuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telahmelakukan aqiqah untuk> dirinya setelah diangkat menjadi Rasul.
o.Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukanpencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambutdisedekahkan pada fakir miskin.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2007 10:19 PM | Show all posts
6. Mengkhatankan anak  
Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan. - Hukum berkhatan Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib. - Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Raulullah dilahirkan sudah> berkhatan dan ajau juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail. -

Hikmah dan kelebihan berkhatan
   a. Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan.
   b. Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah                   kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT.
   c. Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.
   d. Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat      
   e. Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.
   f. Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang             disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam
   7. Mendidik moral anak


Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya :
a. Pendidikan supaya bersyukur
b. Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah
c. Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua
d. Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya.
e. Pendidikan tentang soalt
f. Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar
g. Pendidikan supaya bersabar
h. Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh
i. Pendidikan kesederhanaan

L. Erti anak bagi orang tua  
Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik kebahagiaan ini tersimp an tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:
1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai harta yang tergadai
4. Anak sebagai penguji keimanan
5. Anak sebagai alat untuk beramal
6. Anak sebagai saham di akhirat
7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
9. Anak sebagai penyambung cita-cita
10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dapat dr email... nak kongsi dgn forumer

sama2 ler kite beringat tanggungjawab kite....


[ Last edited by  luvly_eone at 19-12-2007 10:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 10:31 PM | Show all posts
tp ader gak org nama Yasin kan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 10:47 PM | Show all posts
thnx a lot.... byk yg diketahui dr info nie... alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 07:55 AM | Show all posts
iezie ader gak baca info2 ni dalam buku...tp bila baca post ni....dpt gak ingat2kan diri apa yang belum buat lg
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 08:19 AM | Show all posts
thanks for the info's.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2007 04:37 PM | Show all posts

Reply #2 luvly_eone's post

anak sebagai penguji keimanan...tepat sekali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2007 08:17 PM | Show all posts

Reply #7 IDB's post

ape yg anak ko dah buat smpi teruji keimanan ko ni???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2007 09:51 AM | Show all posts
aminnn...dapat gak info
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2007 10:01 AM | Show all posts
tingkah laku anak2 kita nanti bakal menguji keimanan... tgk kita leh sabar ke tak dgn perangai dorang.... risau arrr... tambah plak dgn mcm2 hal & kes skrg ni... nauzubillah mintak2 dijauhkan keturunan yg mcmtu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2007 08:02 AM | Show all posts

Reply #8 luvly_eone's post

tak mahu dengar nasihat kita walaupun utk kebaikan dia orang sebenarnya....yang lepas-lepas tu apa yg kita bimbangi, itu-lah yg jadi...hanya mampu berdoa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 02:55 AM | Show all posts
up..skeettt thread nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 04:16 PM | Show all posts
emmm good info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.769228 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list