CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: nafham

termakan babi...

[Copy link]
 Author| Post time 8-1-2008 09:59 PM | Show all posts
babi x sdap...x phm aku napa owg suka babi.
sdap lg ayam n ikan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2008 10:26 PM | Show all posts
Babi Q sedap tak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 06:29 PM | Show all posts
  aku pun pernah tertelan daging tu dlm katebang kat obersee...(bukan MAS), diorg bilang vegetarian food, tapi kulihat2 mcm ku kenalll je itu daging halus2. al kembang wal loyaa laa lepas tu.

fyi, if korg dah biasa tgk daging ni, senang nak kenal kalu tercampur dlm food...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 10:07 PM | Show all posts
Originally posted by nafham at 8-1-2008 09:56 PM
x sdap pn...

mana ko tau?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2008 11:54 PM | Show all posts
Originally posted by nafham at 7-1-2008 02:14 PM
baru2 nie, i visit my friend family kat australia..
then 1day, dia org ader beli nasi goreng dr kdai kononnya nak sediakn asia food lah kan...
then after i makan 3suap, i br terperasan yg nasi  ...

Tak  sengaja   ...takpe  .....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 11:35 AM | Show all posts
sebut pasal makan daging babi ni yg kita nampak ok la,tapi kalau yg bubuh dalam gelatin, dalam penstabil kek,gula2 jelly semuanya diragukan..macamana la  kalau dah termakan jadi darah daging? rasanya jenuh samak! !ada pula yg tulis halal kat tin tu ,tapi ingredient dia jelas tulis pork!ini semua dalam malaysia bkn oversea!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2008 11:15 PM | Show all posts
bagus la awak sedar..moga kejadian ni jadi iktibar kat awak..

sbb bg saya sblm makan makanan yg di hidangkan walaupun sbg tetamu tanyalah dulu makanan tu ada daging ke idak..

rasanya dorang boleh terima kalau kita terangkan secara baik apa yg kita boleh  makan dan tidak..tapi jgn la pulak sbb kita tak boleh mkn bab*, yg lain boleh plak..

kena terangkan la jugak kat dorang ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2008 07:41 AM | Show all posts
just nk up date kn my topiik after terjumpa satu artikel kt internet. utuk berkongsii kps semua sbg pngthuan.

Perkara yang berbangkit ialah makan babi. Babi disifatkan  najis oleh sarjana Islam. Al-Qur'an menyifatkannya sebagai rijs  pula yang kami terjemah kepada kotor atau kotoran. Pun begitu, kami tidak pertikai istilah yang diguna oleh sarjana Islam.

Tokoh agama yang disebut di dalam e-mel di atas telah menyatakan iaitu sesiapa termakan (makan dengan tidak sengaja) makanan yang bercampur dengan benda haram (babi) maka dia harus menyamak anggota badannya dan peralatan yang digunakan.

Akan tetapi, lain pula kata Allah. Kata-Nya, bagi sesiapa yang terpaksa makan daging babi (makan dengan disedari) atau bangkai, darah yang tercurah, dan makanan yang disucikan kepada selain daripada Allah, dia harus memohon ampun kepada-Nya. Firman-Nya,

    "sesiapa yang terpaksa dengan tidak menginginkan, dan tidak juga menderhakai, sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun, Pengasih." (6:145)

Frasa "sesungguhnya Pemelihara kamu Pengampun" mempunyai maksud yang tersirat iaitu Dia menyuruh sesiapa yang memakannya supaya meminta ampun kepada-Nya. Kerana Dia "engasih".

Tujuan tokoh tersebut menyuruh menyamak dengan air yang suci lagi menyucikan adalah untuk menyucikan bahagian yang tersentuh daging babi (seperti pada peralatan yang diguna).

Justeru, pada hemat kami, bahagian badan yang harus disucikan adalah bukan anggota yang diluar (kecuali jari-jari tangan yang memegang, kalau guna tangan) tetapi organ-organ di dalam badan yang disentuhi daging tersebut, seperti ke atas peralatan juga.

Maka orang-orang yang mengikuti syariat beliau harus menyucikan bahagian-bahagian di dalam badan, bermula dari mulut, kemudian turun ke bawah hingga ke pintu belakang, dengan tujuh air mutlak yang satu daripadanya bercampur tanah. Atau bermaksud, air tersebut diminum, 6 kali tanpa tanah dan sekali dengan tanah.

Akal akan nampak dengan jelas ketidakwajaran pada suruhan agama itu. Kepalsuannya menyerlah lagi apabila disenaraikan segala perkara yang Allah sifatkan rijs, atau kotor, atau najis.

Selain daripada babi, perkara-perkara yang Allah sifatkan sebagai kotor adalah:

    * bangkai, darah yang tercurah, dan makanan yang disucikan kepada selain daripada Allah (6:145)

    * arak, judi, ramalan anak-anak panah dan berhala-berhala (5:90); berhala boleh terdiri daripada orang alim yang sudah meninggal dunia.

Manusia juga ada yang dikatakan kotor atau najis, seperti mereka yang:

    * tidak percaya kepada Allah atau ayat-ayat-Nya (6:125),

    * enggan berjuang di jalan Allah (9:95),

    * di dalam hati ada penyakit (9:125) misal, ragu-ragu terhadap ayat-ayat Allah,

    * tidak memahami atau tidak menggunakan otak dalam agama (10:100),

    * memanggil Allah dengan nama yang tidak diajar-Nya (7:71); sila semak di senarai "99 nama Allah" anjuran sarjana Islam untuk melihat sama ada nama "Akbar" berada di dalamnya, kerana di dalam al-Qur'an tidak ada.

Dan, ayat terakhir mengandungi perkataan rijs di dalam al-Qur'an adalah berkaitan dengan kesopanan bagi para isteri (terutamanya isteri Nabi) yang disifatkan tidak kotor, berbunyi,

    "Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan janganlah menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya." (33:33)

Balik kepada hal samak-menyamak dengan satu pertanyaan. Bagaimana pula cara menyamak semua perkara di atas kerana mereka adalah rijs seperti babi?

Sesungguhnya, Tuhan tidak mengajar cara menyamak seperti itu. Agama, kata-Nya, tidak menyusahkan. Dia hanya menyuruh memohon ampun dan bertaubat kepada-Nya. Badan tidak perlu diseksa, dan otak atau akal harus diguna kerana sebab itulah Dia memberinya.

Selanjutnya, mengenai apa yang dikatakan najis, Allah telah menetapkan melalui sebuah ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan najisa di dalamnya. Perkataan itu, yang tiada kaitan dengan rijs adalah, pada pendapat kami, lebih tepat diertikan kepada najis, atau kotor (juga).

Didapati hanya satu sahaja ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan tersebut iaitu yang berbunyi,

    "Wahai orang-orang yang percaya, orang-orang yang menyekutukan adalah najis" (9:28).

Itu benda najis yang sebenar, satu-satunya dalam agama Allah, berupa orang-orang yang menyekutukan Allah, bukan haiwan babi dan sebagainya.

Cara manusia menyekutukan Allah berbagai-bagai. Ada yang tanpa disedari. Namun, hanya satu sahaja yang ingin disebut di sini sebab ia mendesak. Iaitu, amalan mensyariatkan sesuatu dalam agama yang tidak diizinkan Allah, atau yang tidak ditunjuk di dalam al-Qur'an. Firman-Nya,

    "Atau, adakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan untuk mereka sebagai agama, yang dengannya Allah tidak mengizinkan?" (42:21)

Dengan itu, orang-orang yang mensyariatkan sesuatu dalam agama dengan cara palsu, yang sekali gus menyekutukan Allah, adalah najis di sisi Allah. Kenajisan mereka menyebabkan dosa mereka tidak mungkin diampun. Lantas, jauhilah mereka dan segala yang mereka ada-adakan supaya Allah disembah satu-satunya dalam Islam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2008 07:43 AM | Show all posts
Soalan        :
                Ini adalah dalil yang digunakan oleh Dr Yusuf Qardawi membenarkan sekali basuhan cukup....bagi pinggan yang pernah digunakan untuk makan babi bermaksud, pinggan tu dah dicuci (hilang 'ain), tapi bukan dengan cara samak. Memadai membuat suatu basuhan kosong. Inilah Fatwa Qardhawi dalam Halal dan Haram berdasarkan kisah sahabat yg musafir dan diberi pinggan mangkuk yg digunakan untuk daging khinzir, bila diajukan kepada Nabi saw, baginda menyuruh dibasuh sekali lagi sebelum menggunakannya.

Dari Abu Tasa'labah al-Khusyani katanya, Saya berkata, "Hai Nabi Allah! Saya tinggal di daerah Ahlul Kitab, bolehkah saya makan dengan mempergunakan piring mereka? Saya tinggal di daerah pemburuan, di mana saya berburu dengan mempergunakan panah, seekor anjing yg tidak terlatih untuk berburu dan seekor anjing lagi terlatih. Manakah yang lebih baik untuk saya?" Rasul berkata, "Mengenai apa yang engkau sebutkan tentang Ahlul Kitab, seandainya kamu dapat memperoleh piring lain, janganlah makan di piring Ahlul kitab itu. Tetapi kalau tidak ada yang lain, cuci terlebih dahulu dan makanlah di sana............" [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

rujukan Fathul Bari.

jadi kalau nak refer dgn jawapan yang lepas kalau berasa ragu2 so kena samaklah kawasan yang kita ragukan. jadi macam mane pulak pendapat ini?

                        .

Jawapan:
                Memandangkan Malaysia mengamalkan mazhab Syafie maka mengikut pendapat beliau sebagaimana dalam fiqh Al-Syafie, kaedah membersihkan najis mugahllazah ialah disamak dengan 6 kali air mutlak dan 1 kali air yang bercampur tanah.

Walaubagaimanapun, Ahli Panel JAKIM menghormati pendapat Sheikh Dr Yusuf Al Qaradhawi kerana beliau adalah ulamak yang muktabar dan seorang ahli mujtahid

Mengikut kaedah usul fiqh ada menyebut :

" Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu dan ambillah apa yang tidak meragukan kamu"
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 12:46 PM | Show all posts
kaler dia ada 5 macam kan daging babi nih...yang dry dan wet...sedia untuk dimasak...macam kaler2 pink gitu..ada tuh kadang kaler putih...biasa tengok dalam channel AFC Astro (Asian Food Channel) atau Travel & living..kalau korang mushkil ngan statement aku nih..cuba korang tengok channel tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2008 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by noneng at 7-1-2008 03:19 PM
Perbuatan yang tidak disengajakan adalah dimaafkan. Yg penting dah cuci bersih2 mulut dgn tangan tu tak?

tak yah pun kumur air tanah... dun worry.


walaupun kita xsalah, tp klu sha dh termakan,
mst rasa loya je. mcm dh xlalu nk mkn.
sian tuan rumah ye....hope lps ni kita lbh berhati-hati

[ Last edited by  shachihata33 at 18-1-2008 03:16 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2008 11:30 PM | Show all posts

Balas #31 shachihata33\ catat

btul tue..
ble kte da t'mkn, kte akn slalu t'ingt2 n trsa cam nk muntah jer.. uwek!!!
ye lah, sbb slama nie bentu tu lah yg kte jauhi n anti. tau2 da termakan. x naya ker???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2008 11:32 PM | Show all posts

Balas #30 putratropika\ catat

btul tue.
for those yg gi mlancong kt oversea, slh satu cara nk tgk smada mknn kte tu ader vavi ke x,tgk btl2 dlm mknn tue.sbb biasanya mmg blh prasan akan ader daging pink dlm tue.so ati2 lah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 02:25 PM | Show all posts
kalo nk tau camne rhupe daging bab*.. senang jer. usually sama ada dah masak, still mentah or even kalau its dry, korang tetap akan nampak lemaknyer. lemaknyer plak, dia lebih "transparent" berbanding dgn part daging tuh. mcm lemak ayam ni kan lemaknya tak transparent. lemak bab* ni kire transparent ar.. mcm jelly. sekali pandang, daging tu cam kek lapis daaa  tp org kata lemak tu la yg sodaaap.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 02:48 PM | Show all posts
Originally posted by nafham at 18-1-2008 07:43 AM
Soalan        :
                Ini adalah dalil yang digunakan oleh Dr Yusuf Qardawi membenarkan sekali basuhan cukup....bagi pinggan yang pernah digunakan untuk makan babi bermaksud, pinggan tu dah dicuci (hilang  ...


thanks
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.377392 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list