CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3497|Reply: 2

Masalah kesihatan anak kecil (pelbagai)

[Copy link]
Post time 9-1-2008 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Masalah kesihatan anak kecil
Bersama Dr. MARGARET KANNIMMEL (Doktor Pakar Pediatrik Am, Hospital Pantai Indah, Kuala Lumpur)


Epilepsi mungkin kekal hingga dewasa

DOKTOR, SAYA seorang ibu dan mempunyai anak perempuan yang kini berumur lapan tahun.

Semasa berumur enam tahun anak saya terkena demam panas dan mendapat sawan.

Sebelum ini, antara umur satu hingga tiga tahun, bayi saya kerap mendapat sawan walaupun tidak demam.

Doktor mengesahkan ia epilepsi dan diberi ubat untuk dimakan setiap hari.

Anak saya ini telah dua kali menerima imbasan CT otak dan EEG, semuanya normal.

Di bahagian mukanya pula tumbuh bintik-bintik hitam seperti jeragat.

Pemeriksaan jantung dan pakar kulit sudah dibuat. Jantung normal tetapi pakar kulit tidak dapat memberikan jawapan.

Saya ingin bertanya adakah penyakit ini akan sembuh apabila ia dewasa kelak walaupun anak saya kini jarang terkena sawan seperti dahulu?

Adakah cara lain untuk menyembuhkannya?

Untuk pengetahuan doktor anak saya tidak terkena sawan selama tiga tahun dan doktor telah mengurangkan jumlah ubat.
Bagaimanapun, semasa umurnya 6 tahun sekali lagi anak saya terkena sawan sehingga sekarang.

- Zainon, Johor.

Jawapan

Biasanya sawan tanpa demam dinamakan epilepsi dan diagnosis penyakit ini lebih berdasarkan simptom.

Pada kebiasaannya imbasan CT otak adalah normal sementara EEG yang normal pula tidak semestinya bermakna ini bukan epilepsi.

Sekiranya anak puan kerap mengalami sawan, adalah penting untuk memulakan ubat antisawan dan rawatan ini patut berterusan untuk sekurang-kurangnya dua tahun tanpa sawan. Selepas jangka masa ini, doktor akan mengurangkan dos ubat dan sekiranya tiada sawan lagi boleh diberhentikan ubat ini sama sekali.

Bintik hitam yang timbul mungkin dari kesan sampingan ubat ataupun mungkin tiada kaitan dengan pengubatannya.

Penyakit ini boleh hilang dengan peningkatan usia anak tetapi segelintir anak-anak ini masih boleh menghidap penyakit ini sehingga dewasa.

Adalah penting untuk anak puan meneruskan rawatan yang diberi dan jangan sekali cuba berhentikan atau kurangkan ubat yang diberi tanpa arahan doktor.

[ Last edited by  Syd at 9-1-2008 01:31 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2008 01:31 PM | Show all posts
Demam akibat alahan atau anafilaksis?

Doktor,

SAYA mempunyai anak perempuan berusia lima tahun. Pada Februari lalu dia telah mendapat demam panas.

Antara simptom awalnya adalah badan gatal-gatal dan diikuti dengan keluar gelegata. Muka dan telinga anak saya juga menjadi bengkak dengan cepat.

Anak saya dimasukkan ke wad dan doktor mengatakan beliau mendapat alahan. Doktor memberi chlorpheniramine-2 dan losen calamine.

Masalahnya doktor, tanda-tanda tersebut akan keluar setiap kali apabila anak saya demam dan batuk.

Masalah ini juga sering terjadi pada waktu tengah malam di antara pukul 12 tengah malam dan 3 pagi.

Doktor yang merawat akan memberi suntikan dan gelegata akan surut secara perlahan dan kemudian terus hilang. Saya ada membaca sebuah artikel kesihatan mengenai anafilaksis dan seakan ada persamaan dengan apa yang dialami oleh anak saya.

Harap penjelasan doktor dapat membantu. Terima kasih.

- Ibu risau.

Jawapan

Dari penjelasan yang puan beri, besar kemungkinan anak puan mengalami alahan disebabkan jangkitan virus.

Gelegata dan bengkak pada bahagian telinga dan muka adalah disebabkan oleh suatu bahan kimia yang dinamakan histamin di dalam darah akibat jangkitan virus.

Penyakit ini yang diberi nama urticaria atau 慼ives
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2008 01:32 PM | Show all posts
Anak kecil hidap gastroenteritis

Doktor, SAYA mempunyai anak berusia satu tahun tujuh bulan. Dia mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. Saya telah membawanya ke hospital tetapi setelah dua hari di hospital doktor membenarkan anak saya pulang.

Saya ingin mendapatkan nasihat doktor apa lagi patut saya lakukan?

- Kluang, Johor.

Jawapan

Penyakit cirit-birit dan muntah atau gastroenteritis adalah sangat kerap di kalangan kanak kanak terutamanya di bawah umur dua tahun.

Salah satu komplikasi penyakit ini ialah kekurangan air dalam badan yang boleh membawa kesan mudarat kepada kanak-kanak kecil.

Yang penting dalam rawatan penyakit ini ialah mengganti balik segala cecair yang hilang dan memastikan yang kanak-kanak itu berhenti muntah dan cirit.

Selagi kanak-kanak ini boleh minum dan tidak muntah puan tidak perlu risau.

Adalah dinasihatkan untuk seorang ibu meneruskan penyusuan badan dan sekiranya susu formula digunakan, ibu seharusnya gunakan susu tanpa laktosa atau susu soya untuk sementara waktu.

Pastikan kebersihan susu botol dan berikan makanan yang segar untuk dimakan oleh anak puan.

Pastikan juga anak yang sakit diberi garam rehidrasi secara oral untuk diminum.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.037007 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list