|
Pilihanraya Umum - Kaedah Islam Memilih Pemimpin?
[Copy link]
|
|
JANGAN MINTA JADI CALON
Pilihanraya semakin hampir. Hampirnya pilihanraya bukan sekadar meresahkan UMNO/BN yang tidak dapat menjawab banyak isu-isu yang memberi banyak kredit kepada Pembangkang. Tetapi, keresahan itu berlaku juga terhadap mereka yang mempunyai perasaan 揼ila menjadi calon |
|
|
|
|
|
|
|
para sahabat dan ulama2 muktabar silam........sering menolak utk jadik pemimpin....kerana beban t/jawab yg akan disoal oleh Allah pada Hari Hisab......ttp generasi kini berebut2 utk jadik pemimpin sehingga kepada tahap membeli dan menipu dlm proses undian.......sbb apa yg mereka nampak, adalah peluang2 utk jadik kaya.......halal dan haram diketepikan......langsung tidak takut pada hari pembalasan.........:@ |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm... ada juga orang abuya copy paste dari albakistani.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Kerengge at 19-1-2008 08:39 AM
para sahabat dan ulama2 muktabar silam........sering menolak utk jadik pemimpin....kerana beban t/jawab yg akan disoal oleh Allah pada Hari Hisab......ttp generasi kini berebut2 utk jadik pemimpi ...
Betul ker?? Mengikut sejarah pula perpecahan umat islam ini bermula apabila mereka berebut-rebut untuk menjadi pemimpinlah sehingga orang yang tak layak berkonspirasi untuk saling lantik melantik diantara satu sama lain seperti yang berlaku di Saqifah dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 19-1-2008 11:41 AM
Betul ker?? Mengikut sejarah pula perpecahan umat islam ini bermula apabila mereka berebut-rebut untuk menjadi pemimpinlah sehingga orang yang tak layak berkonspirasi untuk saling lantik mela ...
adakah sejarah telah pon dimanipulasi...haku mmg tak mengerti...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #128 Kerengge's post
Siapa lagi yang tak manipulasi sejarah kalau bukan puak2 Wahabi ti . Dengan pertolongan Yahudi dan Nasrani |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak juga pensyarah2 yang bagi Phd dalam bidang agama pada umat Islam terdiri dari orang2 Kapir . Pelik dan Ajaib ? Mengajar bab agama Islam tetapi mereka sendiri tak Islam . |
|
|
|
|
|
|
|
Gossip2 pilihanraya pada cuti sekolah nanti . Dari tarikh 9 / 3 / 2008 hingga 18 / 3 /2008 . Betul ker ? |
|
|
|
|
|
|
|
encik syeikhbelalang,
tidak lengkapkah Islam saya tanpa mempelajari ilmu-ilmu Islam (tasauf/fekah/usuluddin)?
Perlukah saya mempelajari semuanya sebelum melakukan kebaikan. Bagaimana ketakwaan saya dinilai? Adakah berdasarkan tindakan yang saya lakukan atau berdasarkan ilmu yang saya miliki atau berdasarkan amalan-amalan dalam rukun Islam?
Apakah tujuan sebenar rukun Islam?
Saya telah melihat ramai antaranya yang berilimu dan mempraktikkan rukun Islam dengan cermat tetapi lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi.
Sila terangkan tujuan/sebab Allah menciptakan manusia kemungkinan saya terkeliru. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #133 kalalah008's post
Tidak aku jadikan JIN dan MANUSIA melainkan untuk MENYEMBAH AKU .
Firman Allah . dalam Surah Al Zariyat .Ayat 56 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #133 kalalah008's post
sekadar memberi pandangan peribadi..........dan saya mungkin silap....
tidak lengkapkah Islam saya tanpa mempelajari ilmu-ilmu Islam (tasauf/fekah/usuluddin)?
Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw telah lengkap....cuma Ulama2 silam membahagikan ilmu2 yg dibawa oleh rasulullah saw itu kepada 3 bahagian yg besar ini utk kita mudah memahami konsep ketuhanan dan pengabdian itu sendiri.....ilmu Allah maha luas......jgn kita puas hati dan cukup dgn apa lmu yg kita ada....
Perlukah saya mempelajari semuanya sebelum melakukan kebaikan.
utk membuat sesuatu kebaikkan memerlukan ilmu.....amalan tanpa ilmu akan mejurus kepada kesesatan......
Bagaimana ketakwaan saya dinilai?
hanya Allah swt sahaja yg berhak menilai ketaqwaan seseorang......sebagai makhluk....kita hanya perlu mengabdikan diri pada Allah swt dengan memperbanyakkan amalan soleh......
Apakah tujuan sebenar rukun Islam?
pada haku itu sebagai panduan pada umat Islam.........menafikan salah satu dari perkara tersebut boleh menyebabkan kita terkeluar dr Islam itu sendiri.............
Saya telah melihat ramai antaranya yang berilimu dan mempraktikkan rukun Islam dengan cermat tetapi lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi.
berapa ramai org yg berilmu tapi tidak beramal dgn nya....berapa ramai org yg beramal tapi tidak Ikhlas krn Allah swt......kalau seseorang itu ikhlas dgn ilmunya......Allah akan campakkan kefahaman ilmu itu padanya........mudah utk amal agama dlm kehidupan hariannya...........
Sila terangkan tujuan/sebab Allah menciptakan manusia kemungkinan saya terkeliru.
Firman Allah: " Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku "
( Az-Zariyat : 56 )
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 atokkl's post
kalau diri awak belum selesai . macam mana nak bawa anak2 dan isteri kepada membangunkan syariah? kalau keluarga awak tak selesai, macam mana nak selamat masyarakat..sebab tu biarlah bermula dari diri...baru bawa org jadi baik....
jgn lobi2 kan syariat, sekali tengok anak isteri pun tak solat jemaah...haru nya malaysia, kalau pemimpinnya begini..... |
|
|
|
|
|
|
|
Islam Melangkaui Parti Politik
Oleh DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI
Pengisytiharan pembubaran Parlimen pada Rabu lalu menandakan berakhirlah sudah segala teka-teki yang berlegar di kalangan rakyat selama ini mengenai tarikh keramat pilihan raya.
Kini tibalah pula masanya rakyat menggunakan sepenuh peluang dan ruang yang diberikan untuk melaksanakan tanggungjawab secara hikmah dalam memilih calon-calon pilihan yang bakal mencorakkan masa depan dan hala tuju negara.
Sudah pastilah, ketika ini juga seluruh warga dan pendukung parti-parti politik bertanding mula menggembleng tenaga berkempen untuk memastikan kemenangan calon masing-masing.
Walau bagaimanapun, dalam keghairahan berkempen dan berpolitik dalam musim pilihan raya ini, umat harus dipasakkan dalam pemikiran agar terus berpegang teguh kepada prinsip akhlak dan nilai-nilai Islam sejati.
Yang pasti pilihan raya bukan sekadar pesta pada malam hari yang berkumandangan suara-suara bersemangat pemidato-pemidato cuba meyakinkan pengundi.
Pilihan raya juga tidak seharusnya menjadi pentas adu domba dengan alunan cacian, makian apatah lagi menjual ayat-ayat suci Allah bagi meraih sokongan undian.
Dalam konteks ini Allah telah memberi amaran yang keras: Dan janganlah kalian menjual ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah (al-Baqarah:41).
Lebih menggusarkan sekiranya budaya politik berteraskan benci dan dendam yang lebih mendominasi dalam kerangka masyarakat hingga manusia tergamak melakukan apa sahaja demi keserakahan nafsu terhadap kuasa.
Budaya memancing undi dan menggula-gula dengan rangsangan material juga semakin menggejala tanpa mempedulikan nasib dan masa depan bangsa dan negara.
Apalah ertinya kuasa kalau rakyat yang lahir adalah lemah dan berjiwa hamba? Apa ertinya berbelanja besar untuk pilihan raya kalau sekadar membeli sokongan mereka yang pura-pura?
Apa ertinya bersusah payah untuk kuasa kalau akhirnya melahirkan lebih ramai manusia oportunis dan materialis yang menyebabkan negara porak-poranda.
Sentimen
Apa yang penting dalam suasana sekarang yang begitu mudah isu-isu dan sentimen pembakar semangat dicetuskan, rakyat harus kental berprinsip agar tidak mudah termakan dengan cerita-cerita palsu yang mengelirukan.
Setiap cerita sensasi yang meragukan haruslah diselidiki agar kita tidak membuat keputusan yang salah khususnya dalam pertimbangan memilih pemimpin.
Cukuplah amaran Allah dalam al-Quran dijadikan sandaran: Sesungguhnya orang-
orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga.
Janganlah kamu kira bahawa bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya.
Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu banginya azab yang besar. (An-Nur:11)
Pengundi-pengundi harus bijaksana dalam menilai prestasi kerja, keikhlasan berkhidmat, keseriusan calon-calon bertanding dalam mengangkat taraf kehidupan rakyat dan kemajuan negara tanpa melupakan aspek akhlak dan moral pemimpin berkenaan berpandukan sumber-sumber yang sahih.
Kebijaksanaan ini juga memerlukan kita membuat pertimbangan berasaskan keutamaan dan kepentingan agama, masyarakat dan negara jangka panjang, bukannya berasaskan sentimen-sentimen murahan yang sengaja dicetuskan untuk meransang perasaan marah hingga terhakisnya pertimbangan rasional dalam membuat keputusan.
Pemikiran yang diselaputi sentimen marah dan benci lantaran terpengaruh dengan hasutan yang disulami ayat-ayat Allah oleh pencacai-pencacai politik berkepentingan seringkali menjurus rakyat membuat keputusan yang tidak tepat dan akhirnya membinasakan masa depan umat dan negara.
Sikap sesetengah ahli politik yang mengambil kesempatan daripada kejahilan rakyat inilah yang menyebabkan pilihan raya yang sepatutnya menjadi medan terbaik bagi memilih pemimpin terbaik tidak ubah seperti pentas makyung yang sarat dengan adegan fantasi, dongengan dan tipu daya.
Sebab itulah rakyat harus berhati-hati dalam membuat percaturan terutamanya di tengah-tengah hingar-bingar kempen pilihan raya ketika ini.
Pemikiran
Justeru, sudah tiba masanya kita melakukan anjakan budaya dan pemikiran ke arah merealisasikan budaya politik baru yang lebih bermaruah.
Budaya politik baru yang dimaksudkan ialah yang berteraskan kasih sayang dan tolak ansur sesama manusia walau berbeza parti mahupun ideologi politik. Budaya politik baru ini juga mestilah berteraskan prinsip agama dan nilai akhlak yang tinggi dan bukannya terjerat dengan emosi melulu dan faham agama yang sempit.
Sesungguhnya Islam melangkaui sempadan dan geografi parti dan fahaman politik. Islam tidak wajar diperalatkan mahupun diletakkan setaraf parti politik.
Sebaliknya Islam lebih tinggi daripada parti dan harus dijadikan benteng terakhir mempersatukan umat yang sedang galak berpolitik.
Dengan meletakkan Islam lebih tinggi daripada parti sahajalah akan memungkinkan terjelmanya budaya politik baru yang bebas daripada belenggu kefanatikan yang membawa kepada perlakuan mungkar dan membinasakan umat. Moga-moga harapan ini bakal menjadi suatu kenyataan suatu hari nanti, insya-Allah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagik ke topik ni ? Ana ingat out of date dah |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi ker laman web tu ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|