|
Kita semua tau salah satu hikmah kita semua ada Kaabah sebagai panduan bersujud umat Islam adalah untuk memastikan semua umat Islam menuju pada suatu haluan yang sama. Simbolik pada usaha-usaha untuk menyatukan hati ummat..
Namun persoalannya, mengapa pada hari ini kita umat Islam tidak lagi sehaluan? Kita tidak menetapkan jiwa ke arah suatu haluan yang sama. Mungkinkah kerana kurangnya kita bersujud pada satu arah yang sama, maka Allah Yang Maha Pengasih telah memudarkan Kaabah di hati kita?
Elakkan perbincangan di sini meleret ke arah berbau politik, mazhab mahupun puak-puak tertentu. Mari kita bersama-sama mengorek persoalan ini. Di manakah Kaabah di hati kita umat Islam? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 juwaini's post
bukan sebab menghala ke kiblat.. kiter x bersatu... tapi... "kaabah" dihati yg x betul... lg kot..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 juwaini's post
ermmm..umat Islam sujud pada arah yg sama sampai hari ini..tp adakah hati mereka ikut sekali bersujud??
and i think thats the key.. |
|
|
|
|
|
|
|
ketika solat apakah benar kita menghadapkan ke kaabah atau mungkinkah hanya jasad saja yang mengadap kaabah sedangkan perhatian dan minda melencong ke tempat lain
apakah segala perjanjian semasa solat dijelmakan dalam semua tindakan semasa di luar solat |
|
|
|
|
|
|
|
Kaabah tu juga macam manusia bersifat baru dan akan musnah
Yang penting semua manusia akan sama ada suka atau tak memainkan skrip yang diberi pada mereka , sama ada mereka sedar atau tidak , sama ada mereka suka atau tidak
Sama ada kaabah ada dalam hati mereka atau tidak , disisi allah benda tu semua tak penting |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 AniSani's post
Ku bersetuju dgn pendapat mu!
ketika solat apakah benar kita menghadapkan ke kaabah atau mungkinkah hanya jasad saja yang mengadap kaabah sedangkan perhatian dan minda melencong ke tempat lain
errr... kita solat menghadap ke Kaabah tp bukanlah bermakna seolah2 Allah berada di situ. Semasa solat perhatian dan tumpuan hendaklah semata2 kp Allah bukan Kaabah. Solat seolah2 kita nampak Allah atau solat seolah2 Allah nampak kita.
Kaabah adalah makhluk. Kita bukan sembah makhluk tp kita sembah Allah. Arah kiblat tlh ditetapkan sejak zaman Rasulullah saw. Andai kata kaabah roboh dan musnah sekali pun, kita tetap kena solat ke arah kaabah.
Namun persoalannya, mengapa pada hari ini kita umat Islam tidak lagi sehaluan? Kita tidak menetapkan jiwa ke arah suatu haluan yang sama. Mungkinkah kerana kurangnya kita bersujud pada satu arah yang sama, maka Allah Yang Maha Pengasih telah memudarkan Kaabah di hati kita?
Kalau nak kata kurang bersujud ke arah yg sama... errr ada ke org Islam sujud ke arah yg lain? Atau pun begini maksudnya?
Umat Islam kurang bersujud, dlm erti kata yg lain, kurang/tak solat.
Kalau maksud yg kedua ni, me setuju. Bila x solat/kurang solat, kemungkaran akan dtg. Lg satu... me rasa kurangnya "Hablum minannas" menyebabkan umat islam x sehaluan. Masing2 buat hal sendiri. Berpuas hati dgn "aku solat, aku amal agama, keluarga ku amal agama." Dakwah! Dakwah x disebarkan. Hanya mengharap alim ulamak, ustaz2 je yg buat keje! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HOTlips at 4-2-2008 06:34 PM
Ku bersetuju dgn pendapat mu!
..
Terima kasih walaupun ia tiada membawa apa-apa makna pada sesiapa pun , jauh sekali pada allah yang mencipta kita
Maksudnya banyak sokongan atau tiada sokongan tidak menunjukkan kebenaran , wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 AniSani's post
Benarlah jua!
NAK MAGHRIB DAH! JOM BERSEDIA UTK SOLAT!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|