|
aku teringat satu hadis yang lebih kurang bunyi nye....
"ada yang sembahyang tetapi mencuri ketika solat"
ps : tolong betulkan kalau salah hadis dia atas....
maksudnya : kita sembahyang tetapi tidak seperti yang di gariskan oleh agama. Yakni kalau biasanya solat mengambil masa 10 minit, tetapi kita solat dalam 5 atau 3 minit. Kita telah mengurangkan beberapa sunat. Contohnya sepatutnya meninggalkan bacaan doa iftitah, membaca hanya sekali doa sujud atau rukuk... atau juga kita membaca ayat2 Al-Quran macam laju cahaya. Mungkin itulah yang dikatakan sembahyang Ekspress oleh pembuka threads.
Kalau kita boleh berjam-jam di depan komputer dan TV mengapa solat yang paling lama hanya 10 mint tak dapat di tunaikan dengan sempurna.
tepuk dada tanya diri : sejauhmana iman ku.............. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #41 Yo-Ya's post
Jika rukunnyer sempurna .. kita tak boleh kata orang tu mencuri dalam solat .. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara kepentingan sembahyang seperti berikut:
1. Sembahyang mendidik manusia sentiasa mengingati Allah s.w.t dan mematuhi perintah-Nya.
2. Sembahyang boleh memelihara manusia daripada melakukan kejahatan, seperti Firman Allah s.w.t.
揝esungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah express sangat macam mana nak tenang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by thedude at 11-2-2008 15:05
Jika rukunnyer sempurna .. kita tak boleh kata orang tu mencuri dalam solat ..
jika sempurna tak kan jadi ekspress. Yang kita bincangkan benda yang tak sempurna.
Rukuk yang dilakukan macam ayam sedang patut makanan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Yo-Ya at 11-2-2008 12:46 PM
aku teringat satu hadis yang lebih kurang bunyi nye....
"ada yang sembahyang tetapi mencuri ketika solat"
ps : tolong betulkan kalau salah hadis dia atas....
maksudnya : kita sembahyang ...
Hal ini i ditegaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seburuk-buruk orang yang mencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka. Maka sahabat pun bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri daripada solat mereka? Maka Rasulullah menjawab: Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud mereka. (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah) |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasaii, Rasulullah s.a.w. melarang solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. Dalam hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: Allah s.a.w. tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud. (Riwayat Thabrani) |
|
|
|
|
|
|
|
mmglah rata2 dalam keadaan tenang...solat tuh boleh buat dengan tenang pada waktu yang mengizinkan...
tapi ada kala2 nya mmg kena express contohnya:
1. bini tengah sakit giller nak bersalin.....
2. jem nak ke airport, dah masuk waktu solat dan flight nak boarding....
tu jek la aku terpikir sekarang nih...... so aku rasa ilmu rukun solat tuh mmg la perlu....bukan untuk dipraktikkan selalu, tapinya untuk masa2 kecemasan.... macam perang ke......baru start semayang ada fire drill kebakaran ke......ha...cemaner.....??
bukan semua orang sengaja nak solat expresss.......sesunggunya Allah itu maha mengetahui apa yang ada dalam hati kamu..... |
|
|
|
|
|
|
|
saya org baru....salah silap,hara dimaafi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Yo-Ya at 11-2-2008 03:49 PM
jika sempurna tak kan jadi ekspress. Yang kita bincangkan benda yang tak sempurna.
Rukuk yang dilakukan macam ayam sedang patut makanan..
Sempurna itu bila rukunnyer sempurna ... ekspress tak bermakna tidak cukup rukun ...
... maksud ekpress di sini ialah .. perkara-perkara sunat tidak dilakukan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Kerengge at 11-2-2008 15:57
Hal ini i ditegaskan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seburuk-buruk orang yang mencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka. Maka sahabat pun bertanya: Wahai Rasulull ...
TQ Kerengge : kemukan hadis |
|
|
|
|
|
|
| |
|