CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5103|Reply: 8

Apakah kesan islam hadhari pada umat Islam diMalaysia?

[Copy link]
Post time 4-2-2008 05:43 PM | Show all posts |Read mode
saya ada terbaca artikel ni di forum lain, nak tanya pendapatan rakan2 disini... ni artikel dia..

Aku kerap kali dengar perkatan ISLAM HADHARI, tetapi sejak akhir2 ni aku selalu sangat dengar dekat TV islam hadhari sana sini, mungkin nak dekat pilihan raya so masing2 perjuangkan ideologi sendiri.

Aku tak memihak pada sesiapa, setiap soalan tentang islam hadhari dan apa yang dimaksud kan islam hadhari, dan apakah relevan pada manusia zaman kini atau adakah islam hadhari satu agama baru, itu semua telah dijawab oleh wakil2 kerajaan.

TETAPI, apa yang aku risau kan adalah pada mereka yang kekurangan pengetahuan tentang agama menerimanya. Apakah kesan dari perkataan Islam hadhari untuk umat islam diMalaysia akan datang?

Quote:

Ini 10 prinsip islam hadhari;

Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama;
Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
Kerajaan Adil dan Beramanah
Rakyat Berjiwa Merdeka
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
Kehidupan Berkualiti
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Keutuhan Budaya dan Moral
Pemeliharaan Alam Semulajadi
Kekuatan Pertahanan

sumber:http://www.islam.gov.my/islamhadhari/



Baik, Apa yang dapat aku faham segala prinsip diatas dan huraian setiap hari di radio dan TV semuanya mengambarkan Malaysia adalah islam hadhari. Sedangkan segala perihal ini terdapat didalam alquran. Jadi kenapa ingin membandingkan Islam Hadhari dan Islam lain? jadi islam diindonesia, diArab saudi bukan islam hadhari? mereka tidak duduk dibandar? Malaysia ini bandar ke?

Apa itu hadhari? "hadhari" atau hadhara bermaksud bandar atau penduduk bandar. Jadi apa relevan islam hadhari pada kita?

ada ditulis didalam alquran kalau tak silap " Manusia di turunkan kebumi dan mereka dijadikan berpuak-puak agar dapat bersatu" -jika tak silap lah aku pun bukan pandai sangat tak ingat surah mana.

Jadi apa gunanya islam hadhari? ianya satu perkataan yang boleh membunuh kita sendiri. Islam dibandar? adakah negara-negara islam lain berada di kampung? mengapa kita membezakan negara islam lain? dan memaksa mereka menerima idelogi islam dibandar? pelik bukan? aku bukanlah manusia yang sempurna, tetapi ada lah sedikit ilmu untuk dikongsi bersama member2 TFN.

Aku dari awal2 lagi tidak setuju dengan idea Islam hadhari, kenapa kita mahu membezakan? dari apa yang aku faham sebagai rakyat biasa, Islam hadhari adalah satu konsep didalam islam.

Ini menggambarkan umat islam dimalaysia bukan sahaja mengikut rukun iman dan rukun islam tetapi menambahnya agar lebih cantik dengan prinsip islam hadhari.

Ini akan membuatkan mereka yang faham sekerat2 pada hari ini dan pada masa akan datang, memahami islam hadhari adalah islam untuk zaman kini, jadi islam dahulu tidak lagi perlu diikuti sebab sembahyang leceh, nak puasa lagi, nak gi mekah baik pergi paris diorang kata , habislah kita.

Pihak bertanggung jawab harus prihatin dengan keadaan ini, mereka menjenamakan konsep Islam hadahari... bagi aku tidak ubah hendak mencerminkan islam hadhari dengan jenama kerjaaan Pak lah.

Jadi bila suatu hari nanti didalam sejarah, Jika Islam hadhari itu disebut tetap Pak Lah pengasaasnya.

Aku bukan anti kerajaan, aku adalah orang kerajaan. tetapi aku nampak sesuatu yang mendukacitakan dan mereka ini menjalankan kerja hanya sekadar melepaskan batuk ditangga.

Apa yang aku risaukan adalah dari perkataan ISLAM HADHARI ini akan memakan diri sendiri dan disalah erti anak-anak muda kita nanti. Mereka ini dah lah faham sekerat pasal agama, ditambah parah dengan prinsip islam hadhari, lagi lah mereka terus bergelumbang dengan dunia mereka, apa yang mereka faham tentang Islam? hanya ISLAM HADARI.

Yang aku hairan, kenapa mereka ini amat gemar menggunakan nama ISLAM sebagai agenda mereka? aku memang tak suka ada orang yang menggunakan nama islam untuk kepentingan politik.

Jika Islam hadhari itu adalah satu konsep, mengapa tidak mengatakan Konsep kemajuan malaysia 2020? atau Rukun negara 2050? untuk memastikan kita berjaya didalam membina peradaban islam?

KENAPA!!!! sesuka hati mereka memainkan nama islam? mereka ni memang tidak ada otak untuk berfikir, tak ada nama lain ke?. Bagilah nama lain, kenapa tetap islam digunakan? sebab aku nampak ISLAM Hadhari ini masih ada kecacatan berdasarkan 10 prinsip itu!!!

Aku cadangkan pada mereka2 ini agar menukar nama pada PRINSIP HADHARI bukannya ISLAM HADHARI.

Ianya sekadar konsep bukan? jadi gunalah KONSEP HADHARI didalam kehidupan, bukan Islam Hadhari.

Tukar nama atau berhenti mempromosi kerana ia akan membuatkan lebih ramai yang terpesong akidah mereka. Jika kita lihat pada MODEL pengasas Islam hadhari sendiri tidak sempurna! isterinya tidak memakai tudung, bagaimana orang lain melihat Islam hadhari diMalaysia?

Ini juga sudah menggambarkan Islam hadhari tidak mewajibkan isteri mereka mmakai tudung, kerana ia Islam Hadhari satu konsep Islam dibandar. Jadi tak perlu lah pakai tudung jika kita tak bersedia. Kepala hotak diorang!

Masyaalah, nauzubillah, bertaubatlah jika ada tersimpangnya akidah. Tukarkan nama JENAMA PEMASARAN anda pada Konsep Hadhari jangan lah sesuka hati menggunakan nama Islam untuk jenama kek coklat anda.

Bertaubat lah, semoga kita dirahmati tuhan.
Aku ini tidak mahu memburukkan orang lain, tetapi hanya ingin berpesan pada kita sesama saudara. Kalau terkasar bahasa tu maafkan aku, lagi pun aku bukanlah penulis yang bagus, ini adalah pendapat aku saja, semoga kita diredhai allah bersama-sama. Amin..

Ikhlas dari orangbandor
sumber: http://timestreets.com/forum/viewtopic.php?t=1513


ada comment...

[ Last edited by  gabanhansem at 4-2-2008 05:44 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2008 05:45 PM | Show all posts
Bagi aku , ia hanya nama sahaja dan selagi yang membuatnya manusia , ia bersifat lemah dan tidak akan kekal
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 05:53 PM | Show all posts
perlu ke isele hadori bila isele yang nabi muhammad saw bawa dah cukup sempurna?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2008 05:55 PM | Show all posts
itulah, ada benar tulisan mamat ni, walau pun ada salah tata bahasa.
itu yg buat aku terfikir betul ke ISLAM HADHARI tak meyimpang akidah, boleh ke kita ikut?

kenapa diorang tak guna nama Prinsip hadhari? merosakkan nama islam?
pening aku fikirkan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 05:59 PM | Show all posts
dengan adanya islam hadhori:
semakin ramai rakyat pandai tafsir hukum sendiri
bukak aurat tak dosa..tu adalah hak individu..seperti ibu hadhari sendiri
surau dan masjid dirobohkan..diganti dengan masjid kristal yg tak mcm masjid
lembu2 CI sibuk selak Quran dan merogolnya
abdullah ahmad badawi, bapak ajaran sesat adalah PM malaysia
dan apa sahaja yang bertentangan dgn islam, adalah dibenarkan dalam islam hadhori..

hidup lembu umno! murtadla korang sementara korang belum dimurtadkan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 06:00 PM | Show all posts

Reply #1 gabanhansem's post

ISLAM HADHARI ni semata2 utk politik jer...

takdak hasil langsung... :@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2008 06:01 PM | Show all posts

Reply #5 orangdalam's post

Masa zaman khalifah pun orang islam berbunuh-bunuh jugak:eek:
Sampai tiga khalifah islam yang sahabat baik nabi pun kena bunuh:re:

Itu dekat dengan zaman nabi , kau bayangkan sekarang ni yang dah beribu-ribu tahun dari zaman nabi tapi allah tu tahu semua benda ni , kau jangan takut pasal allah yang cipta semua ni termasuk skripnya sekali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2008 06:39 PM | Show all posts
Originally posted by orangdalam at 4-2-2008 05:59 PM
dengan adanya islam hadhori:
semakin ramai rakyat pandai tafsir hukum sendiri
bukak aurat tak dosa..tu adalah hak individu..seperti ibu hadhari sendiri
surau dan masjid dirobohkan..diganti den ...


eh, jangan lah mcm tu bro.. lu tak boleh cakap orang umno mcm tu, tak semua orang pun setuju Islam hadhori ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2008 09:02 PM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 4-2-2008 06:01 PM
Masa zaman khalifah pun orang islam berbunuh-bunuh jugak:eek:
Sampai tiga khalifah islam yang sahabat baik nabi pun kena bunuh:re:

Itu dekat dengan zaman nabi , kau bayangkan sekarang ni ya ...


betul tu dari dulu kita dah berpecah beah, tetapi yang sekarang ni timbul pula islam hadhori, yang menggunakan nama islam...

Islam adalah universal untuk semua bukan untuk malaysia sahaja, jadi kalau kenapa nak membezakan islam dimalaysia dengan islam di arab saudi?

hentikan promosi ISLAM HADHARI tukar pada PRINSIP HADHARI atau KONSEP HADHARI didalam hidup ok.

semoga kita selamat sejahtera..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.065042 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list