|
Cuti bersalin 90 hari?
Oleh Wan Rahimah Draman
Sebanyak 119 negara di dunia kini menetapkan cuti bersalin untuk wanita tidak kurang daripada 12 minggu iaitu tiga bulan atau lebih.
Namun 16 buah negara pula memberi cuti bersalin sehingga 14 minggu atau tiga bulan setengah yang bersamaan 105 hari, iaitu tempoh maksimum yang ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Begitupun Malaysia yang sedang menuju status negara maju adalah antara 31 buah negara di dunia yang memberi pelepasan kerja bergaji kepada wanita yang melahirkan bayi. Para ibu di negara ini diberi cuti bersalin 60 hari, kurang daripada tempoh minimum yang ditetapkan ILO iaitu sekurang-kurangnya 12 minggu atau 90 hari.
Ini bermakna, anak-anak yang dilahirkan di Malaysia hidup dan membesar tanpa makanan susu ibu, belian dan kasih-sayang ibu sepenuhnya.
Sedangkan tanggungjawab ibu bapa ke atas bayi yang dilahirkan begitu jelas sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam mafhum-Nya, 揚ara ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.
Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan waris pun berkewajipan demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut...(al-Baqarah: 233)
Dr. Wahbah al-Zuhaily dalam tafsirannya mengenai ayat ini berkata, hukum menyusu (memberi susu ibu) secara umumnya adalah sunat ke atas seseorang ibu.
Namun, ia menjadi wajib jika anak enggan menyusu dengan orang lain (ibu susuan) atau bapa tidak mampu menyediakan penyusu (ibu susuan) kerana miskin atau sebagainya.
Imam Malik bagaimanapun berpendapat, kerja menyusukan anak adalah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh ibu yang melahirkannya selagi ia tidak bercerai atau anak tidak mahu menyusui dengan orang lain.
Malah kata Dr. Wahbah lagi, ibu-ibu yang enggan menyusui anak kerana ego atau alasan menjaga kecantikan dan kesihatan adalah berlawanan dengan fitrah wanita (ibu) serta telah mengabaikan keutamaan ke atas anak (Tafsir Al-Munir Juz 2; ms:466).
Kesimpulannya seseorang ibu perlu sentiasa di sisi bagi membelai dan memberi kasih sayang serta penjagaan sepenuhnya ke atas bayi yang dilahirkan sehingga usianya dua tahun.
Pensyarah Jabatan Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datin Noor Aziah Mohd. Awal berkata, cuti bersalin pekerja wanita negara ini bukan lagi isu mereka perlu rehat panjang kerana bersalin tetapi ia membabitkan isu modal insan negara untuk jangka panjang.
Pengorbanan
揃ersalin adalah pengorbanan terbesar daripada seorang wanita dalam membantu membangunkan keluarga, ekonomi dan negara. Jadi mereka kena diberi elaun dan pengiktirafan serta menambah tempoh cuti bersalin adalah hak bagi seseorang wanita bekerja, |
|
|
|
|
|
|
|
di malaysia negeri mana start dulu? |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhhhhhh...
alangkah best nyer kalau malaysia apply... |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 manusia selayaknya diberi susu manusia juga demi perkembangan rohani & jasmani yg terbaik...dlm kita mencari punca keruntuhan akhlak generasi kita faktor makanan selalu kita terlepas pandang |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama citer ni tp kerajaan tak bagi lagi.
Staff kerajaan pun rasanya blm dpt cuti bersalin 90 hari.
Sy yg kat HR dept ni mmg happy klu dgr dpt cuti byk2 camni.
Lgpun insya allah baby sy nak keluar bln 8 nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by batman_2007 at 12-2-2008 12:21 PM
di malaysia negeri mana start dulu?
kelantan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
Malaysia lagi advance kan ? ... sekarang ni boleh amik cuti 3-5 tahun nak besarkan anak ... tapi cuti tak bergaji ler ... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu citer nak bg naik dari 60 ker 84 hari tp tiba2 jekk boleh cuti lebeh kalau ambik unpaid leave...... dis is soooooooo not fairrr!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 zamnie's post
Mungkin kerajaan kita tak mampu nak bagi cuti bergaji banyak2 macam di Barat tuh .. so kerajaan bagi cuti 3-5 tahun tanpa berbayar ... |
|
|
|
|
|
|
|
Cuti bersalin di Selangor 90 hari
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
[email protected]
KHALID beramah mesra dengan penduduk PPR Desa Tun Razak selepas menghadiri Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan Kuala Lumpur semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
SHAH ALAM - Selangor 90 hari, Perak 60 hari dan Pulau Pinang 75 hari. Itu antara tempoh cuti bersalin yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat unutuk golongan wanita sama ada kakitangan awam atau swasta.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kemudahan itu diberikan bagi menghargai golongan wanita yang bekerja di negeri itu.
"Kerajaan negeri dan majikan akan berunding untuk mencari pendekatan terbaik dan apabila ia dilaksanakan nanti pekerja, syarikat dan industri tidak mengalami kerugian.
"Malah, si suaminya pula bakal diberi cuti tambahan tidak lebih 10 hari agar membantu meringankan tugas si isteri," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media di Perhimpunan Pekerja 2008 dan Wacana Kebangsaan Ketiga 'Memperkasakan Kaum Pekerja' di Stadium Melawati, di sini semalam.
Pada masa ini cuti bersalin bagi kakitangan kerajaan ialah 60 hari.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin; Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Kerja Raya, Ir. Phahrolrazi Zawawi.
Sementara itu, Mohammad Fairus menyatakan, pihaknya memilih bilangan cuti antara Selangor dan Perak dan perlu mambuat kajian lokaliti serta suasana terlebih dahulu di negeri itu.
"Saya akan buat pertemuan dan dialong dengan wakil penduduk atau persatuan tertentu untuk meneliti cara terbaik dan dasar soal pembelaan kepada kaum ibu ini," katanya.
Bagi, Muhammad Nizar, pihaknya kini sedang mengenal pasti dan mengumpul data bilangan pekerja wanita di negeri itu yang bersalin untuk tempoh tiga tahun ini iaitu bermula pada tahun 2005.
"Dari data itu , sekiranya keputusan menunjukkan perlu penambahan maka kita akan menambah 65 atau 70 hari," ujarnya.
Dalam pada itu, Phahrolrazi memberitahu, negeri Kedah akan mengikuti apa yang diamalkan di Kelantan bagi tempoh cuti bersalin iaitu 60 hari.
Khalid kemudian ke Desa Tun Razak di Cheras bagi menghadiri majlis perjumpaan dengan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) di situ |
|
|
|
|
|
|
|
bg aku apa yg ada tu dh cukup pun...
xyah kurangkan xyah tambahkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuti bersalin 90 hari di Selangor
SHAH ALAM 8 Mac - Selangor hari ini mengumumkan cuti bersalin 90 hari untuk semua kakitangan wanita yang bekerja dengan kerajaan negeri berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Pengumuman tambahan 30 hari daripada tempoh 60 hari yang ditetapkan sekarang dibuat sempena genap setahun pemerintahan kerajaan negeri campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas di negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kakitangan terbabit bagaimanapun diberi pilihan menerima sejumlah pampasan jika mahu bekerja selepas 60 hari cuti bersalin.
"Serentak dengan itu juga, suami yang menjaga isteri bersalin turut diberi tambahan cuti tujuh hari menjadikan jumlah cuti boleh diambil meningkat kepada 14 hari," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi bersama pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri sempena sambutan satu tahun pentadbiran kerajaan baru Selangor di Dewan Raja Muda Musa di sini hari ini.
Kira-kira 6,000 orang daripada lebih 400 kampung tradisi dan kampung baru di seluruh negeri menghadiri majlis tersebut.
Abdul Khalid juga memberitahu, langkah menambah cuti bersalin itu dibuat atas alasan perubatan kerana mengikut kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bayi perlu diberi perhatian dan penjagaan rapi dalam tempoh 100 hingga 200 hari selepas dilahirkan.
Beliau berharap, mereka yang layak mendapat kemudahan cuti menggunakannya sebaik mungkin termasuk bagi memastikan bayi mereka mendapat suntikan imunisasi mengikut tempoh waktu ditetapkan.
Abdul Khalid turut mengumumkan balu yang baru kematian suami diberi cuti pilihan sehingga 30 hari berbanding kemudahan cuti tanpa rekod selama tiga hari yang diamalkan sekarang.
Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 40 pengerusi JKKK terdiri daripada kaum India akan dilantik pada bulan depan bagi memudahkan pentadbiran di kawasan yang mereka menjadi majoriti.
Dalam pada itu, satu perbincangan akan diadakan dengan Bahagian Kewangan Negeri dan pihak terlibat berhubung cadangan menaikkan elaun pengerusi JKKK daripada RM450 sebulan yang diterima sekarang.
"Exco terlibat akan turut berbincang, tetapi ia hanya akan dilakukan pada bulan depan," tambahnya.
Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Khalid mendakwa kerajaan negeri telah menunaikan janji pilihan raya antaranya memberi bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik selain memberi biasiswa dan hadiah kepada anak Selangor yang memasuki universiti. |
|
|
|
|
|
|
| |
|