CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2175|Reply: 15

Langkah hari tua Dayang

[Copy link]
Post time 12-2-2008 01:54 PM | Show all posts |Read mode
HIBURAN

kosmo online

Oleh HARYATI KARIM



SAMPAI masanya nanti, Dayang sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk merealisasikan hasrat muncul dalam konsert solo.

--------------------------------------------------------------------------------


BAKAT serta kehebatan penyanyi bernama Dayang Nurfaizah tidak boleh dipertikaikan lagi, sementelah dia juga sering dilabel sebagai 'Beyonce Malaysia'.

Selesa dengan jolokan yang diberi oleh peminatnya, dia terus mara tanpa menoleh kebelakang untuk terus berdiri kukuh dalam dunia seni tempatan.

Namun, cahaya populariti untuk seseorang penyanyi biasanya tidak akan bertahan lama apabila usia semakin dimakan masa dan penyanyi baru pula muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Menyedari hakikat itu, Dayang kini telah mula mengatur langkah demi menjamin kehidupan di hari tuanya.

Walaupun hanya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, ia sudah memadai buat penyanyi yang popular dengan lagu-lagu berentak r&b ini.

Hadir dengan mengenakan kemeja-T berwarna hitam yang tertera tulisan huruf D pada majlis sidang media Malam Tribute Bersama Dayang di Planet Hollywood baru-baru ini, dia tersenyum dan mengatakan kemeja-T yang dipakainya ialah hasil usahanya selama ini.

"Ini bukan baju beli, inilah baju yang Dayang reka sendiri untuk dijual, sangat ringkas dan selesa di pakai," ujarnya tentang perniagaan yang baru diceburinya.




--------------------------------------------------------------------------------



Menjelaskan idea untuk menghasil kemeja-T sebegitu sudah lama berada dalam fikirannya dan kini impiannya untuk bergelar seorang usahawan sudah tercapai.

"Bukan mudah untuk membuka satu perniagaan, walaupun nampak ringkas tetapi proses mencari kain untuk dijadikan kemeja-T mengambil masa yang cukup lama.

"Ini kerana saya mementingkan kualiti. Jika baju tersebut selesa untuk saya, ini bermakna ia juga selesa untuk orang lain," jelasnya yang mencari pembekal kain sehingga ke China.

Tambahnya, kemeja-T keluarannya hanya mempunyai dua saiz iaitu, S dan M.

Dan kerana mengikut kemampuannya, setakat ini dia hanya mengeluarkan sebanyak 500 helai kemeja-T sahaja.

"Saiznya memang kelihatan kecil tetapi kainnya berkualiti dan boleh merenggang untuk mengikut saiz badan si pemakai.

"Manakala jumlah baju yang dikeluarkan juga terhad kerana selain mengikut bajet, saya juga ingin melihat pasaran terlebih dahulu. Jika sambutannya menggalakkan kemungkinan saya akan tambah lagi jumlahnya," katanya lagi tentang kemeja-T yang didatangkan dalam lapan huruf iaitu, A,C,D,F,L,M,N dan S.

Menggunakan label 'DN' singkatan daripada Dayang Nurfaizah, baju keluarannya dengan mudah mendapat sambutan di kalangan peminatnya.

Oleh kerana itu, baju yang pada mulanya hanya dijual di internet dengan harga RM45 sehelai kini, ia dikurangkan ke RM35 sehelai jika peminat membelinya pada persembahan Malam Tribute Bersama Dayang di Planet Hollywood, pada 24 Februari depan.

Persembahan sempena sebahagian daripada siri Sunday Nite Live di Planet Hollywood tahun ini, merupakan showcase kali ke-13 buat Dayang.

"Memang saya tidak nafikan bukan mudah untuk mengadakan showcase sendiri apatah lagi sebuah konsert yang besar, dan apabila diberi peluang saya terima dengan hati terbuka.

"Lagipun tempatnya tidak besar sangat, jadi ia mendekatkan saya bersama peminat. Malam itu nanti peminat juga berpeluang bertanya sebarang soalan dan menyanyi bersama-sama," ujarnya.

Sesuai dengan tema Malam Tribute Bersama Dayang, penyanyi berkulit hitam manis ini memberitahu malam itu dia tidak hanya menyanyikan lagu sendiri, malah turut menyanyikan lagu-lagu yang memberi ilham kepadanya.

"Saya akan dedikasi kepada setiap genre dan variasi muzik yang ada di luar sana, peminat yang telah memberi inspirasi dan kekuatan kepada saya.

"Ini termasuk para artis di mana saya membesar dengan lagu-lagu mereka dan komposer yang memberi peluang untuk saya menyanyikan lagu mereka," jelas lagi.



DAYANG percaya bisnes yang terancang mampu jadi bekalan di hari tua.

--------------------------------------------------------------------------------



Menariknya Dayang akan menyanyi 17 buah lagu yang telah disenarai pendek daripada 500 buah lagu yang diminta oleh peminat melalui emel. Ia termasuklah lagu Dayang dari album pertama, Hakikat Cinta.

"ersembahan saya nanti tidak terhad kepada konsep r&b sahaja malah, saya turut menyanyikan lagu berentak rock, jazz dan asli sambil diiringi oleh pengarah muzik Jenny Chin," bicaranya lagi.

Idam konsert sendiri Sungguhpun, tahun ini telah masuk tahun kesembilan dia berkecimpung dalam dunia seni, tetapi dia masih belum berkesempatan untuk mengadakan konsert solonya sendiri.

Mensasarkan untuk mengadakan konsert pada tahun hadapan sempena 10 tahun penglibatannya dalam arena seni suara, kini Dayang dan pengurusnya Shaliza sedang berusaha untuk menjadikan impian itu satu kenyataan.

"Saya tidak tahu bila konsert itu akan menjadi realiti, tetapi apa yang saya boleh beritahu, setakat hari ini, pihak saya memang ada merancang untuk konsert solo saya.

"Tetapi untuk mengadakan sebuah konsert bukanlah satu perkara yang mudah kerana pelbagai perkara harus diambil kira dan bajet juga bukannya kecil.

"Saya tidak mahulah jika konsert itu benar-benar terjadi ia tidak mencapai tahap piawaian yang diingini oleh peminat dan kerana itu saya banyak melakukan kajian dengan menonton konsert-konsert penyanyi luar dan tempatan untuk mencari idea buat konsert saya sendiri," kata Dayang lagi.

Beritahunya lagi, dia juga merancang untuk mengeluarkan bajetnya sendiri jika tiada penaja yang ingin menaja konsertnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2008 02:08 PM | Show all posts
Cun pulak dayang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 02:10 PM | Show all posts
Originally posted by nazlinda04 at 12-2-2008 02:08 PM
Cun pulak dayang ni..

buleh laa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 02:14 PM | Show all posts
dayang?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 04:30 PM | Show all posts

Bisnes apa yang Dayang nak buat ? :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 10:05 PM | Show all posts
cantik laaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2008 08:17 AM | Show all posts

Reply #5 houdini's post

bisnes jual baju ler bang....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 06:06 PM | Show all posts

harap dayang buat album pop

Assalamualaikum...

Saya harap Dayang dapat buat album pop semula dengan membariskan komposer seperti ajai, azlan, halen yap, hazami, zulfekar dll. Ini kerana saya lihat dayang lebih menonjol vokalnya dengan menyanyikan lagu artis lain (pop). Walaupun Dayang lebih dikenali dengan artis RnB tetapi penerbitan album pop nanti akan menjadikan Dayang seorang yang dikagumi seumpama seniornya Sheila Majid. Jika boleh, masukkan lagu Jazz dan irama etnik kreatif yang dijangka boleh meletup seumpama Erti Hidup. Moga Dayang boleh kembali ke Final Juara Lagu 2008 dan memenangi beberapa anugerah lain.

Saya juga berharap agar Dayang memperbaiki skill bercakap dengan wartawan, bukan tak kena, tetapi tak nampak professional. Saya dah anggap Dayang adalah salah seorang penyanyi yang professional, tetapi pembawaan diri nampaknya macam tak kena. Biarlah memberi komen ada sumber rujukannya, barulah orang akan respect more to dayang.

sekian, TQ
i know u Dayang sayang kami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2008 07:22 PM | Show all posts
baju tu nmapk meletup.kain getah.fit dengan badan.hope next time dayang kluarkan untuk lelaki plak.yup,aku stuju dayang cun siot time ni.nampak remaja bergaya gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 09:59 PM | Show all posts

Reply #1 mzr's post

meriahnyer gelang dayang...

setuju gk, dayang makin cumil 2-3 menjak ni
suka haircut dia camtu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 11:27 PM | Show all posts
Originally posted by pilahdelpia at 13-2-2008 08:17 AM
bisnes jual baju ler bang....


Manalah tahu, kot-kot Dayang jual skirt
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 11:31 PM | Show all posts
Originally posted by pilahdelpia at 14-2-2008 09:59 PM
meriahnyer gelang dayang...

setuju gk, dayang makin cumil 2-3 menjak ni
suka haircut dia camtu....

dayang suke btul pakai gelang bnyk2.kira ok la nmpk cun.kene gaya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 08:18 AM | Show all posts

Reply #11 houdini's post

klu dayang jual skirt pn ok gk...
bleh ler abg dini beli satu
present utk heliza....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2008 08:20 AM | Show all posts

Reply #12 balay's post

yup... gelang tu seswai dgn t-shirt & belt dia....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2008 08:42 PM | Show all posts
tahun depan hope dayang leh plak buat buku bibliografi pasal die sempena 10 tahun penglibatan dlm dunia seni.bisnes gak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2008 12:01 PM | Show all posts
naper tak dipelbagaikan alphabets tu ek..??
i mean, naper ader limited alphabets sajer...??
kalau ada semua urop kan laie senang nak juai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.060341 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list