View: 4407|Reply: 3
|
Antiphospholipid Syndrome (APS)
[Copy link]
|
|
Salam forumers,
Ada sesiapa disini yang menghidap Antiphospholipid Syndrome (APS) atau kenal orang yang menghidap APS dan seterusnya mengharungi kehidupan dengan APS. Memandangkan APS adalah primary SLE, jadik tak boleh sembuh..
Kalau boleh tolong kongsi-kongsikan di sini ya...
Terima kasih... |
|
|
|
|
|
|
|
Ini adalah serba sedikit mengenai APS.
APS Antiphospholipid Syndrome (Sindrom Hughes) ialah sejenis penyakit trombosis. Trombosis sering menyerang wanita dan ia merupakan gangguan atau penyumbatan pada pembuluh darah. Penyakit ini dikaitkan dengan usia lanjut, wanita, mempunyai kolesterol tinggi, dan mereka yang pernah menghidap penyakit kronik seperti diabetes.
APS Antiphospholipid Syndrome (Sindrom Hughes) ialah keadaan dimana darah mengalami pembekuan secara berlebihan dan menyebabkan gangguan aliran pada pembuluh darah. Terdapat 2 jenis trombosis iaitu pembekuan darah dan trombosis pada wanita yang pernah mengalami keguguran berulang.
Faktor yang Menunjukkan Sindrom Hughes:
Mereka yang pernah mengalami penyakit dibawah ini berkemungkinan akan menghidap penyakit Sindrom Hughes. Antaranya ialah:-
keguguran berulang
kemandulan
penyakit jantung
stroke
penyakit ginjal
penyakit hati
mengalami buta
IAPS merupakan penyakit keturunan dan ia tidak menunjukkan gejala khusus. Antara gejala awal yang biasa ditemui ialah:-
mengalami sesemut
sakit pada bahagian tengkuk
sakit kepala atau migrain
vertigo
Langkah Pencegahan
Terdapat beberapa langkah pencegahan penyakit APS Antiphospholipid Syndrome, antaranya ialah:-
Perbanyakkan meminum air kosong
Lakukan aktiviti renangan atau berendam
Berhenti merokok atau hindarkan diri daripada asap rokok
Mengubati penyakit tekanan darah dan kolesterol tinggi
Wanita yang menghidap penyakit APS disarankan tidak mengunakan pil kontrasepsi yang mengandungi estrogen
diambil dari :
http://thetole.org/MalayHerbalMe ... eTreatmentCure.html |
|
|
|
|
|
|
|
Saya salah seorang pesakit apls |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum beijing ada cerita pasal APS.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|