|
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya jika ada di antara saudara-saudari di sini yg. bekerja dengan mana2 badan dakwah ataupun boleh beri cadangan siapakah yg patut saya hubungi. Saya dapati ada beberapa penduduk di sebuah pulau (bukan di Malaysia) yg. telah tinggal atau terlupa tentang ajaran Islam. Mereka tak ada Qur'an ,tak ada yasin, tak ada buku agama atau surau. Yg. nampak ciri2 Islam yg. masih ada sedikit sebanyak ialah, cara berselawat, kuburan tapi di kubur ni banyak colok dan ada tokong tapi di tokong ni ada lambang bulan dan bintang. Ada yg. percaya orang Islam sem,bahyang 3 kali sehari. Mereka ni kahwin campur2 jadi itulah sebabnya agama jadi terpesong, culang-caling.
Kalau ada mana2 badan pendakwah atau individu yg. sanggup pergi membantu tentulah bagus. Mereka ini gembira dengan cara hidup sekarang tetapi rasanya kalau ada orang bawa ajaran Islam kepada mereka rasanya mereka terima dengan baik kerana ada beberapa orang yg. asalnya Islam tapi terpesong rasanya secara tak sengaja. Bahasa utama mereka Melayu jadi tak ada masalah kalau orang kita sanggup pergi menerangkan jalan yg. benar. Saya kasihan tetapi tak mampu menolong sebab saya bukan ahli dan saya tak boleh duduk lama2 di sebuah pulau kerana saya perempuan dan ada tanggungjawab keluarga. Setakat Qur'an sebuah dua saya boleh beri, tapi nak mengajar perlu orang yg. sanggup berlama sedikit dengan mereka dan ahli ugama.
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 belanga's post
orang pulau tu berbahasa apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 belanga's post
Kat Indon ke ni? Cuba nyatakan nama tempat tu dgn detail. nanti ku usulkan pd hubby utk dibawakan ke mesyuarat mingguan jemaah tabligh. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 belanga's post
Wokeh. Me pun InsyaAllah hubby ajak gi Indon atas urusan dakwah cuti sekolah nanti.
Mudah2an. Masalahnya.... tak tahu nak parking kat mana ketapi yg berderet kat rumah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 HOTlips's post
Tak leh bawa sekali ke? Indonesia di mana? Berdakwah di Indon kepada orang yg. bagaimana?
Nak tanya ya, orang Tabligh ni pergi berdakwah kepada orang yg. dah Islam ataupun yg. belum Islam pun derang pergi juga? Lebihkurang kembangkan ugamalah...macam mubaligh Kristian pergi kembang ugama mereka kepada orang2 yg belum berugama percaya kepada Tuhan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by belanga at 9-4-2008 08:48 AM
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya jika ada di antara saudara-saudari di sini yg. bekerja dengan mana2 badan dakwah ataupun boleh beri cadangan siapakah yg patut saya hubungi. Saya dapati ada b ...
Pulau ni kat Siam kan? Sebab pernah ada keluar rencana tentang mereka dalam akhbar suatu masa dulu. Memang elok kalau ada jemaah2 Islam yang buat usaha ziarah di sana sambil mengadakan program2 yang boleh mengembalikan mereka semula ke ajaran Islam.
Dulu saya pernah gak ikut tabligh buat usaha di Sarawak dan ada diantara suasananya begini jugaklah. Tempat tersebut
ialah di Batu 15 xxxx dimana masyarakatnya adalah terdiri daripada orang2 Iban yang dah masuk Islam tetapi sudah mula lupa akan amalan2 Islam sehingga membela babi semula (mereka kata tak makan babi tapi cuma menjualkannya saja). Masa pergi sana tu naik motor kapcai saja sampai pernah dikejar babi yang beranak kecil.
Kami berjumpa dengan apai (ketua rumah panjang) dan dia telah menerima kami dengan baik. Dia menceritakan masalahnya bahawa mereka sebenarnya masih sayangkan Islam cuma tidak ada follow-up selepas mereka masuk Islam. Selepas itu ada sahabat2 lain yang buat susulan dan dengarnya sekarang ini sudah berubah sebab ada diantara orang Iban tersebut yang dah dihantar ke Pesantren dan mereka sendiri yang buat dakwah kepada kaum mereka pula.
Di negara kita ini sebenarnya banyak jemaah tapi malangnya lebih banyak yang berpolitik untuk mencari pengaruh saja dari bersungguh-sungguh nak mengajak orang kafir kepada Islam. Dari aspek ini nampaknya tabligh yang lebih berjaya kerana pengorbanan mereka yang ikhlas tanpa mementingkan diri. Jemaah lain yang dah established tu nampaknya lebih banyak berteori saja daripada buat usaha dakwah ini...lebih2 lagi yang kononnya ikut salafi tapi lebih banyak membidaah dan mengkafirkan orang saja.
La ni ada juga buat usaha dakwah iaitu di kawasan orang Asli di Banding. Pergi dengan alasan memancing sebulan sekali tapi sambil tu duduk dengan mereka dan dah ada orang2 muda yang mula berminat kepada Islam.Mereka dah mula kenal nabi dan suka mendengar cerita kehebatan ahli2 keluarga nabi juga. Mungkin ada masa nanti nak try pula ajak mereka ikut balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 Gravedigger's post
Betul, Grave Kita tak boleh ajak orang masuk Islam ,lepas tu tinggalkan mereka terutama bila orang2 ini tinggal jauh dari Orang Islam lain. Syukurlah Iban di Sarawak tu kembali semula kepada ajaran Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by belanga at 9-4-2008 08:48 AM
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya jika ada di antara saudara-saudari di sini yg. bekerja dengan mana2 badan dakwah ataupun boleh beri cadangan siapakah yg patut saya hubungi. Saya dapati ada b ...
Insyaallah saya sanggup untuk sambut tugas ini, belanga pm saya dimana lokasinya, nanti saya akan sampaikan kepada beberapa badan dakwah untuk diambil tindakan susulan ketempat yang terbabit.
Mungkin kita cadangkan dihantar beberapa alim ulama kesana untuk jangkamasa tertentu, atau hantar Jammah tabligh untuk mengadakan program disana. Insyaallah...saya diusahakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu rombongan riadah dan ziarah akan cuba dilakukan dalam masa yang terdekat ke pulau tersebut. Hari tu selepas main tenis dan ketika duduk bersembang2 minum, aku terkeluar cerita ini ...yang datang dari forum ini juga lah. Kebetulan ada rakan sepenis yang bertugas di jabatan perikanan dan terkeluar pulak idea untuk pi ke pulau tersebut. Dia ada contact untuk mendapatkan bot sewaan dan bercadang untuk pi ziarah ke sana sambil memancing.
Alhamdulillah telah ada kemudahan tersebut dan masih open nak cari orang lagi untuk buat program di sana. Sekarang ni dah dapat 2 orang ustaz dan rakan yang lain tu pun ada juga yang terlibat dengan macam2 jemaah. Kalau boleh kami nak dapatkan 20 orang dan bot tu pun boleh bawa lebih lagi.
Dengar khabarnya kerajaan Siam sekarang ni giat nak membudhakan semua masyarakat di pulau2 tersebut dengan alasan orang laut (gelaran mereka) tidak ada ugama.
Masa: Awal bulan Jun (waktu ni kerajaan siam dah membenarkan aktiviti memancing)
Tempat bertolak : Jeti Kuala Perlis
Perbelanjaan : RM 250.00 untuk 4 hari.
Jom kita kenali masyarakat tersebut. Sambil kita memancing tu boleh gak fikirkan bagaimana nak dakwah kepada mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 Gravedigger's post
Kalau orang tu perawakan bukan macam seorang tabligh...maksud aku, dia mcm orng biasa2 je...suka dengar lagu, tgk AF, tapi dia semayang...semayang sunat pun buat, rajin pose...boleh join ke?. Layak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 23-4-2008 01:47 PM
Kalau orang tu perawakan bukan macam seorang tabligh...maksud aku, dia mcm orng biasa2 je...suka dengar lagu, tgk AF, tapi dia semayang...semayang sunat pun buat, rajin pose...boleh join ke?. Lay ...
No Problem....aku pun bukan macam orang tabligh. Aku lebih selesa pakai jean dengan t-shirt jer.
Yang penting ialah dapat menjaga semayang kita dan cuba belajar tak tinggalkannya walau dalam keadaan apa sekali pun hatta di dalam kapal sedang laut bergelora.
Mungkin tentang tengok AF tu susah sikitlah sebab kat kapal tu takder astro, so mis lah nampaknya kalau waktu tu AF dah sampai final. Heheh...dulu aku pun minat gak tengok AF ni tapi masa time Mawi jer, itu pun sebab jiran nak numpang tengok di rumah aku so aku pun ikut sama layan depa.
OK...kalau dah ready bolehlah buat international pasport atau border pass.
Kita akan pergi minggu kedua cuti sekolah nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 Gravedigger's post
Ha...kalau tak pakai jubah2 ni yg paling bagus untuk tujuan ni supaya mereka tak terasa sangat yg kamu semua ni lain sangat dari orang di sana. |
|
|
|
|
|
|
| |
|