|
TUDUNG: WAJIB ATAU TIDAK ? (FINAL) tiada keraguan lagi
[Copy link]
|
|
saja nak share pengalaman "terbuka hati" nak pakai tudung.
Dulu, memang rambut blonde, ect (malu nak cakap)..
sekali tu dapat rezeki menunaikan umrah. kekawan kat ofis (yg tak pakai tudung) bertanya, "bila balik nak pakai tudung ke?"..and my answer "tengoklah dulu, tak janji.. kenapa perlu, jika tidak tahu apa sebabnya?"
and... i remember... dalam masjidil haram, sedang mengadap kaabah, selepas solat maghrib, while waiting for isya, saja je membaca al-quran... tetiba sampai satu ayat.. hati saya berdebar2x, terpanggil2x untuk mengetahui apa maksud ayat tersebut...lantas terus mencari2 terjemahan bahasa nusantara..mudahnya.. kerana kalam itu berada betul2 dihadapan saya.. terus menyemak surah dan no ayat.. Its Surah An Nur (tak ingat ayat berapa, 24 kalau tak silap)..
dan hati saya berkata2.. inilah hidayah yang ALLAH SWT turunkan, dihadapan Kaabah, didalam masjidil haram, ketika saya masih meraba2, dan jika saya masih leka, maka zalimlah saya pada diri sendiri.
dan Alhamdullilah, saya masih menjaga aurat dengan menutup rambut (bukan kulit atau urat) dan melabuhkan hingga menutup dada. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 hazel23's post
alhamdulillah...baguslah begitu..
tetapkan hati dengan menutup aurat sampai bila2..
erm.. tutup rambut ( bukan kulit dan urat)??camne tue? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by abstruse at 18-4-2008 10:33 AM
alhamdulillah...baguslah begitu..
tetapkan hati dengan menutup aurat sampai bila2..
erm.. tutup rambut ( bukan kulit dan urat)??camne tue?
maaf jika ada yang tersinggung
saya kekadang bingung melihat mereka yang menutup rambut ala gipsy. mempamerkan subang (hingga ternampak sedikit cuping telinga) dan menampakkan leher hingga ke butang baju. Bukankah telinga dan leher itu sebahagian dari aurat.
pemakaian yang rupanya hanya menutup kulit tetapi masih jelas bentuk badan, itu seperti menutup urat (dalam badan).
semoga Allah melindungi kita semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hazel23 at 18-4-2008 10:47 AM
maaf jika ada yang tersinggung
saya kekadang bingung melihat mereka yang menutup rambut ala gipsy. mempamerkan subang (hingga ternampak sedikit cuping telinga) dan menampakkan leher hing ...
yup..setuju
kalau kita lihat skrg..ramai yg memakai tudung kerana trend
tudung jarang dan nipis yg menampakkan susuk leher dgn jelas..
pakai tudung sekadar tutup rambut tapi leher terdedah..
pakai tudung tapi bahagian badan yg lain terdedah dan ketat, agaknya bangga dapat menunjukkan aset berharga pada org yg bukan sepatutnya..
dan macam2 gaya lagi...adakah mrk faham konsep sebenar2nya menutup aurat ni?..wallhua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Yang sebetulnya ialah pakai pakaian bertutup aurat. Kesimpulannya:
1. Pakai tudung nampak telinga dan/atau leher (yang lain tak payah cakap) - Tak tutup aurat
2. Pakai tudung baju ketat - tak tutup aurat
3. Pakai tudung baju lengan pendek - tak tutup aurat
4. Pakai tudung baju lengan panjang tapi singkat atas paras punggung dan berseluar ketat - tak tutup aurat
Kalau dah tak tutup aurat tu, makna dia dalam keadaan berdosa. Bayangkan kalau setiap kali sembahyang ambil masa 5 minit. Makna lima kali sembahyang ambil masa 25 minit sehari. Waktu bekerja antara 8- 10 jam sehari dan selama 8 - 10 jam ltulah dalam keadaan berdosa setiap hari. Layakkah kita mengimpikan syurga Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
haku kadang2 terasa maleh nak layan perdebatan mengenai tutup rambut/ kepala/ aurat nih.......ini lar masaalahnya bila orang jahil mentafsir sendiri Al-Quran mengikut kefahaman nafsu mereka sendiri.....timbul ler pernyataan yg mengatakan menutup kepala itu xwajib dan tak masuk dlm kategori aurat.... apa nak jadi ngan org cam nih.......hukum Tuhan yg dah memang jelas pon masih berani nak meyanggah........masuk lubang kubur nnt baru nak faham ker..... |
|
|
|
|
|
|
|
Perzinaan tidak berlaku sekiranya kesopanan dijagai, dan Allah ditakuti. Kesopanan bagi lelaki dan perempuan semasa mereka berinteraksi sebagai sahabat telah disebut, iaitu mereka diperintah supaya mengawal pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Akan tetapi, bagi kaum wanita (kerana kewanitaannya) ditambah lagi dan tambahannya adalah seperti yang tersurat di dalam sebuah ayat yang panjang berbunyi,
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya;
Dan hendaklah mereka meletakkan penudung (mantel) mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki (hamba daripada rampasan perang),
Atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan" (24:31).
Ayat ini menggesa kaum wanita supaya tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang-orang yang rapat seperti yang telah disebut. Kata perhiasan selalu dituju kepada barang-barang kemas. Akan tetapi perhiasan perempuan di sini bermaksud bahagian anggotanya yang di dada, yang digesa supaya ditutup dengan penudung. Penudung, atau kata Arabnya di situ, khumur, adalah bukan tudung kepala perempuan. Dalam bahasa Inggeris ia adalah veil yang juga tidak bermaksud tudung kepala perempuan. Lazimnya tudung kepala perempuan dikaitkan dengan jilbab (33:59), juga diterjemah kepada 'penudung', yang bermaksud "pakaian luar; gaun panjang yang menutupi seluruh badan, atau mantel yang menutupi leher dan payudara" [The Holy Qur'an, Abdullah Yusuf Ali (1946), halaman 1126, nota kaki 3765]. Ia bukan tudung kepala.
Maka, pakaian wanita haruslah labuh dan menutup bahagian dada mereka. Atau dada ditutup dengan sehelai kain lain yang dipanggil khumur.
(Tudung kepada yang kini dipakai oleh kaum wanita adalah 'mandil' dalam bahasa Arab. Ia bermaksud kerchief; handkerchief; head kerchief, dalam bahasa Inggeris. Tetapi ia tidak terdapat di dalam al-Qur'an.) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cahaya_hidayah at 27-4-2008 02:45 PM
Ayat ini menggesa kaum wanita supaya tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang-orang yang rapat seperti yang telah disebut. Kata perhiasan selalu dituju kepada barang-barang kemas. Akan tetapi perhiasan perempuan di sini bermaksud bahagian anggotanya yang di dada, yang digesa supaya ditutup dengan penudung. Penudung, atau kata Arabnya di situ, khumur, adalah bukan tudung kepala perempuan. Dalam bahasa Inggeris ia adalah veil yang juga tidak bermaksud tudung kepala perempuan. Lazimnya tudung kepala perempuan dikaitkan dengan jilbab (33:59), juga diterjemah kepada 'penudung', yang bermaksud "pakaian luar; gaun panjang yang menutupi seluruh badan, atau mantel yang menutupi leher dan payudara" [The Holy Qur'an, Abdullah Yusuf Ali (1946), halaman 1126, nota kaki 3765]. Ia bukan tudung kepala.
...
lazimnya ayat 24:31 sering diperbahaskan oleh mereka yg menolak menutup kepala wanita sebahagian dr aurat......ttp ayat 33:59 dengan jelas menyatakan kewajiban menutup kepala bg wanita.....ttp itu pon sering diperbahaskan lagi dengan alasan jilbab adalah pakaian luar.........sbb itu haku sangat meragui tafsiran yg dibuat oleh Abdullah Yusuf Ali........tafsiran inilah yg sering digunapakai oleh mereka2 yg berfahaman liberal dan mereka2 yg menolak hadis sebagai sumber hukum..... |
|
|
|
|
|
|
|
selalu berlaku kesilapan
kerana membuat sesuatu bukan dengan ilmu
tengok orang pakai tudung, kita pun ikut
itu yang berlaku paki tudung tapi tak tutup aurat
namun ianya lebih baik dari yang ada ilmu tapi membangkang |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yg jalil masuk dlm nih, kalau takut seksa di akhirat kena la tutup aurat buat apa dok kaji wajib ke tidak....bodoh betullah manusia akhir zaman nih |
|
|
|
|
|
|
| |
|