|
So You Think You Can Dance (SYTYCD) [8TV, Thursday 9.30pm]
[Copy link]
|
|
actually mlam 2 tbe2 seua leh mnang..
SIM ngn HONG pling bgus malam tu..
but CC rmai FANS..
CC xleh nari semua tarian..but BLACK & SIM leh..
tp nk wat cmne..xde rezeki..tp aku ske gile SIM nari..
semangat gle..haha!! |
|
|
|
|
|
|
|
'X-factor' beri kelebihan buat CC juarai SYTYCD!
04-08-2008 12:07:46 PM
oleh WAHIDA ASRANI
CANTIK dan berbakat besar - pakej lengkap yang menjadi senjata utama buat Cecilia Yong Ling Shi atau CC menewaskan tiga finalis lain di dalam program realiti tarian So You Think You Can Dance (SYTYCD) musim kedua untuk merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 serta tawaran biasiswa daripada 8TV.
Peserta berusia 21 tahun itu mengalahkan tiga peserta lain iaitu Ong Tze Hong (Hong), Ng Kar Fei (Black) dan Hoi Cheng Sim (Sim) apabila dia menerima undian SMS tertinggi daripada penonton berbanding tiga finalis itu.
CC dinobatkan sebagai juara SYTYCD musim kedua (Foto The Star oleh Norafifi Ehsan)
CC menerima undian sebanyak 35 peratus diikuti dengan Hong yang mendapat 31 peratus.
Meskipun di kalangan juri tetap iaitu Ramli Ibrahim, Judimar Hernandez dan Pat Ibrahim merasakan finalis lain mempamerkan gerak tari yang lebih menyerlah berbanding CC, namun mereka tidak menyangkal karisma dan personaliti gadis berasal dari Kuala Lumpur itu membuatkan dirinya lebih 'menonjol' berbanding yang lain.
"Pertandingan ini bukan hanya tentang tarian semata-mata. CC saya lihat mempunyai kelebihan dari segi karisma. Dia memang bukan penari yang terbaik, tetapi dia mempunyai personaliti yang bagus.
"Dia ada 'x-factor'. Saya tidak menafikan bakatnya, tetapi she has the best personality. Tetapi jika keputusan 100 peratus adalah daripada juri, saya berpendapat Black mempunyai peluang cerah untuk bergelar juara.
"Black mempunyai skill tarian yang bagus dan cukup rencah untuk menjadi penari yang baik. Dia cuma kurang bernasib baik hari ini," ujar Pat yang ditemui sejurus selepas berakhirnya peringkat akhir SYTYCD yang berlangsung di Ruums, Life Centre, Jumaat lalu.
Mengulas mengenai prestasi peserta SYTYCD musim kedua ini, kata Pat, peserta kali ini lebih mempamerkan persembahan yang lebih matang.
"Mungkin kerana kali ini rata-rata peserta terdiri daripada golongan profesional berbanding musim lalu yang mana kebanyakan peserta adalah street dancers.

Black dan CC membuat persembahan bersama menerusi tarian Lyrical Hip Hop
Pada malam kemuncak SYTYCD Jumaat lalu, setiap finalis telah mempamerkan tarian secara solo, berkumpulan dan berpasangan. Untuk segmen solo, CC telah membawakan tarian Latin Fusion, Black mempamerkan tarian Hip Hop manakala Hong dan Sim membawakan tarian Kontemporari.
Mereka berempat turut membuat persembahan bersama menerusi tarian Malaysian Contemporary.
Dalam pada itu, CC ketika mengulas mengenai kemenangannya berkata, dia tidak menafikan faktor 'pakej lengkap' yang diperkatakan oleh pihak juri memang memainkan peranan besar dalam kemenangannya itu.
"Perkara itu memang tidak boleh dinafikan. Tetapi, sudah tentu tarian saya juga banyak membantu. Dalam erti kata lain, personaliti dan tarian itu sendiri memang penting untuk menang pertandingan ini," tuturnya.

Hong dan Sim juga mempamerkan persembahan yang tidak mengecewakan
Namun begitu, kata CC, dia sendiri tidak menjangkakan kemenangan berpihak kepada dirinya malam itu apatah lagi bila melihat saingan yang cukup sengit daripada tiga finalis lain.
"Saya jangkakan Black yang akan menang kerana dia mempunyai karisma yang tinggi. Tetapi, saya anggap ini sebagai satu tuah.
"Saya akan dermakan sedikit wang kemenangan saya kepada Majlis AIDS Malaysia. Itu adalah niat saya sejak mula-mula sertai program ini. Selebihnya, saya akan beri juga kepada ibubapa yang banyak habiskan wang mereka untuk kejayaan saya," kata penuntut di Help University ini.
Pada malam final itu, 20 finalis SYTYCD musim kedua turut hadir membuat persembahan selain kemunculan istimewa oleh Zainal Abidin, Shila OIAM dan juara SYTYCD musim pertama, Alam. |
|
|
|
|
|
|
|
frust gak BLACK kalah..tak pe la...hopefully dia berjaya lg lepas ni...SYTYCD satu pendedahan yg baik buat Black... |
|
|
|
|
|
|
|
berita tentang pemenangnya CC..buat amal jariah sket
[img]%5BIMG%5D %5B/IMG%5D[/img] |
|
|
|
|
|
|
|
kwn aku cite perna diorg gune lagu dbsk rising sun mase pertandingan tuh yeh..bangganye aku... |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha
nak menyibuk jap boleh tak,wlpn menda ni dh lama
mana tak cc menang
ayah dia bwk satu ke dua bas penyokong mlm tu
dkt bas tampal banner muka cc sebesar2 bas
semua org dpt tshirts gmbr cc
lps menang plak, semua org dlm ruums tu dibelanja...
semua yg family dia spent time tu dh jauh lbh byk dr apa dia menang.
stakat nk ngundi sebyk mungkin tu no probs la.
satu kilang dia kot bapaknye bg credit utk vote
dahla balagak n slu**y gle minah ni.
sakit mata i stiap minggu! |
|
|
|
|
|
|
| |
|