|
Balas #19 otai_g\ catat
mak aku pun cakap macam tu....
jgn main main di kuil hindu...kalau tokong Cina tak kuat sangt setannya..kalau kuil Hindu jgn main2.....
[ Last edited by Zaharul_Asriq at 31-12-2008 08:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sejuk dan menakutkan
Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Walaupun terletak paling hampir dengan bandar raya Kuala Lumpur,
gua-gua ini gelap, sejuk dan menakutkan. Hanya pemandangannya
yang menakjubkan.
SERAMAI 1.3 juta pengunjung termasuk pelancong asing dijangka berhimpun di sekitar Batu Caves hari ini sempena Thaipusam, ujar Presiden Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman, R. Nadarajah.
Katanya lagi, Batu Caves, Selangor menjadi tumpuan penganut Hindu dari seluruh dunia kerana kepercayaan mereka pada Dewa Murugan yang dikatakan dapat mengembalikan kemakmuran bumi daripada kejahatan syaitan.
Batu Caves adalah satu destinasi pelancongan Malaysia yang termasyhur terutamanya untuk perayaan Thaipusam. Batu Caves sebenarnya terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa gua yang lebih kecil.
Yang terbesar, dipanggil Gua Kuil, mengandungi satu siling setinggi 100 meter. Untuk sampai ke situ, pelancong dikehendaki mendaki sejumlah 273 anak tangga yang curam.
Di bawah Gua Kuil adalah Gua Gelap, terletak di tangga ke-204, dengan formasi batu-batan yang tidak dapat dicari di tempat lain.
Satu lagi gua utama adalah Gua Galeri Seni yang terletak di kaki anak tangga. Patung diperbuat daripada kayu-kayan dan lukisan dinding menggambarkan tuhan-tuhan Hindu dan mitosnya dipamerkan di sini.
Banyak mitos menyelubungi gua-gua ini. Gua Gelap, misalnya, dikatakan menjadi tempat mengalirnya darah Si Tanggang, lelaki yang bertukar menjadi batu kerana menderhakai ibunya.
"Anda dapat melihat sendiri seakan-akan darah mengalir di celah batu dan lantai gua ini. Adunan air dan batu berwarna merah seperti menguatkan mitos Si Tanggang.
"Kejadian ini berlaku sejak gua ini ditemui pada tahun 1889," ujar warden Gua Gelap, Hadrian Sanie, 42, sambil menunjukkan batu berwarna merah seakan-akan darah manusia yang telah membeku.
Hadrian telah bekerja sebagai pemandu pelancong Gua Gelap sejak tiga tahun lalu. Kisah Si Tanggang itu diceritakan dari mulut ke mulut sejak dahulu lagi.
"Ramai juga pelancong yang memasuki gua bertanyakan perkara yang sama. Malah mereka takut untuk memegang air dan batu tersebut. Nasib baik tiada yang pengsan," katanya ketawa.
Tetapi terdapat penjelasan tentang perkara itu mengikut ilmu geologi.
SEBANYAK 272 anak tangga perlu
dilangkahi untuk memasuki Gua Kuil.
Prof. Mohd. Shafeea Leman, 52, ketua Kumpulan Teras Warisan Geologi Malaysia (KWGM) yang antara misi utama kumpulan itu adalah menjaga khazanah gua yang terdapat di seluruh negara mempunyai jawapannya.
"Proses semula jadi di gua itu sendiri mengakibatkan proses itu berlaku. Aliran air yang mengandungi besi oksida menyebabkan batu itu berwarna oren.
"Kemudian oksigen menukarkan batu itu berwarna merah kerana perubahan kimia batu itu sendiri. Ia bukan darah.
"Kalau betul, semua orang akan lari dan tempat itu berbau hanyir," katanya ketawa.
Ujarnya lagi, proses pembentukan gua yang berlaku sejak berjuta-juta tahun dahulu turut memberi keistimewaan kepada Batu Caves.
"Gua Batu Caves sendiri terhasil daripada dasar laut yang timbul menjadi daratan. Kerana itu anda akan menemui cengkerang laut, fosil hidupan laut dan tumbuhan di situ," katanya kepada EKSTRA.
Hadrian pula menambah, terdapat juga corak batu seakan-akan manusia yang terkena sumpahan turut menguatkan kisah dongeng Si Tanggang.
"Pengunjung dapat melihat sendiri tekstur batu yang sedang duduk dan seakan mengeluarkan air mata. Ia terdapat di beberapa bahagian gua sepanjang tiga kilometer ini.
"Ia mungkin anak kapal yang sedih kerana disumpah menjadi batu. Tetapi sebenarnya ia terjadi disebabkan proses gua yang memakan masa beribu-ribu tahun untuk menghasilkan stalagtit dan stalagmit.
"Ada antara 'rekaan' itu telah berusia ribuan tahun. Cuba bayangkan, untuk menjadikan satu sentimeter bentuk aliran tersebut memerlukan masa selama lima tahun," katanya.
PELBAGAI mitos dikaitkan dengan Gua Gelap.
Bicaranya lagi, beliau pernah mendengar kisah pengunjung gua itu yang terserempak dengan sejenis katak sebesar ayam pada 20 tahun lalu.
"Nasib baik saya tidak pernah jumpa. Tidak mustahil perkara itu berlaku kerana sebelum gua ini diterokai, kehidupan flora dan fauna dapat hidup dengan baik.
"Namun pembangunan menyebabkan haiwan semakin menjauhkan diri kerana gagal untuk mencari makanan. Dulu harimau, beruang dan binatang liar lain berteduh di gua," katanya.
Misteri kehilangan seorang pengunjung berbangsa Inggeris pada zaman penjajahan dahulu turut menjadi misteri gua ini.
"Menurut cerita orang lama, pelancong itu tidak keluar sampai hari ini tetapi mayatnya tidak dijumpai. Malah usaha pencarian juga gagal.
"Tetapi semua misteri itu tidak memberi apa-apa kesan kerana pengunjung gua lebih tertarik untuk menikmati keindahan di sebalik kegelapan gua ini," katanya.
Pengalaman penulis sendiri memasuki Gua Gelap memberi seribu satu pengalaman.
KEINDAHAN gua ini menyebabkan penjelajahan
selama tiga jam bagaikan tidak terasa.
Udaranya yang bersih, segar dan dingin terhasil daripada proses tekanan udara rendah di dalam gua sehingga dikatakan gua ini mempunyai pendingin hawa.
Berbekalkan topi keselamatan dilengkapi lampu suluh, perjalanan sepanjang dua kilometer di Gua Gelap pasti berbaloi dengan melihat sendiri proses geomorfologi yang berlaku beribu-ribu tahun yang membentuk dinding langsir, batu berombak-ombak dan mutiara gua.
Gua terbentuk akibat aktiviti air yang berasid di bawah tanah. Apabila air itu mengalir ke kawasan berbatu kapur, ia akan menghakis lalu membentuk lubang-lubang. Proses itu mengambil masa selama beribu-ribu tahun.
Malah aliran air yang membentuk batu seolah-olah Menara Kuala Lumpur yang berkilauan di sini amat mengujakan.
INIKAH darah Si Tanggang?
Kolam umpama dibina oleh manusia dan dikelilingi mutiara gua yang terhasil daripada aliran air yang berputar menimbulkan seribu satu persoalan.
Bunyi kelawar pula seakan-akan panggilan misteri kepada pengunjungnya. Tiga jam meneroka gua ini tidak akan terasa. Ia satu pengalaman yang menakjubkan.
Misteri pengusung kavadi
BATU Caves menjadi tumpuan penganut Hindu dari seluruh dunia.
揔uil di Batu Caves mula dibina oleh pedagang India, K. Thamboosamy Pillai yang menimbulkan idea membina kuil untuk Dewa Murugan.
揚ada tahun 1891, Pillai yang juga pengasas Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur turut membina Kuil Gua.
揓adi sejak tahun 1892, perayaan Thaipusam disambut di sini, |
|
|
|
|
|
|
|
masa lalu kat depan batu caves last week masa nak pergi kg nakhoda tu -
dekat dengan - jambatan kecil (ada sungai tu) kat sebelah kiri sana
opposite dari batu caves --- ya allah - terlalu KOTOR - depa ada upacara
sorta membuang dosa semua - ada orang yang pakai kavadi - beratus2
orang tengok -- tapi yang sedihnya kawasan tu terlalu filthy - buang dosa
jadi tempat buang sampah.. merata rata sampah kat tepi sungai tu -
nampaknya camana nak buang dosa - lagi buat dosa adalah - sebab
mengotorkan kawasan2 tersebut... - traffic jam memang tak boleh
nak cakap la... ni esok thaipusam - memang pack kawasan tu
kalau ada yang semput2 asthma semua tak payah la tengok
perarakan tu dan pergi ke sana - kalau ada kat tv - tengok kat tv aje
nanti tak pasal2 pengsan semua - tetiba kena kavadi - ha kan dah parah -
apa2 pun - batu caves tu sendiri memang unik - saya ada discuss ngan
kawan pasal memula ada batu caves ni - yang mengenai raja yang ada 2 anak
pastu dia bagi ujian pada anak dia - apa nama ye - ramu dengan ganesh ke -
tapi sorang darinya belot... ah nanti saya akan dapat cerita tu dengan lebih
jelas.. dan akan post kat sini.. dah lupa pulak... masa cerita tu dalam awal
january dulu.. - memang interesting -
saya dulu sokmo gak pergi sini - buat latihan lari naik tangga tu -
dulu ada larian 'tanggathon' - lari sapa sampai cepat kat atas tu -
best juga... juga latihan naik batu caves ni bagus pada yang
nak pergi daki kinabalu... sebagai persediaan juga -
pastu - dah buat latihan.. boleh pergi beli vadey kat depan sana
juga beli bunga jasmine - wangi bunganya - |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 miftahuljamilah\ catat
sama mcm aku la, aku ni akrophobia, nmaik sekerat, tagok bawah, gayat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 sekngucing's post
sekn...
esok ko tak berkavadi ker.... macam taon lepas??? |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman aku kecik dulu pernah nampak Kambing Gurun kat Kawasan ni.... sekarang nih jadi Sunway Batu Caves dulu selalu dengar bom meletup masa kuari ada dulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HangPC2 at 9-2-2009 12:44 AM
Zaman aku kecik dulu pernah nampak Kambing Gurun kat Kawasan ni.... sekarang nih jadi Sunway Batu Caves dulu selalu dengar bom meletup masa kuari ada dulu....
saya percaya kambeng memang ada kat kawasan ni hang -
dan kambeng gurun juga harus ada terutama yang tempat
berbukit bukit atas gua batu kapur ni --
pasal bom meletop tu - sebab depa mining la tu -
kalau lalu kat kawasan ni - memang kawasan berbatu kapur
sepanjang2 nye -
saya nak juga jumpa kambeng gurun tu - mesti macam
cantik muka depa.. dan tanduk depa mesti nice...
sebab kambeng ni - cute aje - dan sorta kinda bijak juga -
*hari ni thaipusam - beribu2 kat sana - no doubt
mesti traffic jam selayang-batu caves ni - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HangPC2 at 9-2-2009 12:44 AM
Zaman aku kecik dulu pernah nampak Kambing Gurun kat Kawasan ni.... sekarang nih jadi Sunway Batu Caves dulu selalu dengar bom meletup masa kuari ada dulu....
Mungkin yg ko tengok tu kambing orang kampong Nakhoda yg merayau-rayau kot..? |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman aku....
masa sekolah rendah buat lawatan.
Kitaorang masuk satu gua kecik, kat kolam air hijau di tepi tangga tinggi tu.
Gua kecik je, tapi patung2 punyalah banyak dan sebesar orang, seingat aku lah. Sepanjang jalan dlm gua tu patung saja.
Kitaorang dlm 5-6 orang kalu tak silap, ada member cina sekali.
Dah separuh jalan ke dalam, cilakak!...diorang pakat lari keluar ramai2....tinggal aku sorang kat dalam, sebab aku paling depan.
Fuhh...angkat kaki aku. Tobat arr... |
|
|
|
|
|
|
|
sape tau ape yga de kat dalam bt caves tu..
penah dgr ade org citer...
ade satu gua kat situ...kat dalam tu tempat org bertapa ke hape..
tempat menuntut ilmu..ramai org islam menuntut kat situ..
ustaz yg ketua al-arqam tu pon menuntut kat situ..
hanya org2 tertentu je boleh masuk situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa-apa pun.. bagi aku, carik tempat lain la kalo nak melawat... masjid negara ke masjid shah alam ke lagik pekdah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by putrimontel at 10-2-2009 07:33 PM
sape tau ape yga de kat dalam bt caves tu..
penah dgr ade org citer...
ade satu gua kat situ...kat dalam tu tempat org bertapa ke hape..
tempat menuntut ilmu..ramai org islam menuntut kat situ ...
saya dah masuk dalam batu caves tu ... adalah few times -
masa pergi tu ..tak ramai pun orang.. -
ada tempat kolam.. mandi susu tu
ada few 'orang alim' depa duk kat sana sembahyang kat
tuhan depa...-sorta kinda bertapa; dan religious (untuk hindus)
banyak kelawar.. -- tak silap ada gak saya ambil few pictures -
tapi saya ni.. teruk sikit.. tak reti lah nak upload gambar2 kat
sini.. nak scan - scan tinggal kat tempat kerja -
nanti bila saya rasa rajin.. saya cari dan post -
anyway -- berair-air sikit.. lantai dia (batu) -- dinding
semua batu kapur.. echo dan berdesing a bit kat dalam
kalau tak ramai orang dapat feel that.. tapi selalunya
sekarang dah ramai pula... --
yang pasti tak ada kambing atau kambing gurun dalam tu
walaupun saya harap dapat gak jumpa sekor dua -- |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by airfilterkotor at 10-2-2009 02:52 AM
Mungkin yg ko tengok tu kambing orang kampong Nakhoda yg merayau-rayau kot..?
Konfom bukan aku sorang jer pernah ramai lagi.... rupa bentuk kambing orang bela lain dengan liar punya sebab aku pernah nampak sebab kambing duduk kat atas celah-celah batu sekarang nih jadi tempat orang main sukan climbing.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|