rasanya pernah kkliza tuliskan dulu...apapun mehkkliza tuliskan sekali lagi..
SATAR IKAN
bahan-bahannya;
1/2 kilo ikan selayang [ambil isi saja]
1/2 biji kelapa muda [parut]
10 biji cili merah [cincang halus] boleh juga kalau nak gunakan ciliapi
10 biji bawang merah
1/2 inci halia
sdikit asam jawa
garam
daun pisang
caranya;
1. Iikan dan kelapa ditumbuk.
2. Bawang dan halia ditumbuk halus.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati
4. Masukan garam,gula asam jawa gaul rata.
5. Daun pisang dibentukkan kun [macam buat kelonsong kacang putih] dan masukkan adunan ikan .
6. Tutupkan dan dan cucukkan pada buluh. [boleh juga gunakan pemanggang ikan]
7. Bakarkan/panggangkan sehingga agak masak
.8. Angkat dan buangkan daun pisang dan hidangkan.
ikan selayang yg biasa digunakan untuk buat satar ikan atau keropok lekor [kepok lekor]
sebelum dibakar
setelah dibakar
sedia dimakan..silakannnnn...
[ Last edited by hanieliza at 20-7-2008 11:34 PM ]