CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1660|Reply: 2

Ilmuwan Islam syor guna Saat Makkah ganti GMT

[Copy link]
Post time 24-4-2008 06:04 AM | Show all posts |Read mode
Waktu Tanah Suci paling tepat kerana terletak di pusat bumi

MAKKAH:Saintis dan ulama Islam mendesak waktu Makkah diguna pakai untukmenggantikan waktu antarabangsa 'Greenwich Meridian Time' ataudipanggil GMT kerana bandar raya suci umat Islam berkenaan terletak dilokasi sebenar pusat bumi.

Umat Islam akan menghadap kiblat di Makkah setiap kali menunaikan solat.
        
    Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan,desakan itu disuarakan pada persidangan yang diadakan di Qatar dengantajuk 'Makkah Pusat Bumi: Teori dan Amalan.'

Seorang pakar geologi juga berkata, tidak seperti garis bujurlain, Makkah berada dalam kedudukan jajaran sempurna kepada medanmagnet hemisfera utara.

Pakar itu berkata, orang Inggeris melaksanakan penggunaan GMTke seluruh dunia secara paksa ketika Britain menjadi kuasa penjajahan.Oleh itu, katanya, sudah tiba masa perkara itu diubah.

Greenwichadalah sebuah bandar di Britain dan GMT digunakan sejak 1884. Waktu GMTuntuk semua zon masa di dunia diukur berdasarkan Garisan MeridianGreenwich di Pusat Pemerhatian Diraja Greenwich.

                                 
Sarjana Islam terkemuka, Dr Sheikh Yusuf al-Qaradawi, yangturut menyertai persidangan berkenaan menekankan, sains moden akhirnyamembuktikan Makkah adalah pusat Bumi.

"Bukti Makkah adalah pusat bumi sebenar adalah kiblat �perkataan Arab bermaksud arah umat Islam apabila menunaikan solat,"katanya.

Persidangan itu turut menilai semula apa yang digambarkansebagai jam Makkah � Saat Makkah � ciptaan seorang penduduk IslamPerancis, Yasin a-Shouk.
                                Jamitu dikatakan berputar arah lawan pusingan jam dan sepatutnya membantuumat Islam menentukan arah Makkah dari mana-mana tempat di bumi.

Persidangan di Qatar adalah sebahagian aliran popular dikalangan masyarakat Islam yang mahu mengumpul bukti bahawa sains modenmenggunakan asas bukti daripada al-Quran.

Amalan itu digelar 'Ijaz al-Quran', yang secara kasar diterjemahkan sebagai 'mukjizat al-Quran.'

Kepercayaan yang digariskan ialah kebenaran saintifik jugadidedahkan dalam al-Quran, dan sudah menjadi tugas sarjana Islam untukmendalaminya dan memperkenalkan buktinya.

Isteri Yasin yang menjadi penyelia sidang, berkata: "NegaraBarat memaksa kita menggunakan garis Greenwich yang tidak dapat dilihatsebagai rujukan masa dunia."

Beliau berharap, negara Islam dapat menyertai projekmenggunakan waktu Makkah bagi memperkuat keyakinan bahawa Tanah Suciitu adalah pusat bumi, bukan secara teori tetapi praktikal.

Seorang cendekiawan Islam, Zaghloul al-Najjar, berkata negaraBarat tidak suka melihat bukti saintifik menunjukkan Makkah berada dipusat bumi tetapi beliau dan tokoh Muslim lain akan meneruskan usahasupaya masyarakat antarabangsa menerima kebenaran itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2008 02:08 AM | Show all posts
Macamlah tuhan tu cipta orang-orang islam sahaja kat dunia ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2008 06:56 AM | Show all posts

Reply #2 AniSani's post

profesional skit............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.881989 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list