View: 5593|Reply: 9
|
Campbell Complex : pernah terbakar 30 jam - 1973
[Copy link]
|
|
Mercu tanda Kuala Lumpur terbakar
Oleh Mohd Azis Ngah
ASAP tebal menyelubungi kompleks Campbell sebelum api marak ke bangunan pejabat 20 tingkat.
| Pasukan bomba dan penyelamat padam kebakaran Kompleks Campbell hampir 30 jam pada Mei 1973
MEI 1973, sebuah kompleks berharga RM10 juta dibuka dan secara tidak rasmi menjadi mercu tanda Kuala Lumpur pada masa itu kerana ia satu-satunya bangunan pencakar langit di pusat bandar raya yang menjadi kebanggaan warga kota.
Kompleks Campbell itu mengandungi podium setinggi empat tingkat menempatkan gedung pakaian, kedai kamera, kedai jahit, restoran, bar, sebuah kelab malam serta bangunan pejabat setinggi 20 tingkat.
Ketika usianya baru mencecah tiga tahun, bangunan itu hangus dijilat api pada 8 April 1976 yang disifatkan tragedi paling besar pada era 70-an kerana pasukan bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa hampir 30 jam untuk memadamkan kebakaran itu.
Kejadian dikatakan bermula pada jam 10.30 malam dan api marak sehingga jam 2 pagi di bangunan yang menempatkan 180 kedai serta 20 tingkat bangunan pejabat.
Bangunan itu menempatkan Ibu Pejabat Bank Kerjasama Rakyat, Lembaga Latihan Persijilan Perusahaan Ketukangan Kebangsaan, seksyen akaun Pertubuhan Keselamatan Sosiol (Perkeso).
| API merebak memusnahkan seluruh bangunan dan kompleks.
| Kejadian disifatkan media sama seperti filem 慣he Towering Inferno |
|
|
|
|
|
|
|
waaaa....tatau langsung aku yg campbell complex ni pernah terbakar hangus dulu..
hmm..lenkali kalu gi aku nak try tgk ada lagi tak kesan2 terbakar dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 kambeng_masam's post
tu ler pasai... aku pun tak taww tapi aku bukan dok KL memang tak tau sgt tapi cam aku kata aku pegi few times dah campbell ni.. ada pasar malam minggu gak sebelah tu ingat nak turun KL petang ni gi pasar minggu situ cuci mata tgk awex cun tee hee boleh aku skoden campbell lagi sekali... |
|
|
|
|
|
|
|
Masa time tu, standard bangunan kita memang lemah sangat sebab time tu langsung takder peraturan suruh pasang peralatan mencegah kebakaran kat mana2 bangunan laa. Bangunan2 time tu memang langsung takder kena pasang water sprinkler ker, hos air bomba ker, suis pecah kaca etc. Sekarang ni sumer benda tu wajib dipasang pada bangunan, kalau tak memang tak diluluskan untuk digunakan. Sebab tu la sekarang ni kalau ada pun bangunan yang terbakar pun paling teruk cuma effect sekitar 1-2 tingkat jer, tak macam time kompleks Campbell tebako dulu sampai abis sumer tingkat tebako. |
|
|
|
|
|
|
|
Campbell, famous dengan kedai2 jeans dan kasut2 kulit |
|
|
|
|
|
|
|
sebelah balai polis dang wangi lame..org kate berjiran la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat tingkat atasnya sekali di open car park ada Kalab Dangdut ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 WonBin's post
macam besa pegi ajer wonbin tee hee |
|
|
|
|
|
|
| |
|