View: 18791|Reply: 15
|
Sejarah bangunan Sultan Abdul Samad
[Copy link]
|
|
Detik jam besar rakam sejarah
Oleh Mohd Azis Ngah
KUNASEGARAN bersama loceng jam yang dijaga sejak 33 tahun sambil dibantu Azhar.
|
Jam buatan Gillet Johnston Founders Croydon di Bangunan Sultan Abdul Samad berusia 111 tahun jadi saksi bendera Union Jack diturunkan
SETIAP kali menyambut Tahun Baru atau Hari Kemerdekaan, puluhan ribu rakyat akan berkumpul di Dataran Merdeka untuk bersama-sama pemimpin negara menanti detik bersejarah tepat pada jam 12 tengah malam menerusi dentuman jam loceng besar di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.
Satu ketika dahulu, dentuman itu boleh didengari pada jarak lebih satu kilometer dari Dataran Merdeka, tetapi disebabkan pembangunan pesat di Kuala Lumpur, bunyi jam keramat itu hanya boleh didengar di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka.
Yang pasti, tidak semua orang berpeluang menaiki menara bersejarah itu dan merasai sendiri detik dentuman loceng besar di tingkat empat menara berkenaan kecuali kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem). Bagaimanapun, ia bukan semua, sebaliknya sebilangan kecil kakitangan Jupem yang dapat menikmati pengalaman menarik di menara berkenaan.
Saiz locengnya memang besar dan diibaratkan sebagai payung yang boleh memuatkan kira-kira 10 orang. Beratnya dianggarkan kira-kira satu tan dan dihasilkan menggunakan tujuh jenis unsur bahan besi manakala pengetuk yang asal digunakan sejak 1897 masih utuh dan dianggarkan seberat 80 kilogram. Semuanya masih dalam keadaan baik dan terjaga.
Menara Jam Besar di Bangunan Sultan Abdul Samad itu sebenarnya boleh dianggap sebagai mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur dan Malaysia. Ia umpama Menara Big Ben di Britain, Eifel Tower di Perancis atau Menara Condong Pisa di Itali.
Ramai menyedari bangunan menempatkan jam besar itu menyimpan pelbagai sejarah negara tetapi mungkin tidak tahu bagaimana ia berfungsi dan diselenggarakan selaras dengan usianya mencecah 111 tahun.
Jam buatan Gillet Johnston Founders Croydon England pada 1897 itu berfungsi sepenuhnya secara mekanikal mengikut kaedah bandul pemberat, sistem takal, gear.
Pasukan petugas Jupem dipertanggungjawabkan memeriksa, menjaga dan menyelenggara termasuk mengunci sistem jam secara manual dua kali seminggu. Ia bertujuan menyelaraskan waktu, membersih, meminyak dan memeriksa fungsi mekanikalnya.
Wartawan Berita Minggu berpeluang menaiki menara itu bersama dua petugas Jupem, Penjaga Jentera Elektrik, Azhar Dahlan dan rakannya, V Kunasegaran (Pembantu Am Rendah) yang berpengalaman selama 33 tahun mengendalikan jam loceng berkenaan.
Mereka memulakan tugas dengan menaiki 89 anak tangga di tiga peringkat hingga ke kabin (bilik) operasi di tingkat lima. Di tingkat empat menempatkan loceng jam dan memerlukan ruang agak besar. Di situlah loceng itu akan berbunyi mengikut waktu misalnya jam 10 pagi, ia akan berbunyi 10 kali diikuti sekali dentuman bagi setiap setengah jam.
Di kabin operasi tingkat lima, terdapat mesin manual menempatkan pemberat 250 paun untuk perjalanan jarum saat dan pemberat 650 paun untuk jam loceng. Kedua-dua pemberat itu perlu berada di paras tertinggi iaitu di tingkat lima selepas jam dikunci.
Kedua-dua pemberat itu dengan sendirinya akan turun sehingga ke tingkat dua selepas tiga atau empat hari menggunakan sistem takal dan kabel dawai. Pemberat itu akan dikunci dan dinaikkan semula supaya jam terus berfungsi.
Kunasegaran yang dikenali sebagai pegawai penjaga jam mengakui tugasnya membuatkan beliau bangga menjadi rakyat Malaysia. Beliau menganggap tugas itu sebagai satu tanggungjawab besar kerana menyelenggara bahan sejarah negara.
揃ukan semua orang mendapat peluang ini, ia menyimpan seribu kenangan dan lipatan sejarah negara.
揝aya tidak kisah walaupun terpaksa datang dan panjat menara untuk mengunci jam ketika waktu cuti walaupun Deepavali.
揝emua lima senior saya sudah berhenti atau bersara, kini tinggal saya seorang yang bertugas. Hanya tinggal lagi tiga tahun sebelum bersara, ia agak menyedihkan tetapi mungkin zaman saya sudah berlalu. Pasukan ini memerlukan pengganti.
揚erlu ada pelapis kerana ia bukan kerja mudah dan perlukan kesabaran,?katanya.
Setiap kali tiba waktu mengunci jam, beliau akan naik ke menara seawal jam 8 hingga 10 pagi mengelakkan cuaca panas berada di dalam menara yang tertutup. Di situlah beliau menjalankan tugas memutarkan 281 kali pusingan roda untuk menaikkan pemberat loceng jam dan jarum saat.
Katanya, bukan mudah untuk menaikkan kabel itu kerana ia memerlukan ketelitian dan perlu mematuhi aturannya bagi mengelakkan kabel terlepas dan boleh merosakkan enjin jam.
揝emua ini perlu diingati dan dipelajari. Kita tidak ada buku manual bagaimana nak kunci jam, kena belajar dan ingat langkah-langkahnya. Sebab itu perlu ada pelapis yang berminat nak buat kerja ini, jika dipaksa, mungkin mesin jam akan rosak,?katanya.
INFO: Detik bersejarah yang dirakam berdasarkan detik jam besar
- Penurunan bendera Union Jack sempena pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada jam 12 tengah malam, 31 Ogos 1957.
- Berlaku pertukaran waktu tempatan dalam tempoh 50 tahun iaitu
- 31 Disember 1931 - dipercepatkan 20 minit untuk memanjangkan waktu siang
- 1 September 1941 - dipercepatkan lagi 10 minit
- 1942 - dipercepatkan dua jam mengikut waktu Tokyo, Jepun
- 1945 - Diselaraskan semula sama seperti 1941
- 1 Januari 1982 - Dipercepatkan 30 minit untuk seragamkan dengan waktu Sabah, Sarawak dan menjadi 慚alaysian Standard Time?
- Acara rasmi yang diadakan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka:
- Sambutan kemerdekaan negara
- Perarakan Citrawarna Malaysia
- Sambutan Tahun Baru
- Mengarak Panji-Panji Diraja
aku penah la nampak jam ni bila aku turun kolumpo... mungkin jadi satu yang bersejarah sebab bangunan sultan abdul samad ni bangunan bersejarah gak... sinilah mahkamah tinggi...sinilah mahkamah terbakaq dulu... mcm2... dan depan jam ni la dataran merdeka.. dulu kalu tak silap aku bila hari merdeka aje musti buat kat depan bangunan ni... jadi secara tak langsung ler kan.. jam tu satu entity yg penting sama!!
[ Last edited by amazed at 4-1-2009 11:00 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
menarik..terima kasih atas info ini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
mahkamah terbakar tu if im not mistaken was the other building seberang sungai drpd bgnn sultan abdul samad... yg dulu ada mahk sesyen n majistret.. the one yg bersambung dgn dbkl punya premis (i.e yg sebelah LRT masjid jamek).
bgnn sultan abdul samad ni dulu2 aku ada buat research sikit masa sekolah menengah (omg... so many years ago!) tp sygnya ntah mana gi bahan2 kajian tu... very solid bangunan ni dan dindingnya... masa upacara pecah tanah nak buat bangunan ni ada ditanam sekali coins n beberapa bahan lagi... aku tak ingat..
i love the sound of the jam besar.. mengingatkan kpd suasana serius dlm bangunan ni masa dulu (maklumlah - dulu mahkamah)
[ Last edited by stats at 3-6-2008 06:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by stats at 3-6-2008 06:26 PM
mahkamah terbakar tu if im not mistaken was the other building seberang sungai drpd bgnn sultan abdul samad... yg dulu ada mahk sesyen n majistret.. the one yg bersambung dgn dbkl punya premis (i ...
yang ni kan stats??
KEBAKARAN pertama pada Mac 1992 ketika bangunan
Sultan Abdul Samad sedang diubah suai. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 amazed's post
yup... the old sessions court n magis court yg ada dbkl premises... which is located next to the masjid jamek line... im not sure if yg tu pun bernama bgnn sultan abdul samad tp cuma dipisahkan oleh sungai je n both are of quite similar moorish influenced design... but that building dlm photo tu bukanlah building yg menempatkan the jam besar yg betul2 depan dataran tu.
(errrkkk.. aku fairy_hobbit ler... login pakai account stats.... ) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nape aku x penah dgr bunyi jam tu ek?
padahal setiap ari aku ikut ayah aku kerja kat situ....
macam mana bunyi jam tu?
teringin gak aku nak dgr |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by stats at 3-6-2008 08:43 PM
yup... the old sessions court n magis court yg ada dbkl premises... which is located next to the masjid jamek line... im not sure if yg tu pun bernama bgnn sultan abdul samad tp cuma dipisahkan o ...
oo.. betui la ko cakap tu stats... yg mahkamah terbakaq tu bukan yg ada jam besar ni ek... thanks ek |
|
|
|
|
|
|
|
beruntung btl dorg dpt naik smpai kt jam tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat Botak Chin dijatuhi hukuman - Bangunan Sultan Abdul Samad saksi pelbagai sejarah
Oleh WARTAWAN
SUATU ketika bangunan ini merupakan kompleks mahkamah
yang pernah membicarakan ramai individu berprofil tinggi di negara kita.
SEWAKTU menjejakkan kaki di Kuala Lumpur pada awal 1970-an lalu, inilah tempat lepak pertama bagi Siri Neng Buah. Dia begitu teruja menyaksikan bangunan bersejarah tersebut.
Hakikatnya, Ketua Pegawai Warisan di Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan itu memang obses kepada benda berkaitan sejarah.
“Kerana terlalu asyik melihat keindahan Bangunan Sultan Abdul Samad, pengawal pernah menghalau saya kerana menyangka saya pencuri,” katanya mengimbau kisah lucu itu.
Maklumlah, bangunan tersebut pada waktu itu ialah pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan pelbagai agensi penting di bawahnya yang dikawal agak ketat sepanjang masa.
Namun pengalaman menghabiskan masa lapang melepak di bangunan itu ketika baru tiba di ibu negara selepas tamat persekolahan banyak mendekatkan dirinya kepada isu sejarah.
“Saya tidak tahu pun itu kawasan larangan bahkan pernah masuk dan naik tangga ke tingkat atas kerana tertarik melihat bangunan tersebut sebelum diusir keluar,” jelas Siri, 53.
Peristiwa itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya yang juga cucu kepada seorang pemimpin utama masyarakat Siam di Besut, Terengganu. Malah ia mengajarnya erti hidup.
KIRI: STATUS Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai tapak
warisan kini terpelihara dengan pemulihan bangunan itu sebagai
bangunan Kementerian yang bertanggungjawab memelihara
sejarah dan warisan. KANAN: TAPAK asal Bangunan Sultan Abdul
Samad dulu merupakan kawasan berpaya bekas lombong bijih timah.
Pada Siri, Bangunan Sultan Abdul Samad bukan sekadar sebuah kompleks pejabat tetapi menjadi simbol kebanggaan rakyat sebagai mercu tanda negara sejak sebelum merdeka.
“Tanpa bangunan ini, ia tidak menjadi pelengkap komponen Dataran Merdeka yang dulu dipanggil Padang Kelab Selangor kerana di sini letaknya pusat titik ibu negara,” kata Siri.
Apa tidaknya, sebelum dibuka pada 1897 - 13 tahun selepas padang di hadapannya siap dibina, kawasan itu sebenarnya tapak paya bekas lombong timah Sungai Klang dan Gombak.
Tempat landai itu dipilih bagi menempatkan kompleks Bangunan Baru Kerajaan yang kemudiannya Sekretariat Persekutuan sebelum dinamakan Bangunan Sultan Abdul Samad.
“Justeru, penjajah Inggeris menjadikan tiga batang tiang bendera di depan menara jam besar bangunan ini sebagai titik rujukan jarak mula jalan raya dari Kuala Lumpur,” jelasnya.
Itu cerita dulu tetapi setelah negara merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi ikon kepada warga ibu kota berehat bersama keluarga pada hujung minggu dan hari cuti.
Bayangkan, padang dataran itu aktif dengan pelbagai acara sukan terutama kriket dan bola sepak kerana kedudukannya strategik dekat stesen kereta api dan Masjid Negara.
DATUK Seri Mohd. Shafie Apdal ketika menerima penyerahan
kunci Bangunan Sultan Abdul Samad yang akan dijadikan
bangunan rasmi Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan.
Bagi generasi lama, bangunan ini merekodkan banyak sejarah negara daripada era penawanan Jepun, penurunan bendera Union Jack pada 1957 dan bencana banjir besar 1971.
“Mungkin ramai masih ingat detik waktu Malaysia diseragamkan dengan masa Semenanjung dicepatkan setengah jam menyamai Sabah dan Sarawak pada 1 Januari 1982,” kata Siri.
Perdana Menteri, Datuk Seri (kini Tun) Dr. Mahathir Mohamad memilih menara jam bangunan itu sebagai simbolik dan memberi kesan signifikan.
TANGGA berputar peninggalan kolonial masih dikekalkan sebagai warisan sejarah.
Ini kerana tidak ramai tahu ketika penaklukan Jepun, jam di situ bersamaan dengan waktu Tokyo sebelum mengikut semula masa asal Singapura apabila pihak Jepun kalah dalam perang.
Namun ini menjadikan waktu Semenanjung berbeza 30 minit dengan Sabah dan Sarawak. Ia menyebabkan Dr. Mahathir menyamakan masa standard yang ‘terpaksa’ diikuti Singapura.
“Begitulah besar jasa bangunan ini kerana buat julung kali, negara jiran terpaksa ikut rentak waktu kita dan ini satu kemenangan patriotik,” tegas Siri.
Bangunan itu juga pernah mendapat tumpuan ramai apabila penjenayah ganas, Wong Swee Chin atau lebih popular dengan nama Botak China dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Perbicaraan penuh dramatik itu berlangsung pada 1977; setahun selepas dia berjaya ditangkap pihak polis menyaksikan seluruh kawasan tersebut ditutup.
Botak Chin mencatat sejarah sebagai orang pertama mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan membawa kepada hukuman mati mandatori.
“Ketika menunggu dihukum, dua kali dia nekad menyerang pegawai warden sebelum riwayatnya berakhir di tali gantung Penjara Pudu pada 1981 dalam usia baru 28 tahun,” kata Siri.
Hari ini, biarpun ibu kota berbangga dengan Menara Berkembar Petronas, bangunan ini tetap menjadi mercu tanda ibu negara kerana warisan seni binanya.
KIRI: PROSES pengubahsuaian selama setahun turut
menyaksikan fasiliti lif dipasang. KANAN: KORIDOR sempit
ini bersambung dengan laluan pejalan kaki di bawah tanah.
Lebih unik, selepas terbiar setahun apabila semua mahkamah berpindah ke kompleks baru di Jalan Duta, ia kini pejabat Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Pemilihan bangunan itu diilhamkan bekas menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mahu menjadikan ia sebagai pusat kebudayaan negara sejajar dengan nilai sejarah kebangsaan.
kat sini ghopanya botak chin kena gantung, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 amazed's post
dijatuhkan hukuman gantung la yang oi
bukan kena gantung kat cni
eee.....agak2 malam2 berhantu x?
~~wpon duk lama kat KL....x penah lak dgr bunyi loceng tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 amazed's post
actually lif tu da lama ada kat bgnn sultan abdul samad ni.. dari dolu2 lagi (tak ingatlah since bila) so bukanlah fasiliti lif tu pemasangannya baru dibuat masa 1 year renovation tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Bangunan Sultan Abdul Samad tetap gah dihimpit kemodenan
IBARAT ikan pulang ke lubuk atau belut pulang ke lumpur. Itu andaian tepat dengan langkah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) apabila menduduki bangunan Sultan Abdul Samad yang berusia 115 tahun.
Menjadikan bangunan Sultan Abdul Samad sebagai pejabat KPKKW adalah yang terbaik kerana kepentingan dan hubungannya dengan warisan negara, walaupun ia tidak bersama-sama dengan banyak kementerian lain di Pusat Pentadbiran Persekutuan di Putrajaya.
Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini berkata, tidak semua bahagian di kementerian itu akan berpindah ke bangunan Sultan Abdul Samad tetapi dengan perpindahan pada Januari 2009, ia mencatatkan satu kenangan bagi KPKKW ketika mengharungi tahun yang mencabar ini.
Untuk permulaan lapan bahagian yang berpindah iaitu pejabat Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Bahagian Undang-undang, Pengurusan Pentadbiran, Audit Dalam dan Perhubungan Awam. Bahagian lain akan menyusul secara berperingkat.
Mengikut perancangan asal, selain KPKKW, agensinya ialah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta Jabatan Warisan Negara akan ditempatkan di sekitar Panggung Bandaraya, bersebelahan Bangunan Sultan Abdul Samad. Bagaimanapun Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara sudah selesa menyewa di bangunan MAS Jalan Sultan Ismail.
Jabatan Warisan pula yang sekarang menyewa di Bangunan TH Perdana, khabarnya akan berpindah ke bangunan baru bersebelahan Kraftangan Jalan Conlay. Alangkah baiknya jika dua agensi penting KPKKW berada di kawasan bangunan bersejarah itu.
Britain pernah menggelarkan rekaan bangunan Sultan Abdul Samad sebagai `Indian Raj' kerana seni binanya bercirikan kesenian Kerajaan Islam Moor dan Moghul di India.
Menyingkap sejarah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, ia terhasil dalam rombakan Kabinet pada 2004. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dipecahkan kepada dua kementerian iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Pelancongan.
Datuk Seri Dr Rais Yatim diberi amanah mengemudikan kementerian baru. Sebagai kementerian baru, ia terpaksa beralah kepada Kementerian Pelancongan dari segi pejabat dan kakitangan.
Dr Rais bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang pertama, Datuk Siti Azizah Abod akhirnya memilih bangunan TH Perdana, Maju Junction sebagai pejabatnya. Bagaimanapun kerana ketika itu, sudah banyak penyewa di bangunan berkenaan, kementerian terpaksa mengisi ruang yang kosong saja.
Ini juga menjadi antara punca pencarian ruang pejabat baru, selain ia tidak boleh selama-lamanya menyewa di premis bukan milik kerajaan. Kementerian turut ditawarkan ruang pejabat berhadapan bangunan mahkamah 'Palace of Justice' di Putrajaya.
Bagaimanapun atas sebab yang tidak dapat dielakkan terutama dari segi reka bentuk bangunan kementerian terus menyewa di bangunan TH Perdana, Maju Junction.
Apabila Kompleks Kehakiman di Jalan Duta, hampir diduduki dan mendengar khabar institusi kehakiman di Kuala Lumpur akan ditempatkan di bawah satu bumbung, Dr Rais terus melamar Bangunan Sultan Abdul Samad untuk menjadi pejabat kementeriannya. Ia dipersetujui Kabinet. Selepas hampir setahun kerja pengubahsuaian dalaman dilakukan, awal 2009, KPKKW berpindah ke Bangunan Sultan Abdul Samad. Kos pengubahsuaian dianggarkan kira-kira RM20 juta dan seliaan dilakukan Jabatan Kerja Raya.
Bangunan Sultan Abdul Samad yang sebelum ini menjadi lambang kekukuhan institusi kehakiman negara sudah menyaksikan pelbagai cerita pahit manis daripada kes jenayah Botak Chin yang berakhir di tali gantung sehingga jatuhnya beberapa Menteri Kabinet, ahli politik, ahli korporat, penjenayah dan orang awam.
Peletakan batu asas pada bangunan bersejarah yang dibina pada 1894 itu dilakukan Gabenor Negeri Selat ketika itu, Sir Charles B H Mitchell. Pembinaannya mengambil masa empat tahun dengan anggaran kos RM152,000, menjadikan bangunan termahal di rantau ini ketika itu.
Anthony C Norman bertindak sebagai arkitek untuk bangunan berkenaan dan ia dibantu oleh jurutera, CE Spooner dari Britain. Ia mendapat nama daripada Sultan Selangor yang memerintah dari 1857 hingga 1898, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah.
Bangunan berkenaan menjadi pusat pentadbiran British sebelum merdeka dan berubah fungsi kepada bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang menempatkan pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan.
Bangunan Sultan Abdul Samad terjejas teruk dalam banjir 1971. Pengubahsuaian dalaman dibuat pada 1978 dengan kos kira-kira RM17.2 juta dan mengambil masa enam tahun dan dijadikan Kompleks Mahkamah.
Walaupun bangunan lama ini terhimpit dengan bangunan pencakar langit lain di sekelilingnya, ia tetap signifikan kerana memiliki ciri pembinaan tersendiri, sekali gus menjadikannya warisan berharga.
Rakyat Malaysia pasti sukar melupakan peristiwa Union Jack iaitu bendera Britain diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad tepat jam 12 tengah malam, 31 Ogos 1957. Sejurus selepas itu, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka.
Walau apapun berlaku, bangunan ini adalah nadi dan imej Kuala Lumpur.
Apakah tugas KPKKW setakat mewarisi bangunan itu saja? Ada baiknya ia mempunyai kakitangan yang mampu memberi taklimat kepada pelancong. |
|
|
|
|
|
|
| |
|