CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: owenkatz

tak ikut satu mazhab sahaja

[Copy link]
Post time 21-5-2008 04:43 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 20-5-2008 09:00 AM


Makna "taqlid" ini perlu diperjelaskan dulu, apa yang kami faham maksudnya ialah tidak tahu satu pun atau tidak pernah merujuk satu pun sumber dalil dan nas dari syariat, main ikut buta aja  ...


Kami pun dulu ingat "taqlid" ni cuma satu makna saja tapi rupa2nya ada berbagai makna pula, lebih2 lagi kalau dirujuk kepada ulama2 yang ngetop di kalangan penganut wahabi.
Antara ulama pujaan wahabi sendiri seperti Ibn al-Qaiyim al-Jauziyah sendiri mengatakan bahawa terdapat dua jenis taqlid:
pertama taklid madhmum (tercela) dan kedua taklid mahmud (terpuji).
Dalam kitabnya Al-Aklam Al-Muwaqqien (3/168) ulama ngetop ini telah menghuraikan dalam salah satu babnya mengenai taqlid dan pembahagian2nya kepada apa yang diharamkan dan apa yang dibolehkan.


Begitu juga ulama ngetop lain seperti Ibn Taimiyyah juga mempunyai pendapat yang berbeza mengenai taklid (lihat kitab Fatawa Ibn Taimiyyah 2/359)

Ada lagi....sorang lagi ni pula Shah Waliyullah al-Dahlawi juga mempunyai pendapat yang berbeza mengenai taklid (lihat kitab Al-Insaf halaman 53)

Dan lagi....Iziddin bin Abdulsalam juga mempunyai pendapat lain mengenai taklid (lihat kitab Kawa'id Al-Ahkam 2/130)

Dan seterusnya dan seterusnya.

Rupa2nya bodoh juga kami ni yang berlagak pandai tentang taklid ni...heheh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2008 04:58 PM | Show all posts
Taklid dari segi bahasa bermakna mengikuti orang lain. Ada di kalangan Ulamak tidak membezakan jurang yang luas antara Taklid dan Itba
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2008 10:51 AM | Show all posts
interesting pulak the direction of the comments are going.

anyway, aku just curious of a point yg telah di raise oleh kawan aku, mazhab2 ni secara rata only came about more than 100 years after rasullullah wafat.  jauh tu jaraknye.

mmg Al-QUran telah dijamin Allah akan ke-pure-an nye, but how authentic is all the hadith sahih. risau aku dengar that ada hadith palsu yg masquered as hadith sahih. (aku bukan golongan anti hadith yek).

Islam itu hanya satu, camna la pulak ada byk2 interpretasi of hukum Allah. aku risau betul la pasal soalan2 akidah aku ni.


p/s: grave digger, ekau budak pilah ko?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by owenkatz at 29-5-2008 10:51 AM
interesting pulak the direction of the comments are going.

anyway, aku just curious of a point yg telah di raise oleh kawan aku, mazhab2 ni secara rata only came about more than 100 years afte ...


Persoalan tentang mazhab ini memang suatu yang menarik dan akan sentiasa dibincangkan berterusan selagi ada kelompok manusia yang berfikiran jumud serta tidak mahu memberi kebebasan kepada kelompok manusia lain untuk memilih jalan mereka sendiri.
Kalau nak tahu tentang perkembangan mazhab then i suggest u cuba baca kitab 'Al-Milal wan Nihal' iaitu tentang studi tematis mazhab kalam. Sebenarnya tajuk ini pun ada banyak ditulis oleh berbagai-bagai ulama tapi yang terakhir oleh Sheikh Jaafar Subhani agak menarik kerana memberikan gambaran kritis pandangan2 ulama sebelumnya. Ikut ustaz den sekarang ni dia tulis 6 jilid tapi ada juga diringkaskan nota2nya menjadi satu kitab. Dah ado pun terjemahannnya dan buleh dapek kek kodai buku dopan masjid India.

Eh..terspeaking noghori plak. Sobonarnyo den bukan oghang Pilah tapi maso remajo dulu time duduk kek Soromban selalu gak ulang alik ke Pilah. Ese poyi ngaji di Madrasah ittiba'Us Sunnah di Parit tu laa dongan Ustaz Hashim Ghani.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 11:03 PM | Show all posts
Originally posted by owenkatz at 29-5-2008 10:51 AM
interesting pulak the direction of the comments are going.

anyway, aku just curious of a point yg telah di raise oleh kawan aku, mazhab2 ni secara rata only came about more than 100 years afte ...


Mazhab tu cuma panduan saja.... setiap imam mazhab tu memutuskan sesuatu hukum berdasarkan interpretasi mereka terhadap dalil-dalil... tiada siapa yg menyuruh kita mengikut secara total.. malah Imam Syafie pernah mengatakan sekiranya kita menjumpai dalil yg lebih baik dari pendapatnya dari sumber yg haq iaitu Qur'an dan Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat beliau, dan ambillah sumber yg haq tersebut.

Imam Syafi'e sendiri ada qaul qadim dan ada qaul jadid... maka tidak mustahil jika beliau dipanjangkan umur, mungkin beliau ada pula qaul yg ketiga, siapa tahu.

Jadi sebagai manusia yg dikurniakan Allah akal fikiran, tidak ada salahnya untuk kita mengkaji semua mazhab. Apa yg paling valid dengan Qur'an dan Sunnah, itu lah yg patut kita ambil, tidak kiralah pendapat itu datangnya dari mazhab mana.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 11:25 PM | Show all posts
Originally posted by noriabdullah at 14-5-2008 01:55 AM

Seperti kata seorang Ustaz dalam sebuah kuliah....sapalah kita nih nak memandai2 sehingga nak tukaq mazhab....kalau setakat baca Al-Quran...antara Syin dan Shad, Qaf dan Kaf pun kita tak boleh nak beza lagi.

Wallahu A'lam.


yg ni pun nanti ada yg pertikai. siapalah ustaz tu memandai2 nak kata muslim dari mazhab lain tak boleh ikut syafie. what if pekerja2 asing dari bangla & india nak ikut amalan mazhab kita di Msia ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.048377 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list