|
Akak baru balik dari grand lexis, tido 2 malam kat water villa. Anak2 nampak gembira la dengan bilik tu sebab ada pool, serta ada aktiviti rekreasi.. Ada outdoor and indoor activities.. Orang ramai sangat mungkin sebab public holiday.
Suami akak janji ngan budak2 ni kalau exam hujung tahun dapat excellent result, insyaAllah boleh repeat lagi ke grand lexis. Akak lak over excited hihi.. Lagipun suami n anak2 kena sakit tekak dan hampir demam, jadi banyak masa berehat dalam bilik.
Walaupun akak amik bilik utk 4 org, voucher breakfast diberi utk 2 org sahaja jadi kena tambah duit utk 2 orang anak.
Akak mkn kat restoran terapung stall yang tepi sekali belah kiri. servis lambat, air dah hampir habis, makanan belum sampai lagi harga oklah bersesuaian dgn apa yang di order. Second day akak mkn kat pd waterfront, kedai tomyam. Sedap, harga standard kedai makan biasa.
Akak booking terus kat hotel by phone call.. Tak guna online system. |
|