CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: nania

kisah bomoh dalam hidup aku

[Copy link]
 Author| Post time 27-5-2008 09:17 AM | Show all posts

Reply #39 feyzafaziyani's post

menda ni da lama, da basi.. da jadi tempoyak, budu n pekasam.(any more?) .. So dh dilupakn tapi diingati sebg pengajaran.. next time wat muka buruk2 sket kalo nak g inteview.. pakai kain batik ke..

[ Last edited by  nania at 27-5-2008 09:23 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2008 09:21 AM | Show all posts
Originally posted by feyzafaziyani at 27-5-2008 09:01 AM


kalau aku jadi ko kan nania...aku santau jer bos tuh...pandai sgt buat gune2 kat org...suke ati die je...


Tk pe lar.. aku berprinsip kalo bleh sejahat mana org tu, cuba maafkn.. Tak nak jadi mcm dia.. da lupa agama, lupa tuhan.. sampai sanggup mengikut nafsu setan.. Aku bukan baik sangt.. tapi selama hidup sentiasa cuba nk wat yang terbaik n termampu buat diri sendiri untuk kebaikan sekarang dan masa depan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 06:12 PM | Show all posts

Reply #42 nania's post

Post di bawah ini cara2 memagar diri dan rumah dari sihir yang diberi oleh kawan saya dan saya dah amalkan... dan ternyata berkesan....FYI baru2 ni pun saya bimbang terkena dgn ilmu sihir pd diri sendiri atau rumah...alhamdulillah selepas mengamalkan cara ini ternyata sihir dan gangguan itu tidak berkesan. Cuba lah ya......
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 06:17 PM | Show all posts

Reply #43 kahmadz's post

Cara-cara pagar diri dan rumah dari sihir

Di sini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman sihir dan
pencuri yang diamalkan sejak dahulu oleh para anbiya. Ilmu ini tidak
memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan
kekhusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas Solat Maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar
diri dan hari Jumaat bagi memagar rumah.

Caranya:

1) Duduk bertimpuh seperti Tahiyat Awal dan mengadap ke Kiblat.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana
Allah Taala. (Jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekaligus.
Buat berasingan).

3) Pejam mata, tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat
Kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan
semasa membaca ayat Kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan
kita ada satu tembok yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat Kursi
hembuskan semula nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi langkah yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula
bahawa tembok itu berada di belakang, seterusnya ulangi lagi untuk
tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini
terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu
tembok empat persegi yang sempurna.

5) Untuk permulaan, amalkan sebulan sekali. Tetapi untuk lebih afdhal,
amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5
minit sahaja dalam seminggu.

Janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselamatan kita
semua. Jadikannya amalan dan yang lainnya berserahlah pada Allah Yang
Esa.

Untuk memagar rumah pula, caranya adalah sama tetapi niatkan memagar
rumah dari segala ancaman pencuri; dan semasa membaca ayat Kursi,
bayangkan pula tembok itu berada di hadapan rumah kita dan diikuti
langkah seterusnya untuk di sekelilingnya pula.

Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri, ada
syaratnya pula.

Dari pengalaman orang yang mengamalkan ilmu memagar rumah ini, pernah
terjadi pencuri yang memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar.

Jika ini terjadi, maka disyaratkan tuan punya rumah tidak boleh sama
sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yang
telah diambil serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan
keluar.

Bagi ibu bapa pula, ilmu memagar diri ini boleh dilakukan untuk
anak-anak yg masih kecil. Cuma semasa kita melakukan, niatkan sahaja
untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah
menakjubkan(dengan izin Allah SWT).





Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu lagi cara yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca
ayat Kursi sekeliling dalam rumah.

Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu
sebelah kiri berada di dinding rumah. Baca ayat Kursi berulangkali
keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas.

Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover
seluruh pintu utama.

Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri. Kebiasaannya
pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama.
Jadi, pintu utama sahaja kita perlu perhatikan.

Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang masuk tak jumpa
jalan keluar pulak.

Wallahu 'alam.

<artikel disumbang oleh penulis yg tidak dikenali>
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2008 06:23 PM | Show all posts

Reply #44 kahmadz's post

Cara membaca ayat Qursi dgn betul hendaklah berhenti seketika antara....

"...wala yau'duhu hif zuhuma ...<berhenti seketika, kemudian sambung>....wa huwal aliyyull a'ziim."

Kalau diperiksa pada Quran mushaf Uthmani ada tanda "JIM kecil" di tempat itu. Tanda perlu berhenti seketika sebelum sambung membaca.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2008 09:09 AM | Show all posts
Originally posted by kahmadz at 27-5-2008 06:12 PM
Post di bawah ini cara2 memagar diri dan rumah dari sihir yang diberi oleh kawan saya dan saya dah amalkan... dan ternyata berkesan....FYI baru2 ni pun saya bimbang terkena dgn ilmu sihir pd diri ...

oc-cay noted:victory:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2008 03:40 PM | Show all posts

Reply #42 nania's post

sebut pasal santau nih...member aku sorang nih kawan die meninggal sebab kene santau angin...sedih aku dengar brite2 camnih...baru je ninggal 2 3 hari lepas..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2008 03:51 PM | Show all posts

Reply #47 feyzafaziyani's post

alfatihah kat dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.045568 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list