CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1798|Reply: 6

Semak arah kiblat 28 May

[Copy link]
Post time 28-5-2008 11:42 AM | Show all posts |Read mode
[size=85%]SEMAKAN ARAH KIBLAT DIRUMAH & PEJABAT
MELALUI KAEDAH ISTIWA' MATAHARI DI KA'BAH
[size=85%]Matahari akan berada tegak di atas Ka?ah pada[size=85%]
[size=85%]28 MEI 2008,Hari Rabu (5.16 PETANG) & 16 JULAI, Hari Rabu (5.28 PETANG)
[size=85%]APAKAH ITU ISTIWA' MATAHARI?
[size=100%]Istiwa utama matahari atau istiwa A'zam di Ka'bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut isiwa matahari (mel syams) akan bersamaan engan nilai latitud Mekah, di mana Ka'bah terletak.
[size=100%]Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka'bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.
[size=85%]
PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :

[size=100%]1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
[size=100%]2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
[size=100%]3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
[size=100%]4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM (contoh: Waktu di televisyen)
[size=100%]PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

[size=100%]1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.
[size=100%]2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.
[size=100%]3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia , bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah barat[size=85%].

[size=100%]

[size=100%]
[size=78%]
[size=100%]
[size=85%]PENENTUAN DAN PENYEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI FENOMENA ISTIWA' UTAMA MATAHARI DI KA'BAH
[size=100%]


[size=85%]ULASAN :
[size=100%]Istiwa' utama matahari di Ka'bah (istiwa a'dzam) merupakan fenomena dimana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. (matahari berada tepat di atas Ka'bah).

[size=100%]Di Malaysia, fenomena ini berlaku 2 kali dalam setiap tahun iaitu pada :-

[size=85%]Bil
[size=85%]Tarikh
[size=85%]Masa
[size=85%]1
[size=85%]28 Mei
[size=85%]5.16 petang
[size=85%]2
[size=85%]16 Julai
[size=85%]5.28 petang
[size=100%]Bagi masyarakat umum atau imam/nazir masjid dan surau boleh memanfaatkan fenomena ini untuk menyemak dan menentukan arah kiblat samada di rumah, masjid atau surau dan mana-mana tempat sembahyang.

[size=100%]Caranya ialah :

[size=100%]1
[size=100%]Dirikan satu objek lurus seperti tiang, sebaik-baiknya di tanah lapang.

[size=100%]2
[size=100%]Ketika Istiwa' matahari berlaku, bayang objek tegak (yang berlawanan) akan menunjukkan arah kiblat.

[size=100%]3
[size=100%]Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia , maka bayang tiang akan jatuh ke arah timur, oleh itu bayang yang menghadap ke arah barat (Ka'bah) merupakan arah ke kiblat.

[size=100%]4
[size=100%]Setelah semakan dibuat dan jika terdapat sebarang pembetulan, sila berhubung dengan Pejabat Mufti Negeri Sabah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2008 12:01 PM | Show all posts
ari ni lah kan..
kenapa

Setelah semakan dibuat dan jika terdapat sebarang pembetulan, sila berhubung dengan Pejabat Mufti Negeri Sabah.====?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 12:06 PM | Show all posts
aiseh aku ade kelas lak time tu.. terlepas la nampaknye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2008 12:08 PM | Show all posts
Originally posted by MayGirl07 at 28-5-2008 12:01 PM
ari ni lah kan..
kenapa

Setelah semakan dibuat dan jika terdapat sebarang pembetulan, sila berhubung dengan Pejabat Mufti Negeri Sabah.====?



entah lah aku pun tertanyer2 kenapa kene mufti sabah
Reply

Use magic Report

^
Post time 28-5-2008 06:23 PM | Show all posts
tak sempat nak check...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 09:20 PM | Show all posts
la ktinggalan la plak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2008 11:35 AM | Show all posts
akak xdpt nk check semalam...ujan di sini...kena tunggu 16 julai lak ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.052472 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list