View: 2614|Reply: 0
|
Iceland Turut Digegar Gempa Bumi 6.2 richter - 30 cedera -
[Copy link]
|
|
Iceland digegar gempa kuat berskala 6.2
REYKJAVIK 30 Mei - Satu gempa bumi kuat menggegarkan Iceland semalam dengan menyebabkan 30 orang cedera, bangunan di ibu negara bergoyang dan penduduk di pekan terpencil terpaksa berpindah.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter itu berlaku pada 3.46 petang (11.46 malam tadi waktu Malaysia), berpusat dekat pekan Selfoss, 50 kilometer ke timur tenggara ibu negara ini.
Sehingga 30 orang cedera dalam kejadian itu, tetapi kecederaan mereka tidak serius, menurut Jabatan Perlindungan Awam Polis Iceland.
Penduduk di ibu kota merasakan bangunan bergoyang sewaktu kejadian itu dan jalan di antara Reykjavik dan Selfoss terpaksa ditutup kerana mengalami kerosakan, lapor stesen televisyen kebangsaan, RUV.
Beberapa gegaran susulan kuat turut dirasai di barat daya negara ini.
Polis meronda di serata pekan Hveragerdi, 45 kilometer ke timur Reykjavik, untuk menasihatkan penduduk supaya berada di luar bangunan.
Seorang jurukamera AP Television News di Hveragerdi, penduduk mula mendirikan khemah di luar kerana mereka tidak dibenarkan pulang ke rumah.
"Pengalaman menakutkan, semua barang di dalam rumah saya rosak," kata seorang pekerja binaan, Sveinn Ingvason kepada stesen Channel 2.
Iceland yang berpenduduk 300,000 orang ialah sebuah pulau gunung berapi di utara Atlantik.
- AP
----------------------------------------------------------------------------------------------------
bumi iceland juga adalah prone earthquake --
sebab di lingkaran api atlantik -- dan ianya terbina
dari volcano -- much like hawaii -
saya rasa global warning yang berlaku besar-besaran sekarang
adalah juga main contibution or factor for this earthquake -
ni semua as an alert that prolly more to come - |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|