View: 2399|Reply: 14
|
Jawatan Kosong Dikehendaki Segera!!
[Copy link]
|
|
file:///C:/DOCUME%7E1/Admin/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.jpgSEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat,Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliberuntuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja(mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentudan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalamkuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut)orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkantempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannyaketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya,puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelahkirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah,silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung duakakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat :dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya :dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya :dariarasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan :di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu.
Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu :Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(Muhammad) yang kamudahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamukepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendaksembahyang.
Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -lakiMuhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimanapenyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki ituialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad sawitu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah SubhanahuWata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu :Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengandemikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudiandibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempatkamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnyaseluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temudugaini.Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah:Timba airlaut , pam tayar keretapi dan cabut pokok balak.
|
|
|
|
|
|
|
|
alahaii
terkena gak saya niii
ingat thread apa tadi
tahniah buat saudara
kerna ilhamkan yg baik utk tatapan
jommm - pakat pi ramai ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 burujtimur's post
Nak berkhabar tingginya budi kita ya Tuan,
Nak berkisar kaya tutur bicara,
Kalau tinggi untung jadi bintang...
Kalau rendah masih jadi intan.... |
|
|
|
|
|
|
|
siapa yg dapat sahkan dokumen tu?
sendiri tanya sendiri jawab |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ahli neraka sementara yang akhrnya ahli syurga
kategori yg mcmane ek...ade tak list dia |
|
|
|
|
|
|
|
pasal ahli neraka sementara nih.. ada sedikit kemushkilan lah...
memang biasa dengar yang umat islam yang berdosa nih, selagi masih islam nya.. akan masuk neraka sehingga habis dosa dan kemudian akan dikeluarkan, dimandikan, dicucikan lepas tuh baru masuk syurga...
tapi ada beberapa ayat di dalam al-quran yang kata pada beberapa perbuatan yang "neraka lah tempatnya; dan kekal kamu di dalamnya..." |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 Ser3ndIpIty's post
syirik pada Allah...kekal lah kat dalam tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Timba airlaut , pam tayar keretapi dan cabut pokok balak. ".. adeh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgh apply la ni..
xtau la job mane dpt..
takutnye la..aduyaii... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 iLYaNi's post
timbangan amal kurang... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dapat tips camne nak dapat jawatan no. 1 tu "Ahli Syurga Dari Awal"
nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud lebih kurang begini...
"Umat ku nanti akan terbahagi kepada 73 golongan...72 golongan akan masuk ke dalam neraka...hanya satu golongan sahaja yang masuk ke syurga"
sahabat pun bertanya "apakah golongan yang satu itu ya Rasulullah"
nabi Muhammad s.a.w. pun menjawab "golongan itu adalah Ahlus (ahli) Sunnah Wal Jamaah" |
|
|
|
|
|
|
|
Yeah...saya dapat jawatan lecturer. |
|
|
|
|
|
|
|
same2 kite jauhi gol B tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|