CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: antihipokrit

siapakah ulama yang jenazahnya dilindungi awan?

[Copy link]
Post time 17-6-2008 06:13 PM | Show all posts
Ermm.. Jgn orang salah interpret dan jadi taksub dengan sesuatu kumpulan sudahle lepas baca cite ni..

^^Mastika majalah rojak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2008 12:21 PM | Show all posts
aku percaya je cerita kebesaran Allah yg mcm ni.. lantak la dia tipu ke.. tu urusan dia ngan Allah.. tapi kita yg mendengar ni cuma bleh cakap Subhanallah jelah..

cerita2 ajaib ni mmg byk tapi itulah kalau org yg pikir logik & sains ni mmg x pecaya punye.. mc dlm cerita mastika itulah.. Johan Yahudi..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2008 12:47 AM | Show all posts
..kadang-kadang saya pun berasa malu apabila masyarakat kita percaya kepada cerita tanpa usul periksa...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 10:06 AM | Show all posts
ustaz ni ke yg meninggal sama hari dgn penulis lirik lolok tu,tapi aku tgk bukan kemain tv dok tayang pasal loloq..ustaz ni skit je,tu pun dlm 10 saat gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 11:08 PM | Show all posts

Reply #44 newyork's post

bukan tu la...

ustaz tu baru 2 3 bulan.. nie orang cite 6 tahun dulu kat utara nun...

sp lg klu bkn allahyarham ustaz fadhil noor..

ari tu mmg sedih... dah la sedih sb semalamnya england kalah ngan brazil world cup semi final 2-1.
pas tu dapat berita mcm tu plak.. ms tu plak aku tgah kursus. dan pada minggu yg sama tun dr mahathir umumkan die kan behenti jd PM.

da lama da................   (air mata buaya)
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2008 06:41 PM | Show all posts

Reply #39 green7's post

'Allahu akbar'



[ Last edited by  OSMANLI at 24-6-2008 06:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2008 11:03 PM | Show all posts

Reply #45 mq's post

wakakakaka..
tun madey hilang ntah mane..
camtu la madey..
masa MEMALI pon die leh mlancong..
leh arahkn dr OVERSEA...
bjak2 madey..
akhir ke Kubur jgk..
but..sori..kalu mguris mana2 pihak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 05:43 PM | Show all posts
Kronologi 20hb & 21hb.Jun.2002

10.30 malam - berita keadaan yang mencemaskan mengenai Allahyarham diterima.

1.30 pagi - keadaan Allahyarham dapat distabilkan.

7.00 pagi - berita Allahyarham sedang nazak telah diterima.

10.30 pagi - berita sedih pemergian Allahyarham kita semua terima dari HUKM.

11.30 pagi - jenazah Allahyarham dibawa ke bilik mayat untuk dimandikan, diwaktu inilah kita lihat ribuan rakyat telah memenuhi HUKM.

12.30 petang - jenazah di bawa ke Surau Taman Jaya (bersebelahan HUKM) dengan diiringi dengan laungan takbir serta tahlil disepanjang jalan yang lebih 10,000 orang mengiringinya.

12.45 petang - jenazah dilawati oleh Dymm Sultan Kedah dan telah disolat jenazah sebanyak 6 kali sebelum masuk waktu zohor. Dimana setiap kali solat jenazah lebih 3,000 orang menjadi makmumnya.

1.45 petang - rakan-rakan bukan Islam dan muslimah dibenarkan melawat jenazah di surau taman jaya.

2.30 petang - jenazah dibawa ke lapangan terbang TUDM subang dengan diiringi oleh ribuan kenderaan dan dimaklumkan lebih 5,000 pendokong BA telah berada di Subang.

2.55 petang - jenazah sampai di Subang, dengan sambutan takbir, suasana sungguh pilu kerana rakyat marhaen dengan jumlah lebih 10,000 orang mengiringi jenazah Allahyarham dari HUKM ke Subang.

3.15 petang - maklumat diterima DSAI telah dibenarkan untuk melawat Allahyarham di Subang, Usaha Nurul Izzah dan Nurul Nuha berbincang dengan Pak Lah di Subang telah berjaya untuk membawa DSAI ke Subang. Penerbangan 3.30 petang telah ditangguhkan untuk menunggu DSAI tiba dari Sungai Buluh.

4.40 petang - memandang DSAI lewat tiba dan waktu sudah terlalu lewat, Pesawat TUDM dengan membawa lebih 100 penumpang telah berlepas tepat jam 4.40 petang dari lapangan terbang Subang ke Kepala Batas.

6.00 petang -jenazah tiba di lapangan terbang Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 rakyat marhaen dan terus di bawa ke Darul Ulum di Pokok Sena, apa yang dimaklumkan lebih 100,000 orang telah menunggu di Pokok Sena.

7.00 petang - dengan bantuan pihak polis dan kerjasama orang ramai jenazah selamat ditiba di Darul Ulum, walaupun jalan raya kesesakkan teruk lebih 20 km, kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari Tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km.

7.45 malam - selepas solat maghrib dianggarkan lebih 250,000 rakyat marhaen telah berada di Pokok Sena untuk memberikan penghormatan terakhir ke Allahyarham.

8.30 malam - maklumat yang diterima dari jarak 3km ke Darul Ulum telah tidak boleh dimasuki oleh orang ramai lagi, keadaan amat sesak dan padat. Apa yang dimaklumkan ada penyokong BA yang berjalan kaki sejak 6.30 petang ke Darul Ulum gagal sampai kerana keadaan sesak tersebut.

9.15 malam - jenazah Allahyarham telah diusung ala intifadha dari Darul Ulum ke tanah perkuburan dengan diiringi laugan takbir yang bergempita seluruh Pokok Sena dan sayup-sayup kedengaran sambutan takbir tersebut dari para jamaah yang tidak sampai ke Darul Ulum.

9.30 malam - jenazah selamat dikebumikan.

10.00 malam - upacara bacaan talkin dan tahlil selamat dilaksanakan ditanah perkuburan di hadapan Darul Ulum.

10.30 malam - rakyat marhaen datang bertali arus untuk menziarahi kubur Allahyarham, dan dijangkakan menjelang pagi ini masih ramai yang terus menziarahi serta sedekah bacaan yassin dikubur Allahyarham.

11.00 malam - kami keluar dari kawasan Darul Ulum dengan bantuan unit amal yang memberikan kerjasama kepada kami melalui jalan lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2008 05:47 PM | Show all posts
"Ust Fadzil minta kalau dia meninggal tanam kat sini (muasasah), dulu Pokok Sena ini orang tak mai, tempat jin bertendang, tapi Ust Fadzil beli tanah berpuluh ekar, buat muasasah, buat tempat ceramah,"katanya penuh dalam remang-remang senja petang itu. "Anak pak cik mengaji kat muasasah tu, lepas nie boleh sambung pi Mesir, Al-Azhar.

Ust Fadzil la yang suruh buat muasasah tu dulu. Kami orang kampung terhutang budi dengan Ustaz (Fadzil) kalau tak sebab dia mana ada orang Kuala Lumpur sampai kat Jabi (nama kampung), mana ada orang nak peduli dengan kami,"kata beliau yang sanggub berulang-alik dengan motorsikal 'uzur' yang menghantar orang ramai ke muasasah.

Saya tiba di muasasah tapi tidak boleh masuk untuk melihat jenazah kerana orang terlalu ramai. Ketika itu saya terbayang betapa Datuk Fadzil Nor disayangi oleh rakyat Malaysia dan orang Kedah terutamanya. Saya lihat surau besar di muasasah dipenuhi dengan orang yang membaca Al-Quran, bertahlil dan berzikir. Puluhan ribu lagi di luar terperangkap dalam kesesakan luar biasa di Pokok Sena.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 05:48 PM | Show all posts
Jenazah Ustaz Fadzil yang tiba dengan pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia tiba bersama pimpinan PAS pada jam kira-kira 5.30 dan terus dibawa ke Muassah Darul Ulum dengan ambulan milik Pusat Khidmat Wakil Rakyat PAS Kawasan Pendang.

Jenazah beliau yang diiringi kereta peronda polis telah tiba di Muassasah di bawa ke rumah beliau untuk tatapan terakhir ahli keluarga sebelum di usung ke dalam musolla yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.

Di dalam musolla tersebut, jenazahnya di tempatkan ditengah-tengah musolla untuk memberi peluang kepada ribuan ahli dan penyokong PAS menziarahi pemimpin PAS itu.

Pada jam 9.00 malam jenazah beliau telah disembahyangkan dengan diimamkan oleh Dato
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 05:49 PM | Show all posts
Boleh baca artikel penuh kat sini

http://pas.org.my/index.php?opti ... =1188&Itemid=32

mengalir airmata aku wei... terasa rindu lak kat arwah ayah aku

al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 10:17 AM | Show all posts
meremang bulu roma baca kronologi merun. Betapa kat dunia lagi Allah dah muliakan arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 11:28 AM | Show all posts
menitis gak air mata aku baca kronologi tu..


aku mmg susah nk menangis tp lpas baca tu kuar juga..mmg dihormati tokoh agama negara tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 12:00 PM | Show all posts
Originally posted by thedude at 15-6-2008 09:56 PM
Sahih ke cerita ni ....
Entah2 ni satu lagi cerita ala-ala Neil Armstrong masuk Islam lepas pegi bulan ...
Kawan saya dah jumpa dah Neil Armstrong tu ... dia tak masuk Islam pon ..



aku muskil dgn mastika nih...dulu aku pernah ikut citer dia...tp byk kelentong....jadi aku haramkan mastika mcm haramkan babi....byk yang karut marut...maskita dan metro..sama kepala......... pernah aku baca dan aku tlipon org tu, tp yg jawab lain..siap dgn kata maaf encik, da byk org call no ni..tp saya bukan org itu.......entah siapa yg ambil no saya (mastika)........................
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 11:15 PM | Show all posts
Originally posted by bubpallo at 26-6-2008 12:00 PM



aku muskil dgn mastika nih...dulu aku pernah ikut citer dia...tp byk kelentong....jadi aku haramkan mastika mcm haramkan babi....byk yang karut marut...maskita dan metro..sama kepala....... ...


In tak pernah beli mastika n metro neh... mmg mengarut n hampeh...:@ tp xde ler nk haramkan cam babi....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 03:33 PM | Show all posts
kalau tak nak percaya,  apa kata korang cari dan tanya sendiri si pilot tu kat ## skuadron.  masih ada lagi dia kat sana.  atau tanya la memana geng pilot yang korang kenal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2008 05:37 PM | Show all posts
best glewrh kalo dpt jad....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 03:04 AM | Show all posts
Semuanya cerita yang ditetapkan oleh tuhan untuk terjadi , tiada yang lebih hebat dari tuhan yang menjadikan kesemuanya , tiada yang terkecuali
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 01:57 PM | Show all posts

Reply #16 BateriKOng's post

BILA KERAJAAN HENTI OPERASI MENGHANTAR LAPORAN PALSU KAT RAKYAT...TAPI MASTIKA X ADA SLOT TEKA2 NOMBOR..SELONGKAR ORANG MAIN NOMBOR ADA JADI PAPA KEDANA..SAMA GAK NGAN NEGARA.. PAPA KEDANA DIBUATNYA ITU BELUM 22 TAHUN PERINTAH..TUNGGU 22 TAHUN JADI MALAYA BALIK LER NAMPAKNYA..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.371447 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list