|
Seingat saya dalam buku sejarah dunia SPM (tingkatan 4 & 5) ada menyatakan sememangnya orang-orang Arab zaman jahilliah mmg buta huruf sebab tu bila empangan maarib (Kota saba') pecah mrk x dpt nk baikinya.
Rasullulah buta huruf tapi x buta hati dan akalnya kuat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orgbiasa at 15-9-2008 12:53 AM
salam, pada pendapat saya, nabi muhammad bukanlah seorg yg buta huruf. baginda boleh membaca dan menulis.
rasa nya tidak.. setau aku nabi muhammad tu buta huruf.. memang Allah dah tetap kan.. sebab kalau dia tahu baca & tulis, orang akan kata Al-Quran tu dia yg tulis
wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Yo-Ya at 15-9-2008 12:35 PM
Salam semua.... sepatutnya persoalan ini tak timbul..... memang dalam AL-quran telah dinyatakan bahawa Nabi Muihammad adalah seorang yang ummi. Mengapa Allah menjadikan manusia yang agong lagi di ...
W'salam saudaya Yo-Ya. lama tidak ketemu.
Benar, dinyatakan di dalam al-Quran bahawa Muhammad s.a.w. merupakan seorang nabi yg ummi.
Tetapi, adakah mana-mana ulama, ahli tafsir maupun ahli hadith yg dengan jelas lagi terang menyatakan bahawa erti sebenar Ummi yg termaktub di dalam al-Quran al-Majid adalah Buta Huruf?
sama sekali saya tidak temui melainkan masing-masing hanyalah mengutarakan pandangan mereka.
di sebelah pihak ada yg mengatakan bahawa ia bermaksud begini dan di satu pihak yg lain pula mengatakan begian.
hakikatnya tiada siapa yg tahu apa yg dimaksudkan dengan Ummi di dalam al-Quran.
Apapun, Allah dan rasulNya tidak akan membiarkan hamba-hambaNya terkapai-kapai begitu sahaja dalam memahami dan mendalami isi kandungan Kitab suciNya. setiap perkataan yg mubham, akan ada jua penjelasan dan huraiannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sahabat-sahabat yg dikasihi sekelian,
Sepanjang pembacaan dan pengamatan saya berhubung isu ini, bermula dari kitab-kitab karangan ulama dahulu kala hinggalah ke dewasa ini, tidak ada satu pun yg benar-benar memenuhi keringat saya dalam mencari apakah erti sebenar 'Nabi Ummi' ini. Puluhan buah kitab sudah saya telaah dari kulit ke kulit, namun natijahnya jua sama. "Muhammad itu seorang Ummi, tidak tahu membaca dan menulis". Inilah dia penutup sekian banyak kitab yg ditatapi.
Saya tidak mendakwa mereka, imam-imam mujtahid kita 'tidak benar' dan saya pula seorang yg 'benar' sehingga tidak ada sesiapa pun boleh mengalihkan perhatian saya. dahulu saya jua sama berpendapat dengan mereka. saya juga menerima bahawa Muhammad s.a.w. itu seorang yg ummi. tidak menjadi masalah kerana 'khilaf' di dalam masalah ini tidaklah meruntuhkan tiang aqidah kita. tidaklah pula kita temui alim ulama kita saling mengecam antara satu sama lain kerana isu ini. puluhan tahun sudah saya berkeyakinan begini, seperti lain-lain sahabat saya. Tetapi...
Setelah saya terbaca sebuah buku yg bertajuk "I'jaazul Quran" karangan Allaamah Tamanna 'Imaadi r.h. seorang ulama India yg amat-amat disanjungi saya, pintu fikiran saya mula digoncang sekuat-kuatnya. Tulisan beliau telah membuatkan saya bingung buat seketika. "Rasulullah sebaik-baik ikutan" mula berlegar-legar di benak fikiran saya. "Apa benar Muhammad s.a.w. penghulu sekelian alam seorang yg ummi, tidak tahu membaca dan menulis??" |
|
|
|
|
|
|
|
Nah, tuan-tuan,
Apa yg saya temui di dalam khazanah yg ditinggalkan beliau. biar saya kongsi bersama dan kita nilai bersama.
sejauh manakah benarnya kata-kata beliau, juga dakwaan kita...
(Berikut merupakan terjemahan daripada kitab asal beliau yg ditulis di dalam bahasa Urdu)
Maksud Nabi Ummi
(1) Penduduk Ummul Qura
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
"Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak)." [Al-Jumu抋h: 2]
وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui." [Al-Baqarah: 127]
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." [Al-Baqarah: 128]
رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." [Al-Baqarah: 129]
Saya telah mengemukakan tiga ayat yg berturut-turut iaitu ayat 127, 128, 129 daripada surah al-Baqarah bersama terjemahannya. Di awal perbincangan ini juga saya telah mengemukakan ayat yg kedua surah al-Jumu抋h. Dengan memerhatikan kepada ketiga-tiga ayat daripada surah al-Baqarah ini kita dapat melihat bahawa ayat yg terakhir iaitu ayat yg ke- 129 mempunyai perkaitan dengan ayat yg kedua surah al-Jumu抋h.
Oleh kerana adanya ramalan-ramalan yg terdapat di dalam kitab-kitab Bani Israel sendiri berhubung kebangkitan nabi terakhir (penyudah sekelian nabi), maka sudah tentu sekali mereka ternanti-nanti kebangkitannya. Lalu masyarakat Bani Israel tidak henti-henti memberi peringatan serta memberi ancaman mengenai kebangkitan rasul tersebut baik kepada musyrikin bukan Bani Israel mahupun musyrikin dan muwahhidin Bani Israel sendiri dengan mengatakan bahawa saat kebangkitannya sudah tiba. 揃iar ia datang, nanti kamu akan mendapat balasan amalan buruk dan perbuatan syirik kamu itu |
|
|
|
|
|
|
|
Ertinya, semata-mata perasaan dengki dan iri hati itulah puncanya keinkaran mereka meskipun perkara yg benar telah nyata di hadapan mereka. Dan hakikatnya, dengki mereka itu ialah: 揗engapa nabi terakhir itu datang dari kalangan Bani Ismail? |
|
|
|
|
|
|
|
ada 2 lagi maksud perkataan 'ummi' seperti yg disebutkan oleh Tamanna Imaadi di dalam kitabnya. InsyaAllah, saya akan kemukakan kesemuanya dan kita akan meneruskan perbincangan ini.
-Bulan puasa pun sibuk juga.. ingatkan dah lapang boleh jenguk-jenguk sini.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
baik penulisan saudara
sila teruskan
SEMOGA RAMAI YANG MENDAPAT PELAJARAN |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #47 Tie_Nan_Aima's post
nampaknya tuan tidak lengkapkan terjemahan ayat 158 dari surah al a'rooof ....
di dlm ayat 158 dari surah al a'rooof itu ada ayat yg berbunyi :
" FA AAAMINUUU BILLAHI WA ROSULIHIN NABIYYYIL UMMIYYI hingga akhir ayat "
( MAKA BERIMANLAH KAMU KPD ALLAH DAN RASUL NYA, NABI YG UMMIYY ... )
dan ayat sebelumnya yaitu ayat 157 dari surah yg sama jugak yakni surah al a'rof berbunyi :
" ALLAZIIINA YATTABI'UUUNAR ROSUUUULAN NABIYYAL UMMIYYA hingga akhir ayat "
( (YAITU) ORG2 YG MENGIKUT RASUL, NABI YG UMMIYY .... )
sebenarnya, kalimah UMMIY itu tidaklah sama dgn kalimah UMMU kerana kadang2 kalimah UMMU ( maknanya ibu ) yg terdapat di dalam ALQURAN itu kadang2 boleh jadi makna IMAM/PEMIMPIN yakni ( jamak taksir ) menurut kaedah ilmu lughoh ....
contohnya :
FIRMAN ALLAH SWT :
" YAUMA NAD'UU KULLA UNAAASIN BI IMAAMIHIM "
( ( INGATLAH) SUATU HARI ( YG DI HARI ITU) KAMI PANGGIL TIAP2 UMMAT DGN PEMIMPINNYA )
ayat 71 surah al a'roooof ....
kerana kejahilan setengah2 org tentang ilmu sorof ( cabang ilmu LUGHOH/grammar arab ), maka telah diterjemahkan ayat itu " DI PANGGIL TIAP2 UMMAT DGN IBU NYA " ....
nampaknya peranan 14 ilmu yg di gariskan oleh ulamak mufssirin itu penting bagi mereka yg ingin memahami AYAT ALQURAN apalagi yg bersangkutan AYAT2 MUTASYABIHAAAAT ( kesamaran ) ....
WALLAHU A'LAM ....
[ Last edited by sirri_khafi at 7-10-2008 02:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam
masih tak salah jika IBU digunakan
tetapi dalam bahasa malaysia pun ISTILAH IBU itu pun banyak tafsirannya kannnn!!!!!
jadi diri sendirilah yg MENENTUKANNYA
dgn ILMUNYA sendiri
adakah NABI dan para sahabatnya belajar 14 jenis ilmu
utk memahami AL QURAN????????
atau SIAPAKAH sebenarnya YANG MENJAGANYA???????????????????????????????????????????? |
|
|
|
|
|
|
| |
|