CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8689|Reply: 4

Banjir Besar dan kesan-kesannya -

[Copy link]
Post time 19-6-2008 06:48 AM | Show all posts |Read mode
Giliran amukan bah

Oleh SUBASHINI RAJANDRA

Selepas menerima bencana gempa bumi buruk yang mengorbankan lebih 70,000 nyawa, China bagaikan tidak mendapat restu alam untuk menganjurkan Sukan Olimpik apabila kini menerima ancaman banjir.


KETIDAKTENTUAN cuaca memberi kesan yang mendalam ke atas ekonomi
dunia termasuk menyebabkan harga makanan ruji melambung tinggi



TINGGAL hanya beberapa minggu sebelum Sukan Olimpik bermula, China sekali lagi dihimpit dengan bencana yang datang tanpa amaran. Sejak awal tahun lagi, kuasa besar di Asia ini telah menghadapi beberapa rintangan alam dan kerugian besar sehingga mencabar kerajaan China yang kini terpaksa berdepan dengan satu perubahan cuaca yang drastik.


Penduduk-penduduk malang dari wilayah Guizhou, Sichuan dan Yunnan di China telah melalui detik masa yang cemas sejak bulan Januari dan Februari lalu apabila dilanda cuaca sejuk melampau yang diikuti dengan ribut sejuk. Sebelum itu, wilayah berdekatan dengan Sichuan ditimpa malapetaka gempa bumi yang mencatatkan magnitud 7.8 pada skala Richter. Hampir 70,000 nyawa melayang dalam tragedi alam itu.



MUSIM hujan lebat dan berpanjangan ini berlaku kerana perubahan cuaca global.

Belum pun sempat menarik nafas lega ekoran gempa bumi pada Mei lalu, rakyat China dikejutkan pula dengan musibah banjir hasil daripada hujan lebat sejak minggu lalu. Banjir besar ini telah meragut lebih 50 nyawa sekali gus memberi tekanan kepada kerajaan untuk memindahkan kira-kira 1.3 juta penduduk ke kawasan selamat.

Menurut laporan media tempatan di China, hujan lebat akan berterusan selama beberapa hari lagi dan tahap air di Sungai Wujiang telah meningkat kepada 259 meter (79 kaki) iaitu jauh lebih tinggi daripada tahap berbahaya pada bacaan 65.6 meter (20 kaki).


BIARPUN kedudukan bandar Beijing dan kawasan banjir jauh,
namun impak kerugian pasti dirasai oleh kerajaan China yang bakal
menganjurkan Sukan Olimpik pada Ogos ini.



Dilaporkan hujan tanpa henti telah menaikkan lagi tahap air di hilir sungai terutama di kilang penjana kuasa Guangdong. Ini kerana kawasan itu dijangka menerima hujan paling tinggi dalam tempoh 10 hari lagi. Guangdong juga merekodkan jumlah kematian tertinggi iaitu 20 orang manakala lapan orang masih belum ditemui.

Jalan raya dan rumah-rumah berdekatan dengan Sungai Xijiang di Guangdong juga tenggelam sepenuhnya dalam kejadian banjir paling buruk dalam tempoh 50 tahun yang melanda Delta Sungai Pearl. Kesannya, hampir 5.8 juta penduduk merasai tempias di 17 buah bandar. Sebanyak 45,000 rumah juga dilaporkan telah musnah dan 140,000 lagi rosak teruk.

Dalam pada itu, harga sayur meningkat sehingga 70 peratus di empat buah bandar dan kerugian ekonomi ditaksirkan RM4.9 juta.



BANJIR yang membadai kawasan persekitaran Florida di Amerika Syarikat

Dalam satu kejadian lain, bandar Iowa di Amerika Syarikat turut mengalami nasib yang sama. Sebanyak 16 buah bangunan di Universiti Iowa telah dilimpahi air termasuk salah satu bangunan yang direka oleh arkitek tersohor, Frank O. Gehry.

Datuk Bandar Iowa, Regenia Bailey berkata, sebanyak 500 hingga 600 penghuni rumah telah diarahkan meninggalkan kawasan kediaman. Ini tidak termasuk ratusan penduduk lain yang menerima pemindahan secara sukarela. Bandar ini bagaimanapun tidak mempunyai anggaran bilangan rumah yang telah ditenggelami air.

Banjir ini menyusul selepas hujan tanpa henti selama 12 jam sehingga paras air mencecah kepada 11 inci atau 27.9 sentimeter.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


saya buka thread pasal bah or banjir ni secara umum... sebab kita discuss tentang banjir2 besar
yang terjadi di serata dunia dan impact dia pada masyarakat setempat dan negara terbabit..

natural disaster seperti banjir.. memang susah dan hampir mustahil dibendung.. - even dengan
benteng yang tinggi.. terusan dibina.. or empangan didirikan.. --  kuasa air tu sangatlah kuat -
in fact lebih kuat dari bricks -  kita tengok aje la bila tsunami dulu - hentam rumah2 terus dibawa
lari -

anyway - sini bukan nak cerita pasal tsunami - tu nanti thread lain - tapi nak cerita tentang kejadian
banjir dan macamana kita nak cope dengan masalah ini --   malaysia juga prone dengan banjir besar -
walau tak sebesar di china or india or bangladesh or usa  yang mana di negara2 tersebut kejadian ini
mengorbankan beratus ratus mangsa dan memusnahkan harta tanaman, livestock.. berjuta juta dollar -

kerajaan boleh ambil jalan untuk tangani bagi reduce kan banjir besar.. walaupun ada ketikanya -
ianya still tak dapat dibendung - dan terpaksa hadapi nya dengan sebaik mungkin... yang paling penting
kena pindahkan mangsa2 tu ditempat yang lebih selamat -

saya ada tengok live satu kejadian banjir besar dekat missouri river - di mana sungai nya melimpah dan sapu
semua rumah2 within 1 km dari tebing missouri..  - air dia begitu kuat.. 1 min kita tengok rumah mansion
tersergam indah... the next minute after the water langgar dia - it's gone.. tak ada dah.. just like that -

untuk cope tu - memang traumatic - kalau di malaysia sendiri - ramai yang dah alaminya masa banjir besar
di kelantan dan johor ...penduduk terpaksa hadapi dengan tenang dan pick up balik pieces dan start
rebuilt new life after flood .. life still has to go on.. dan people just always have to keep aware and
preparation is a must..  sebab disaster begini datang tanpa dirancang -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2008 01:46 AM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

lama dah thread ni .. sukan olimpik pun dah selamat

anyway .. kalau nak cakap pasal banjir .. tak kira aa banjir yg biasa atau luarbiasa,
kemusnahan bukan je setakat benda2 yg kita nampak dgn mata kasar;
contohnya macam rumah & harta benda rosak, tanaman rosak, ternakan mati ..
tapi lebih daripada tu sebenarnya ..

kemusnahan dek banjir besar .. bukan setakat "surut je air, legaa" .. tapi lebih drpd tu ..
penyebaran penyakit - terutamanya taun & penyakit kulit .. sumber air yg tercemar ..
lagi .. kalau melanda kat negara2 yg agak miskin - masalah kebuluran & stok ubat2
dan lagi .. support dari segi psikologi .. dgn traumanya lagi .. haihhh!

secara kasarnya - kita memang tak bleh nak lawan kalau ia nak terjadi
dan kadang2 benda tu jadi disebabkan kita - manusia - sendiri ..
ngan masalah sungainya .. ngan masalah sistem perparitannya
pastu ngan idea dan projek yg bijak - tambak sungai, kambus sungai ..
tu belum lagi cerita bab projek yg sangat bijak = "meluruskan sungai" lagi! hahaa

so, kalau kita takleh nak prevent (rasanya takleh pun), apa yg kita patut buat?
persediaan? persediaan yg camne?

mantapkan jabatan kaji cuaca supaya bleh kesan ribut taufan/awan yg 'berat' lebih awal?
sediakan alat yg lebih canggih utk kesan abnormaliti (kekuatan arus/peningkatan aras) sungai?
ataupun kenalpasti kawasan2 potensi banjir & bina tempat perlindungan kat tempat tinggi?
or .. kaji balik segala sistem perparitan/saliran & 'pulihkan' balik sungai2?

kat atas kertas, mungkin kita boleh listkan segala punca/akibat/cara mengatasi
tapi kalau cuma atas kertas & takde aplikasi - memang takde guna jugak ..
& kalaupun kita aplikasikan - adakah mungkin boleh 'melawan' forces of nature?

akhirnya - ambik jalan mudah - MARILAH KITA MELURUSKAN SUNGAI
adoiii .. tak tahan betul ngan idea bijak tuh .. hahahahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 05:26 PM | Show all posts
banjir kt luar nie kalo compare ngan banjir tpt kiter cam lg teruk kt sane kan..pastuh nk tunggu surut tuh makan 1-2 minggu gak tuh...isk
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 12:26 PM | Show all posts
perghhh air kumbahan campur ngan air banjir.......

pastu sedap jer org main2 air........
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 14-11-2008 12:26 PM

perghhh air kumbahan campur ngan air banjir.......

pastu sedap jer org main2 air........


sebab tuh kesan banjir besar nih agak teruk sebenarnya

bukan takat harta benda jek rosak .. tapi alam sekitar .. bleh libatkan nyawa jugek

penyebaran penyakit .. pastuh sumber air yg tercemar .. camner nak minum kalau air tercemar kan?

kalau tempat yg kena banjir tuh bergantung penuh pada hasil pertanian kat kawasan tuh, lagik aa haru

of cos tanaman akan musnah jugek .. camner ndak makan kalau takder sumber?

nih secara tak langsung, MUNGKIN akan affect EMOSI mangsa2 banjir nih

lelebey lagik kalau bantuan tuh lambat disalurkan .. memang akan pengaruhi emosi deme
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.401844 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list