CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Syd

Spa Ikan

[Copy link]
Post time 27-2-2009 03:45 AM | Show all posts
penah tanyer kat kedai ikan kat belakang zoo negara...

Cina kedai tu jual pam dgn bekas 4 segi plus 100 ekor ikan (ni rasenyer bukn spesis dari Turki kot..masa kak try letak tangan dia keremun gak..tapi keremun kebulur tak makan kot) harga RM280...

kak tak beli..tgk ada mamat sorang beli untuk family dia rendam kaki sebab tak larat nak bayar 15 minit RM5 kat Carefour..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2009 09:46 AM | Show all posts
OOoo aku ingat anak ikan talapia.. namapak cam sama jerk
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 06:33 PM | Show all posts
last year, my hubby try fish spa nie kat sungai wang plaza.... RM 20++ kot (x ingat rate sebenar dia)

kelakar gak tengok dia buat..... sbb dia memang x tahan geli.....   

nie ada few pics....








Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 11:21 PM | Show all posts
kat pudu seekor rm1.50 eh?apa nama kedai 2?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2009 07:42 PM | Show all posts
Kulit cantik selepas digigit ikan

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


DEKORASI dan landskap menarik yang dihasilkan di Aquaria Fish Spa memang berbeza dari spa ikan lain.

BANYAK cara untuk berehat, merawat serta memanjakan tubuh. Nikmatnya juga tidak terhad kepada kesegaran minda dan tubuh badan sahaja, malah memberikan kulit yang lebih bersih dan cerah.

Inilah cara terbaru Aquaria 'mengekspoitasikan' ikan-ikannya kepada pengunjung. Jangan risau ini bukan ikan yang biasa dilihat di sebalik 'akuarium gergasi' di Aquaria, sebaliknya ikan-ikan kecil istimewa dinamakan Turkish Garra Rufa.

Pengurus Kanan bahagian Pemasaran Aquaria, Stephen Ronee Lau berkata, Garra Rufa atau yang biasa dikenal dengan Nibble Fish ini memiliki kemampuan semula jadi dengan memakan sel-sel kulit mati.

"Garra Rufa yang terdapat di spa ikan Aquaria ini diimport dari Turki. Sebanyak lebih 2,000 ekor ikan bersaiz lebih kurang satu inci terdapat di spa ikan Aquaria ini.

"Beberapa profesor di Turki memberi jolokan ikan Garra Rufa ini sebagai doctor fish kerana sifatnya yang memakan sel kulit mati pada kulit manusia seterusnya menghasilkan kulit yang lebih cerah dan sihat," jelasnya ketika ditemui di KLCC, baru-baru ini.

Stephen berkata, tidak seperti spa ikan lain, di Aquaria ia direka dalam suasana yang sungguh selesa berserta landskap menarik.

"Kebanyakan spa ikan berbentuk kolam tapi di Aquaria, ia direka dengan bentuk yang lebih dinamik dan sesuai untuk setiap ahli keluarga. Spa ini juga boleh memuatkan hampir 200 pengunjung pada satu masa dan ruangnya terbahagi kepada dua bahagian.

"Lebih menarik, sambil menikmati gigitan ikan, pengunjung boleh merehatkan minda dengan melihat ikan berenang di dalam akuarium yang ada di hadapan mereka," tambahnya.

Menurut Stephen, selain akuarium, spa ikan ini juga memaparkan skrin khas yang memberitahu waktu rawatan untuk setiap pengunjung. Jadi pengunjung tidak perlu sentiasa melihat jam tangan mereka atau terlepas waktu.

"Pengunjung yang datang ke spa ikan ini perlu membersihkan kaki dengan menggunakan antiseptik. Setelah dibersih dan dikeringkan, pengunjung boleh mula memasukkan kaki ke dalam kolam yang berisi ikan Garra Rufa.

"Tidak sampai seminit, ikan-ikan ini akan mula mendekati kaki dan ia akan bertumpu di bahagian yang banyak terdapat banyak kulit mati.

"Pengunjung spa ikan tidak perlu risau kerana ikan Garra Rufa ini mempunyai bentuk mulut yang berbeza dari ikan-ikan lain. Bibir atasnya lebih panjang dan menutupi bibir bawah, jadi ia tidak menggigit dan meninggalkan kesan luka pada kulit manusia," jelas Stephen lagi.

Beliau menambah, pengunjung yang ingin melihat hasil yang lebih baik perlu membiarkan ikan-ikan ini menggigit kaki mereka selama lebih kurang 20 hingga 30 minit. Pengunjung juga tidak perlu risau kesejukan kerana suhu air tidak begitu sejuk.

"Airnya sedikit hangat bukan sahaja untuk memberi keselesaan kepada pengunjung tetapi menepati habitat ikan yang hidup dalam suhu air seperti itu di negara asalnya, Turki. Selain itu oksigen dan penapis dipasang bagi memastikan kondisi ikan tetap stabil.

"Mengikut konsep saintifik, ikan Garra Rufa memilih kulit mati sebagai makanan mereka. Proses gigitan ikan kulit manusia ini sebenarnya adalah proses micro pelling effect yang bertindak membersihkan sel-sel kulit mati dan merangsang pertumbuhan kulit baru yang lebih halus dan elastik. Selain memperbaharui kulit dan melancarkan peredaran darah, ikan Garra Rufa juga akan merangsang titik akupunktur yang akan membuat sistem saraf menjadi lebih rileks," ujarnya yang menyarankan ahli keluarga untuk menikmati spa ikan di sini.

Penulis juga mengambil kesempatan mencuba pada jari jemari sendiri. Rasanya? Yang pastinya tidak sakit cuma siapa yang tidak tahan rasa geli pasti akan menjerit bukan kerana sakit tapi geli!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 04:22 PM | Show all posts
hari tu ada pegi kat klcc nya tu..sebelah aquaria tu..masa tu promotion..mmg geli mula2.tapi lama2 best..rasa best je lepas tu..kat situ mmg guna ikan gara tu..ada 3 spesis kut... paling geli kalau yang besar gigit..huhuuh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2009 12:45 PM | Show all posts
mey pun pnh try fish spa ne tp rupa ikan ne cam bukn garra rufa jek.. rendam kaki jer dah rasa geli klu satu bdan tak tau la camno..

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 12:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.093461 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list