CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1652|Reply: 9

1 REJAB = 4 JULY 2008

 Close [Copy link]
Post time 3-7-2008 11:02 AM | Show all posts |Read mode
1 REJAB = 4 JULY 2008


1 REJAB = 4 JULY 2008
  

BULAN REJAB

Salam..

Pada 4 Julai   2008 (Jumaat)   kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah   saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH  swt, maka:?  

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari  dalam bulan ini dengan ikhlas, maka  pasti ia  mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab  1428/Isra Mi'raj (Rabu,  30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa  2 hari  di bulan Rejab akan mendapat  kemuliaan di sisi ALLAH swt  

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari  yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4,5 dan 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900  tahun berpuasa  dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat  

5. Barang siapa berpuasa 5 hari  dalam bulan ini, insyaallah permintaannya  akan dimakbulkan Allah  swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari  dalam bulan ini, maka ditutupkan 7  pintu neraka  Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga  

7. Barang siapa berpuasa 15 hari  dalam bulan ini, maka ALLAH swt  akan mengampuni dosa-dosanya  yang telah lalu dan menggantikan kesemua  kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari  puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."   

Sabda Rasulullah saw lagi :"ada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai  yang airnya lebih manis dari  madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu  saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"   
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang   membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab   ini."  

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama  Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu   Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian  beliau berdoa kepada ALLAH swt.   Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau   menangis?"  Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas  mereka."  

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu  berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya  mereka tidak akan disiksa di dalam kubur."   Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan   beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa  kubur?"  

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya  sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu  hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat  karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa  satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."  


*jom pose esok!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2008 11:04 AM | Show all posts
mod nape thread ni tecampak kat sini..aku post kat muslimin & muslimat..tp last2 dok kat cni..tlg movekn..tq
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 11:27 AM | Show all posts

Reply #1 addicted's post

Tak pasti tentang ini. Sila rujuk dengan yang lebih arif.

~Justeru itu hadith-hadith palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen. Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.

Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama. Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-Sunnah yang pasti kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadith. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadith al-Azhar):~

Link => http://al-qayyim.net/web/index.p ... ;id=47&Itemid=2
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 11:51 AM | Show all posts
sume post rini sesat masuk sini.. adoyai..

mmm esokla 4/7.. pg td bgn nk g keje pn tingat nk tgk kalendar.. sok bleh la yer pose..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 11:59 AM | Show all posts
ooo.. agaknya ari nih , semua posting masuk sini takkk.. tunggu jap lagi ..kot kot ada posting politik ke.. current issue ke masuk sini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2008 12:11 PM | Show all posts

Reply #3 HarizAzhari's post

ni bknnye citer pasal bidaah or khurafat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2008 12:15 PM | Show all posts

Reply #6 addicted's post

Ye la. Tapi bab ganjaran tu le. Memang sahih ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2008 12:19 PM | Show all posts

Reply #7 HarizAzhari's post

ganjaran tu aku rasa perkara kedua..yg pertama apa skali pon perbuatan kita adalah atas niat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2008 12:39 PM | Show all posts

Reply #8 addicted's post

Yup betul. Tak perlu la tengok bila ada ganjaran hebat - hebat, baru nak sibuk buat ibadat. Sama jugak macam sembahyang terawih masa bulan puasa.

Itu yang lebih dikejar, walhal ramai yang tak menjaga sembahyang fardhu mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2008 11:54 PM | Show all posts
Saya tutup lah thread ni yer

Tiap-tiap tahun thread begini keluar, sedangkan fadhilat puasa rejab ni tak sahih. Nak puasa, puasa lah.. tapi jangan lah meletakkan fadhilat itu ini kalau puasa begitu begini pula

Kalau nak juga sambung, refer ke thread ni :

http://forum3.cari.com.my/viewth ... p;extra=&page=1

next year kena buat auto-delete
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.060820 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list