Maklumat di bawah ini yg dipetik drp buku : Abdul Aziz Hussain (1991), Undang-undang Jenayah di Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 133-134
Seksyen 286, 287, 288, 289, 290 dan 291 Kanun Acara Jenayah menghuraikan tentang kaedah menggenakan hukuman (sebat). Mengikut seksyen-seksyen ini :
1-
Hukuman sebat dijalankan pada masa dan tempat seperti yang ditetapkan oleh mahkamah.
2-
Hukuman tidak boleh dijalankan apabila orang itu merayu di mahkamah rayuan atas hukuman yang dikenakan sehingga mahkamah rayuan membuat hukuman sedemikian juga.
3-
Hukuman sebat dijalankan seberapa segera yang boleh (tetapi selepas tujuh hari ia dijatuhi hukuman itu).
4-
Jumlah hukuman sebat mestilah disebut oleh mahkamah, misalnya 3 rotan, 6 rotan dan sebagainya.
5-
Rotan yang digunakan mestilah tidak lebih daripada setengah inci besarnya.
6-
Hukuman sebat tidak boleh dijalankan secara ansuran (instalments).
7-
Dalam keadaan biasa, seorang doktor perlulah hadir dan mengesahkan orang itu sesuai menerima hukuman sebat.
Walaupun hukuman sebat boleh dikenakan pada kesalahan-kesalahan tertentu, tetapi terdapat beberapa golongan orang yang hukuman sebat tidak boleh dikenakan (walaupun kesalahan yg dilakukan oleh orang itu, memperuntukkan hukuman sebat boleh dikenakan). Mengikut Seksyen 289 Kanun Acara Jenayah, orang berikut tidak boleh dihukum rotan (sebat) :
i.
Perempuan.
ii.
Lelaki yang telah dihukum mati.
iii.
Lelaki yang dalam pertimbangan mahkamah umurnya telahpun lebih daripada 50 tahun.
Dengan ini, penjenayah perempuan, penjenayah yang akan menerima hukuman gantung sampai mati dan penjenayah tua yg berumur lebih 50 tahun, tidak akan menerima hukuman sebat. |