|
Semenjak sekarang ni ada "isu panas" yang menghasilkan cadangan-cadangan di mana seseorang itu bersumpah atas nama Allah dengan Al-Qur'an, saya nak tanya, kpd sesiapa yang mengetahui, bolehkah seseorang itu bersumpah seorang diri, untuk membersihkan namanya? Contohnya dia kata jika dia tidak bercakap benar maka laknat Allah turun kepadanya... sbg nya?
Atau perlukah orang lain turut serta? |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya org bersumpah bgtau org lain utk membuktikan diri tak bersalah
|
|
|
|
|
|
|
|
sumpah dlm YM/chatting dengan nama ALLAH leh pakai ke..?
THANK IN ADVANCE |
|
|
|
|
|
|
|
Harus bersumpah dengan nama Allah berdasarkan hadis ini - Daripada Abdullah bin Umar bin al-Khattab ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 揝esungguhnya Allah melarang kamu bersumpah dengan selain Allah, maka sesiapa yang ingin bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau diam saja (jika tidak mahu dengan nama Allah). - (Riwayat - Bukhari dan Muslim)
Cara sebutan sumpah...
1 - wallahi ..... bla bla..
2 - watallahi.... bla bla..
3 - wabillahi... bla bla...
manakala kifarat sumpah pula ialah memerdekakan seorang hamba, kalau tdk didapati maka hendaklah memberi makanan kpd spuluh orang miskin atau pakaian utk mereka atau hendaklah ia berpuasa selama tigahari
''Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamaNya) supaya kamu bersyukur.'' maksud Al Maidah : 89.
~ sumpah yg menyalahi hukum adalah terbatal dgn sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 True-X\ catat
Rasanye boleh ... asalkan mengikut cara sebutan sumpah di atas. |
|
|
|
|
|
|
|
Bersumpah ni kalau dah tiada jalan lain selain dari pengakuan. Contoh macam kes liwat yang tiada saksi dan tiada bukti. Yang buat repot kata kena liwat tapi tak ada bukti. Bukti yang ada pun boleh check anu dia. Tapi itu pun belum boleh bukti siapa liwat atau sebab kena liwat. So yang mendakwa tu yang sebenarnya kena bawakan bukti. Yang didakwa ni sepatutnya duduk rilek jer.
Tapi kes Malaysia ni dah terbalik. Yang kena dakwa pulak kena beban cari bukti.
Sebagai jalan keluar kepada yang mendakwa, boleh bersumpah dia kena liwat oleh si polan. Kemudian barulah si polan dibeban untuk mencari bukti. Kalau tak ada juga bukti atau alibi, baru boleh bersumpah. |
|
|
|
|
|
|
|
kalu betol2 kau x buat dan kau bersumpah utk elak dr dituduh ok la..kalu bersumpah kerana semata2 nak
selamatkan diri dosa la |
|
|
|
|
|
|
|
Contohnya dia kata jika dia tidak bercakap benar maka laknat Allah turun kepadanya... sbg nya?
ni macam bukan bersumpah tetapi macam berdoa minta bala.
[ Last edited by ibnur at 7-7-2008 09:26 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|