CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5064|Reply: 4

Muzium Tentera Darat - Khazanah Pejuang Negara -

[Copy link]
Post time 10-7-2008 06:28 AM | Show all posts |Read mode
Khazanah pejuang negara

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL


Bangunan Muzium Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan.

PORT DICKSON 9 Julai - Sebaik melangkah ke Muzium Tentera Darat di sini, hati terasa bagaikan sebahagian daripada 'keluarga' Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Apa tidaknya, pengunjung akan disajikan kisah perjuangan, keringat, darah, nyawa dan air mata ATM yang mana pastinya tidak akan membuatkan sesiapa pun merasa bosan ketika menyingkap kembali pelbagai khazanah, artifak, koleksi dan peralatan ketenteraan.

Semua yang dipamerkan di muzium ini merupakan saksi sebuah perjuangan demi mempertahankan kedaulatan negara tercinta ini.

"Ini adalah ikon sektor pelancongan yang baru, sebuah muzium yang menceritakan segala-galanya perjuangan tentera darat," kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said baru-baru ini.

Kata beliau, sebagai satu lagi produk dan tarikan pelancong, ia sewajarnya menjadi pusat sumber ilmu dan rujukan kepada generasi akan datang dalam mendekatkan diri kepada bidang ketenteraan khususnya dalam cabang tentera darat.


"Kita mahu generasi akan datang mengenang perjuangan pasukan tentera terdahulu, bagaimana mereka mempertahankan negara. Semua ini dikisahkan dalam Muzium Tentera Darat dan ia cukup penting untuk pemahaman di kalangan generasi akan datang," kata Azalina.

Ilham menubuhkan Muzium Tentera Darat ini tercetus sejak tahun 1989 dan pada tahun 1999. Port Dickson telah dipilih untuk lokasi 'pencarian muzium' ini bersempena dengan kelahiran Tentera Darat yang pertama iaitu pada 1 Mac 1933.

Konsep muzium ini mendapat perakuan kerajaan pada 31 Disember 2001 dan bermula tarikh tersebut kompleks yang dahulunya merupakan Pusat Latihan Asas Tentera Darat itu bertukar wajah menjadi lokasi strategik pelancongan di negeri dan dalam negara ini.

"Melihatkan keunikannya, maka Muzium Tentera Darat ini pernah merangkul tempat kedua Anugerah Pelancongan Malaysia pada tahun 2006 dalam kategori Tarikan Warisan (National Heritage)," kata beliau.

Satu lagi yang menarik dalam muzium ini ialah paparan yang berkonsepkan informatif dan interaktif, sesuai dengan aspirasi masa kini selain persembahan audio visual 'Pepper Ghost' yang pertama seumpamanya di Malaysia.

"Anda juga boleh melihat suasana malam di pelabuhan Melaka dan penjelajahan terowong bawah tanah Parti Komunis Malaya," kata Azalina.

Sementara itu, pengunjung yang datang ke muzium ini juga memaparkan suasana kesultanan Melayu Melaka, di mana wilayah itu suatu ketika pernah digelar 'Venice Timur' berikutan hubungan jalan laut yang popular di era perdagangan antara Timur dan Barat.


Ia juga menjadi titik pertemuan budaya Melayu, Cina, India, Arab, Portugis, Belanda dan Inggeris.

Antara yang menarik di dalam Muzium Tentera Darat ini ialah penjelajahan yang merasakan seolah-olah anda berada di era mereka.

Contohnya ketika melalui era Portugis (1511) dan Belanda (1641), pengunjung akan dapat menyaksikan berbagai senjata di era penjajah itu selain replika struktur Porta Da Santiago yang menjadi bukti kewujudan kota bersejarah A' Famosa dan bangunan Stadhuys.


Tidak cukup dengan perkembangan dua penjajah itu, pengunjung yang memasuki muzium ini akan terus teruja apabila dibawa menjelajah ke era British di Tanah Melayu.

Di sini dipaparkan 'Perjanjian Pangkor' pada tahun 1874, di mana bermulanya dasar campur tangan Inggeris di Tanah Melayu, yang mana menyaksikan penentangan pahlawan Melayu seperti Datuk Maharaja Lela di Perak, Tok Janggut di Kelantan, Abdul Rahman Limbung di Terengganu, Datuk Bahaman dan Mat Kilau di Pahang serta Datuk Kelana di Sungai Ujong.

"Sebab itulah amat penting untuk generasi muda hari ini menghayati perjuangan pahlawan terdahulu dalam mempertahankan negara ini di muzium unik ini," kata Azalina.

----------------------------------------------------------------------------------------------

last few weeks masa saya cuti - my family and i went to port
dickson -just family gathering etc... kami singgah juga di Muzium
ATM ni  on the way - just to find out what's going on in there -
a very interesting place - saya memang suka masuk muzium -
especially banyak sejarah2 yang dapat kita pelajari --
yang best tengok all different kind of weapons the soldiers
or people used before -- hand made weapons -
memang banyak information pada kita..  lots of things we
can learn.. kalau ada anak2 bawa juga mereka - i am sure
they gonna enjoy this museum -

kalau ada sesiapa yang kelapangan - saya urge datang sini -
saya pergi lagi sekali insyaallah next sunday - kalau sempat
singgah - sebab plan nak gi tengok anaconda kat ulu bendul tu -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2008 07:27 AM | Show all posts
pernah lalu je tp x pernah singgah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2008 08:11 AM | Show all posts
Setakat ni, MUzium TD kat PD merupakan muzium tentera terbaik di Malaysia yang saya pernah pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2008 06:25 PM | Show all posts
Antara Muzium Tentera Darat kat Port Dickson ni dengan Muzium ATM yang dekat ngan Mindef,korang rasa yang mana lebih menarik dari segi pameran dan persembahannya?

Aku minat nak gi nanti ni.

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 09:47 AM | Show all posts

Reply #4 jkkkj's post

Muzium TD (sebab lagi baru kot?)

Cuma bagi aku, pentadbir muzium ketenteraan kat Mesia ni kena bawak melawat muzium macam Imperial War Museum...kasi up kita punya presentation
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.046652 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list