CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2610|Reply: 1

Qantas mendarat cemas, ada lubang 3 m kat bawah pesawat!!

[Copy link]
Post time 26-7-2008 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Cemas, pesawat berlubang


GAMBAR ini menunjukkan detik-detik cemas ketika
pesawat Qantas kehilangan tekanan di angkasa.

SEBUAH pesawat Boeing 747 milik penerbangan Qantas terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy, Manila, Filipina selepas badan pesawat tiba-tiba berlubang.

Beberapa pegawai dan penumpang menceritakan saat-saat ngeri apabila pesawat itu yang berlepas dari London dan berhenti seketika di Hong Kong itu, menjunam lebih 6,000 meter.

"Kami terdengar satu letupan kuat diikuti cebisan-cebisan kayu serta serpihan berterbangan ke kelas pertama dan topeng-topeng oksigen terjatuh ke bawah," kata seorang penumpang dari Melbourne, June Kane.

"Kami diberitahu satu pintu belakang berlubang akibat letupan tetapi apabila saya melihat ke arah pesawat, terdapat satu lubang yang besar.
"Saya amat takut ketika itu, tetapi saya dapat katakan setiap penumpang masih kelihatan tenang," tambahnya.

Kenyataan Kane sama dengan keterangan penumpang-penumpang yang bercakap kepada media di lapangan terbang selepas kejadian itu.
"Selepas sejam berada di udara, terdapat satu letupan kuat, selepas itu pesawat itu mula menjunam," kata seorang lagi penumpang Marina Scaffidi, 39, juga dari Melbourne.

"Terdapat angin pusaran kuat di sekeliling pesawat dan insiden kehilangan tekanan," tambahnya.

Wanita itu memberitahu, lubang itu bermula dari tempat kargo hingga ke kabin penumpang.

" Pesawat itu menjunam tetapi tidak terlalu laju," katanya sambil menambah pesawat itu berada di Laut China Selatan apabila krew memaklumkan mereka mengubah hala ke Manila.

Seorang jurutera dari Melbourne yang turut berada di dalam pesawat ketika insiden itu berlaku, Michael Rahill, 57, berkata, letupan itu kedengaran seperti tayar meletup, tetapi lebih kuat


Penumpang-penumpang dibawa ke beberapa buah hotel di Manila sambil menunggu untuk menaiki sebuah lagi pesawat ke Melbourne pada lewat semalam.



BEBERAPA pekerja dan anggota keselamatan berdiri
dekat lubang yang terbentuk di pesawat milik Qantas
di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy, Manila semalam.



Selepas kejadian, pesawat tersebut ditunda ke sebuah hangar di Manila.

Satu siasatan sedang dilakukan untuk mencari punca terbentuknya lubang berdiameter tiga meter di badan pesawat tersebut berhampiran dengan sayap kanan.

Seorang jurucakap penerbangan Australia berkata, pesawat yang membawa 346 penumpang dan 19 krew itu kini diperiksa di Manila dan bagasi dilihat terkeluar di lubang tersebut.

Timbalan Pengurus Operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy, Octavio Lina pula memberitahu setakat ini, tiada sesiapa yang cedera dalam insiden yang mencemaskan itu.

Namun, menurutnya, beberapa penumpang didapati muntah-muntah selepas dibawa keluar dari pesawat.

Dalam satu kenyataan, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berkata, Boeing 747 itu sedang terbang pada ketinggian 8,839 meter apabila krew terpaksa menurunkan pesawat.

Tindakan itu dilakukan selepas satu bahagian pada badan pesawat terpisah dan kabin kehilangan tekanan dengan mendadak.

"Anda melihat lubang itu dan menyedari bahawa kami benar-benar bernasib baik," kata Phil Rescall, lelaki berumur 40 tahun yang ingin ke Australia kerana urusan pekerjaan.

Seorang lagi penumpang, Brendan McClements berkata, beberapa orang menangis ketakutan dan beberapa yang lain gementar melihat lubang itu.
"Setiap orang bertepuk tangan kepada mereka apabila kami mendarat dengan selamat," katanya. - Agensi


      

[ Last edited by  amazed at 26-7-2008 08:10 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2008 07:19 AM | Show all posts
Lorrr giler ah pressure difference tinggi tuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.039606 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list