CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: rama_rama

Projek Serai

[Copy link]
Post time 14-2-2009 03:16 PM | Show all posts
saya pun nak tumpang tahu jugak.. sbb asben sy wat serai peha ayam tu.. tbaru ni ada org offer serai wangi.. tp dier nak banyak tan tiap2 bulan kuar.. tanah memang ada banyak.. modal ajer takder.. itu yg bantutkn usaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2009 01:31 PM | Show all posts
sebelum tanam serai, buat research dulu...  sebelum tanam, mmg byk khabar indah... high demand, etc etc...

baca:

http://www.bicarajutawan.com/for ... p=222313#post222313


sekadar menolong saudara...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 03:38 PM | Show all posts

Reply #59 hanim_rosli's post

hanim... kt mana hubby tanam serai...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 12:23 AM | Show all posts
kalau tanam serai kat kedah, nak jual kat sape...?

tenkiu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 01:30 PM | Show all posts
saya ada serai 3 ekar nak dituai bulan ni,,tp pembeli tak jumpe lagi,,ade contact tak sape2,,saya area sepang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 04:37 PM | Show all posts
56# tokeycarwash dlm polybeg klu nk tnm tepi rmh blh ar...klu ladang xde lah plk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2010 11:34 PM | Show all posts
CARI MARKET DAHULU..
RAMAI YG TERJUAL SERAINYA...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 09:52 PM | Show all posts
hi boleh tak serai tanam dalam pasu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2011 12:37 PM | Show all posts
Pelabur serai terpaksa gigit jari
Oleh Md Fuzi Abd Lateh


KECEWA…(dari kiri) Mohamad Diah, Rahsidi dan Rizal menunjukkan
surat perjanjian yang ditandatangani dan salinan laporan polis
yang dibuat mereka, semalam.


KUALA KUBU BHARU: “Saya geram kerana pelaburan dalam projek tanaman serai berkelompok ini mengakibatkan saya kerugian puluhan ribu ringgit,” kata Mohamad Diah Hamidon, 31, mangsa sindiket pelaburan tidak berdaftar secara sah.

Menurutnya, dia seorang daripada 35 mangsa yang mengalami kerugian RM600, 000 selepas melabur antara RM5,000 dan RM30, 000 seorang mengikut saiz tanah yang dilabur untuk projek tanaman serai di kawasan Felda Sungai Tengi di sini.

Katanya, dia kerugian RM15,000 selepas menyertai projek itu awal tahun lalu dan kini hampir berputih mata kerana masih gagal mendapatkan semula wang dibelanjakan itu.

“Saya dan rakan kecewa apabila diperdaya anak tempatan yang gagal memaklumkan status pelaburan itu.

“Kami mendapat tahu pemilik syarikat terbabit melarikan diri bersama wang pelaburan kami ke Kelantan beberapa bulan lalu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Diah berkata, dia bersama mangsa lain membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu, pada 16 Oktober lalu.

Katanya, dia tertarik menyertai skim pelaburan pertanian itu apabila dijanjikan pulangan serta keuntungan melebihi RM80,000.

Seorang lagi mangsa, Rizal Kasmu, 26, berkata, dia melabur RM10,000 dengan dijanjikan pulangan mencecah RM68,000 mengikut hasil tuaian serai seluas lebih sehektar.

Namun, katanya, bagaikan indah khabar dari rupa, apabila dia bukan saja tidak menerima bayaran keuntungan, malah syarikat terbabit masih berhutang benih serai bernilai RM2,500.

“Berdasarkan perjanjian, saya sepatutnya menerima hasil keuntungan RM17,000 untuk 0.4 hektar tanah yang diusahakan. “Namun, walaupun syarikat itu sudah menuai hasil serai seluas 0.4 hektar, tetapi keuntungan dijanjikan belum diterima,” katanya.

Rakannya, Rahsidi Hussain, 36, berkata, wang RM10,000 yang dilaburkan dalam projek itu lesap begitu sahaja.

Menurutnya, kini pengurus syarikat yang turut mendaftarkan dua lagi syarikat dimiliki isteri dan adik-beradiknya menghilangkan diri bersama hasil dan wang pelaburannya.

“Saya memulakan projek itu pada Jun 2009 dan berdasarkan surat perjanjian, saya mampu menuai hasil tanaman itu selepas enam bulan.

“Tetapi, kami ditipu,” katanya yang berasal dari Ampang, Selangor.


SUMBER
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 11:29 AM | Show all posts
maklumat penanaman serai..http://pertaniancanggih.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2011 01:43 PM | Show all posts
Semua project menipu je... janji duit masuk.. Melayu Islam.. perangai syaiton..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:27 AM | Show all posts
Reply 9# rama_rama


    Scam...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:32 AM | Show all posts
Cuba tgk....ade x cina masuk skim2 mcm ni....x der kn...melayu bodoh...tamak...nk cepat kaya....warren buffet investor paling hebat didunia pun paling tinggi dia collect 34%...Org melayu kerje x nak...kaya nak....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 03:45 PM | Show all posts
haaa..btol btol btol...cuma melayu kne rajin usaha n menigkatkan dari segi ilmu untuk perniagaan....baru blh berjaya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 02:35 AM | Show all posts
Gua baru nak tanam serai depan rumah, skali 6 bulan da baru kuar hasil. Pastu kene tanam balik, kene tunggu lagi 6 bulan. Mmg x bleh blah la serai ni. Kalau besar2an mungkin la, itupun mungkin. Stakat CF(contract farming) ni, hanya org Melayu bodoh jer yg pcaya, melayu pandai diorg jual contract tu. HAHAHAHa

Baik gua tanam ganja ini macam, lagi untung. KAH3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.780097 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list