CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2311|Reply: 15

TIPS UNTUK DIKONGSI (UTK WANITA...)

[Copy link]
Post time 29-7-2008 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

~Selamat beramal~


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2008 03:57 PM | Show all posts

Reply #1 inspiron4545's post

saya sure laki pun boleh pakai kosmetik ni....

kerana kosmetiknya, halal2 belaka.....

kecuali selendang islami, gelang, dan kalung kesucian.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 04:57 PM | Show all posts
thankz 4 da info..mmg bgune pn
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 05:58 PM | Show all posts
Yang paling mudah untuk menampilkan keterampilan anda adalah... guna akal.. tingkat minda anda, apa yg terhebat mengenai hidup kita didunia ini bukan apa yg kita lakukan pada ciri fizikal diri kita tetapi apa yg kita lakukan pada minda/akal kita.

Perhatikan bagaimana haiwan mencantikan diri, menhias bulu, kucing menjilat bulunya, burung merak mengembangkan ekornya dan mcm2 contoh lagi yg boleh dilihat, semua adalah untuk menarik perhatian pasangan.

Lihat zaman sekarang ini, semakin manusia tidak menggunakan akal, semakin manusia hampir sama dgn haiwan, sebab itu pakai dedah2, terbuka sini, tersembul sana, merah sini, pink sana, mengapa? Untuk menarik perhatian pasangan... bukan kah seolah2 seperti haiwan yg tidak berakal?

Manusia sepatutnya diukur dgn akal, keimanan, bukan cantiknya fizikal... cantik fizikal itu penting tetapi iman itu lebih utama dr rupa dan harta.


http://syurgadidunia.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 11:09 PM | Show all posts

Reply #4 flighteng's post

setujuk sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by flighteng at 29-7-2008 05:58 PM
Yang paling mudah untuk menampilkan keterampilan anda adalah... guna akal.. tingkat minda anda, apa yg terhebat mengenai hidup kita didunia ini bukan apa yg kita lakukan pada ciri fizikal diri kita tetapi apa yg kita lakukan pada minda/akal kita.

Perhatikan bagaimana haiwan mencantikan diri, menhias bulu, kucing menjilat bulunya, burung merak mengembangkan ekornya dan mcm2 contoh lagi yg boleh dilihat, semua adalah untuk menarik perhatian pasangan.

Lihat zaman sekarang ini, semakin manusia tidak menggunakan akal, semakin manusia hampir sama dgn haiwan, sebab itu pakai dedah2, terbuka sini, tersembul sana, merah sini, pink sana, mengapa? Untuk menarik perhatian pasangan... bukan kah seolah2 seperti haiwan yg tidak berakal?

Manusia sepatutnya diukur dgn akal, keimanan, bukan cantiknya fizikal... cantik fizikal itu penting tetapi iman itu lebih utama dr rupa dan harta.



DIMANA LETAKNYA AKAL?
HAIWAN DIJADIKAN ALLAH MEMPUNYAI OTAK UNTUK BERPIKIR.  HAIWAN TAK PUNYA AKAL...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2008 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by flighteng at 29-7-2008 05:58 PM
Yang paling mudah untuk menampilkan keterampilan anda adalah... guna akal.. tingkat minda anda, apa yg terhebat mengenai hidup kita didunia ini bukan apa yg kita lakukan pada ciri fizikal diri kita tetapi apa yg kita lakukan pada minda/akal kita.

Perhatikan bagaimana haiwan mencantikan diri, menhias bulu, kucing menjilat bulunya, burung merak mengembangkan ekornya dan mcm2 contoh lagi yg boleh dilihat, semua adalah untuk menarik perhatian pasangan.

Lihat zaman sekarang ini, semakin manusia tidak menggunakan akal, semakin manusia hampir sama dgn haiwan, sebab itu pakai dedah2, terbuka sini, tersembul sana, merah sini, pink sana, mengapa? Untuk menarik perhatian pasangan... bukan kah seolah2 seperti haiwan yg tidak berakal?

Manusia sepatutnya diukur dgn akal, keimanan, bukan cantiknya fizikal... cantik fizikal itu penting tetapi iman itu lebih utama dr rupa dan harta.
...


di harapkan para lelaki/suami dapat menilai sesuatu itu dgn menggunakan akal bukan dari pandangan matahati dan menerima seikhlas hati....
dan maka ramailah para kaum wanita terselamat dan bole di selamatkan lagi dari hukuman yg di janjikan ALLAH.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2008 05:47 PM | Show all posts

Reply #7 kesuma_jon's post

Disebabkan itulah perempuan semua kena menutup aurat seperti dikehendaki Allah, supaya lelaki boleh melihat wanita degan akalnya bukan dengan nafsunya.

Jika wanita tidak menutup aurat, ataupun menutup aurat tetapi ketat macam nangka masak, jgn salahkan lelaki..

Jika lelaki sahaja harus menundukkan mukanya ketanah untuk mngelak dr memandang kehadapan, alamatnya asyik terhantuk je la.. bila dah syik terhantuk lama2 jadi biol so bila lelaki dah jadi biol perempuan memberontak untuk berdikari kerana katanya lelaki semua dah tak betul... padahal asalnya lelaki jadi biol kerana ingin mengelak dari memandang perempuan yang tidak menutup aurat..

So jln mudah... tutup aurat.. tutup dada... perempuan sepatutnya lebih menentang manipulasi wanita sebagai pelaris barangan, porno dan sebagainya terlebih dahulu sebelum hak wanita, menentang poligami, kebajikan ibu tunggal dan sebagainya kerana punca asal adalah wanita itu sendiri...

Aurat.......

Lelaki jgn nak tersengih lak.. anak perempuan yg ada tu dah diajar menutup aurat ke tidak? Puncanya berbalik kepada lelaki jugak...

http://syurgadidunia.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2008 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by flighteng at 30-7-2008 05:47 PM
Disebabkan itulah perempuan semua kena menutup aurat seperti dikehendaki Allah, supaya lelaki boleh melihat wanita degan akalnya bukan dengan nafsunya.

Jika wanita tidak menutup aurat, ataupun ...


awak betol,
cuma saya kesal, merujuk satu kes ni..  kawan saya nak jadi muslimah yg baik tapi suami dia tidak izinkan dia memakai tudung. Mcm2 kata ugutan yg dia terima dari suami tapi org nya sembahyang, hhhmmm...ntahlah!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2008 01:44 AM | Show all posts

Reply #9 kesuma_jon's post

Dalam hal ini suami dia yg akan menanggung dosa, apa sahaja perbuatannya akan berbalik semula kedirinya sendiri suatu hari nanti.

Bg si isteri, jgn berhenti berdoa dan berharap agar suaminya ditunjukkan jln lurus seperti yg diucapkannya didlm alfatihah ketika sembahyang...

Ihdinassiratolmustaqim... unless kalau suami tu tak paham apa yg dibacanya la..

tak paham, tak khusyuk, tak khusyuk, prefrontal cortex tak diperbaiki, bila tak diperbaiki, tak boleh lak membuat kepuutusan yg bijak... pi mai pi mai tang tu la jadinya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2008 12:45 PM | Show all posts
Originally posted by flighteng at 1-8-2008 01:44 AM
Dalam hal ini suami dia yg akan menanggung dosa, apa sahaja perbuatannya akan berbalik semula kedirinya sendiri suatu hari nanti.

Bg si isteri, jgn berhenti berdoa dan berharap agar suaminya d ...


tanpa kerelaan si isteri....
adakah isteri juga menanggung dosa? dan bole kah si isteri mamakai tudung walaupun di ancam bercerai?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2008 04:30 PM | Show all posts

Reply #11 kesuma_jon's post

kenape pompuan tu tak report je ke pejabat agama ke, mak ayah dia ke, tok imam ke..ttg mslah dia tu..kes berat gak ni..

pasaipa la xbg isteri tutup aurat..??? penin2..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2008 05:01 PM | Show all posts

Reply #12 cak!'s post

tula....


nasib baik Islam ni dinamik....kita kena taat pada perkara2 yg tidak dilarang Islam saja...

kalau  disuruh buat dosa, seorang anak boleh ingkar pada ibunya, seorang isteri jugak tak perlu mengikut perintah suaminya andai disuruh langgar perintah Tuhan.

tentang ancaman cerai, saya tidak tahu sah atau tidak ancaman cerai itu....

kerana yg dipertaruhkan dlm ancaman tu adalah perintah Allah.(wajib)

cuba tanya yg arif.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by cak! at 1-8-2008 04:30 PM
kenape pompuan tu tak report je ke pejabat agama ke, mak ayah dia ke, tok imam ke..ttg mslah dia tu..kes berat gak ni..

pasaipa la xbg isteri tutup aurat..??? penin2..


berat mata memandang berat lagi bahu memikul nya..
suasana kehidupan mreka dan keluarga mereka tak sama ngan kita.....
nanti saya pujuk dia rujuk pada jabatan agama, thanks!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 12:09 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 1-8-2008 05:01 PM
tula....


nasib baik Islam ni dinamik....kita kena taat pada perkara2 yg tidak dilarang Islam saja...

kalau  disuruh buat dosa, seorang anak boleh ingkar pada ibunya, seorang isteri jugak  ...



kekadang timbul sekelumit rasa kesal di hati bila kehidupan di kelilingi kenkawan yg mcm ni. Saya x mampu...ilmu masih cetek di dada.
melihat mcm2 ...ada kawan yg ubah idung, ubah bibir, cucuk sana-sini...
bila di nasihat kan 'dowang kata somi aku okay, dia suka'   

tak mau dah.......ckp ah.........saya x mampu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 12:45 PM | Show all posts

Reply #15 kesuma_jon's post

.....

aduhai....cam tu plak  diorang cakap! ...

pelan2-lah ....hebat jugak sis kesuma tak terpengaruh ngan kawan2 ek....

takpelah orang tak takut Tuhan, tunjukkan lah kita ni takut Tuhan pun cukup....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.234608 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list