View: 2416|Reply: 9
|
Kubur Berkata Sewaktu Sewaktu Jenazah Fatimah Az-zahra Hendak Dikebumikan
[Copy link]
|
|
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lelaki_itu78 at 31-7-2008 10:38 AM
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
kalu bagi toilet lelaki yg mmg jenis berdiri/or mangkuk bowl tu camne? kene bertinggung buang atas lantai jugak ke? konpius |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 umipapa's post
aiyohhh..
masuklah toilet cubicle tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
4. Jangan kencing sambil berdiri
Usahakanlah untuk beramal dengan amalan yang korang nampak susah sangat nak diamalkan ni...
Tetapi jika korang dah berjaya beramal dengannya, korang akan dapati sangat banyak bermanafaat pada diri korang..
Kita mengamalkan apa yang diamalkan Rasulullah bukan sekadar nak dapatkan pahala Sunnah tetapi ada banyak kebaikan tersembunyi disebaliknya... |
|
|
|
|
|
|
|
siti fatimah wafat ketika berusia 28 tahun kan...
setelah itu siapa yang dikahwini oleh saidina ali ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 Sweetmama's post
Setelah meninggalnya puteri kesayangan baginda Rasulullah saaw, Imam Ali ra telah berkahwin dengan 8 orang isteri, aku tak pasti bilangan 8 ni termasuk Fatimah ra atau tak. Hasil perkongsian dengan isteri2 beliau perolehi seramai 36 orang anak. Mereka terdiri dari 18 anak lelaki dan 18 perempuan. Dari keturunan anak2 beliau ini digelar Alawiyin atau Alawiyah, sekarang ni mereka digelar Sayyid, ada ramai kat Malaysia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.
tak mudah menjawab soalan2 tu
sebab yang menjawabnya kelak bukan berdasarkan akal/fikiran
tapi amalan baik yang dilaksanakan di dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
|