|
Assalamualaikum wbt............
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....
AMINnnnn.
Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai yang mungkin, tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah
ini kerana Allah.
Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar....
"Ya Allah." "Aku berlindung dgn kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa yang terjadi"
fwd by Kiyai Mui
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 ayiem\ catat
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
huhuu.... nak tgelak ler pulak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ayiem at 31-7-2008 08:10 PM
Assalamualaikum wbt............
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu ...
Doa lepas baca surah Yaasiin itu sendiri menyebut "Allahumma bi Haqqi Yaa Siin" pada permulaannya yang bermaksud "Ya Allah, dengan kebenaran surah Yaa Siin".
Ini bererti doa tersebut mentawassulkan permintaan2 kepada Allah itu dengan kebenaran surah YaaSiin. Inilah cara yang diajar oleh ulamak terdahulu untuk membantu memustajabkan doa kepada golongan2 yang lemah iman mcm kita di akhir zaman ni, iaitu bertawassul kepada ayat-ayat Quran. Saya juga pernah terbaca doa selepas surah Al Waqi'ah yang dikarang oleh ulamak juga bermula dengan "Allahumma bi Haqqi suratul Waqi'ah"
Salamun Qaulan Min Rabbir Rohiiim itu adalah kalimah yang amat besar. Salam dari Tuhan yang Maha Penyayang adalah kenikmatan paling besar dalam syurga. Layakkah kita menikmatinya nanti? Bila berdoa di situ niatkan mentawassul doa kita kepada kalimah yang menceritakan nikmat syurga yang terindah tersebut, inshallah akan mustajab. |
|
|
|
|
|
|
| |
|