CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1788|Reply: 9

SOLAT DALAM PESAWAT

[Copy link]
Post time 2-8-2008 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Ingin mendapatkan panduan dari mereka yg selalu bermusafir, bagaimana anda semua menunaikan solat. Bagi destinasi yang dekat2 boleh la kan nak buat jamak/qasar. Bagaimana dengan yang destinasi yang jauh2, yg melampaui beberapa waktu solat, yg perlukan kita berada berbelas jam dalam pesawat? Solat? Tak solat? Solat tapi bila sampai solat sekali lagi? (mungkin sbb rasa pakaian tak 100% bersih). Berwudhu sblm naik pesawat? Berwudhu dlm pesawat?

jom, kongsi2 pengalaman dan pengetahuan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2008 05:05 PM | Show all posts

Reply #1 hzln's post

yang ni kena tanya mnm77 (sebab dia kat London 3 bulan dah / 8tahun??) dan kawan baik dia   di gugusan yang sama....semestinya mereka pernah berada di dalam pesawat untuk long distance flight
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 07:07 PM | Show all posts
yela,naktaula jugak kan tumpang flight ni kejap
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 10:51 PM | Show all posts

Balas #1 hzln\ catat

wudhu sebelum naik pesawat tapi boleh ke tahan lama?

wudhu dlm k/terbang ni kena setakat syarat sah jer, kalau tidak nanti banjir kapalterbang.  terutama mazhab shafie malaysia, yang kalau boleh suci lagi bersih.  bukan setakat suci saja.  cuba pakai air setapak tangan untuk sapu muka. macam tu jugak untuk yg lain.  kot tak biasa memang tak yakin.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 01:43 AM | Show all posts
Kerja saya terbang gak, tetapi as flight engineer, lepas tutup pintu saya dah macam VIP gak takde keja unless ada problem ngan entertainment system.

Sebelum trip yang jauh saya siapkan diri dgn wuduk dahulu, jika terbatal, boleh berwuduk didlm tandas pesawat tetapi tidak lah sehingga mencurah2 kan air. Cukup sekadar menyapu kebahagian yang wajib dibasuh dan pastikan airnya rata kesemua bahagian.

Lepas wuduk, prihatinla kat pengguna seterusnya, guna tisu tandas tu byk2 lap la sink, dinding dan lantai yg dah agak basah tu...

Jika tiada ruang di tgh pesawat, saya minta cabin crew berikan ruang di kawan galley untuk saya bersembahyang tetapi jgn la masa diaorg tgk sibuk nak menyiapkan hidangan, agak bila dah habis waktu makan dan semua penumpang kebanyakannya tidur, itu waktu yg sesuai.

Setiap masaalah itu ada penyelesaiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 01:47 AM | Show all posts

Reply #1 hzln's post

Boleh tak kalau saya sembahyang duduk je dalam pesawat..maksudnya, amik air semayang dalam toilet pesawat, pastu sampai kat tempat duduk dan perform solat....???. Dulu waktu saya selalu masuk hutan, dan selalu basah, saya sembahyang dalam khemah je..tapi duduk la...sebab saya rasa waktu tu darurat sebab dalam hutan...dan pernah saya sembahyang baring je..ketika 2 minggu dalam hutan, khemah saya patah dan tak ada khemah ganti...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2008 08:38 PM | Show all posts

Reply #6 eastrun's post

ada ssiapa yang boleh jawapkan soalan aku pada post ke-6?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2008 08:48 PM | Show all posts
Bersolat secara duduk dibolehkan sekiranya berdiri menjadi perkara yg memberatkan atau membahayakan, macam dalam satu hadith dari al-Hakim di mana seorang sahabat bertanya macam mana nak solat dalam perahu, Rasulullah jawab, solatlah berdiri, kalau takut tenggelam maka solatlah secara duduk. So kalau rasa berat dan sukar nak solat berdiri dalam pesawat tersebut, boleh lah solat secara duduk. So far, pengalaman peribadi saya ulang-alik Malaysia-UK yg 14 jam tu pun, rasanya tak berat sangat pun nak solat berdiri kat passage belakang, but then again, depends lah pada keadaan dan individu kan.

Bab dalam hutan tu, kenapa pulak tak boleh solat berdiri? Kenapa mesti solat dalam khemah dan tak boleh di luar? Saya rasa mungkin kita di Malaysia tak biasa agaknya tengok orang solat merata-rata, tapi kalau di luar negara, di merata-rata tempat pun orang solat. Jadi dalam hutan pun, tak ada halangan nak solat berdiri sekalipun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2008 08:56 PM | Show all posts

Reply #8 antiQue's post

kan sy kata, kat luar hujan je...basah memanjang...jadi lecak semua..so saya sembahyang duduk..

dan tetiba pada minggu ke dua dalam hutan, khemah tu patah dan saya tak ada khemah ganti,,,dengan keadaan yang becak tu...saya sembahyang je baring atas katil besi yang saya bwk skali...

Patutnya dlm pesawat kena sediakan surau kecil la..nak sembahyang kat passage tu..tak khusyuk jadinya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2008 04:04 PM | Show all posts

Reply #9 eastrun's post

hanya saudia airlines aircraft je yg ada dedicated area untuk sembahyang, airlines lain tak pernah lak nampak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.091358 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list