|
Prestasi Athletes Malaysia - Update - Kontinjen M'sia Capai Sasaran?
[Copy link]
|
|
Originally posted by dexa at 23-8-2008 08:22 AM
23 Ogos, 2008
Malaysia Raih Dua Gangsa Dari Wushu
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 22 Ogos (Bernama) -- Malaysia merangkul gangsa, pingat pertama dalam Pertandingan Wushu Beijing 2008 meneru ...
pingat ni kire masuk dlm pungutan medal gak eik
wusyu kan acara pertunjukan utk olimpik ni |
|
|
|
|
|
|
|
jwb sendiri
wushu xkire
Malaysia Pungut Pingat Ketiga Kejohanan Wushu Beijing 2008
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 23 Ogos (Bernama) -- Peserta wanita Chai Fong Ying menambah pingat perak dalam pungutan pingat ketiga bagi Malaysia dalam kejohanan wushu Beijing 2008 hari ini.
Beliau menewaskan Ai Miyoka dari Jepun dengan pungutan mata empat perseratus untuk menduduki tempat kedua di belakang Cui Wenjuan dari China dalam acara taijiquan dan gabungan taijijian di gimnasium Pusat Sukan Olimpik.
Fong Ying mencatat 9.70 dalam taijijian pagi ini untuk menambah pungutan mata menjadi 19.34 selepas memperolehi 9.64 dalam acara taijiquan semalam sementara peserta China yang mendapat pingat emas mendahului dengan 19.69 mata.
Untuk pertandingan di sini, taijiquan, satu pergerakan seni mempertahankan diri yang perlahan dan lembut digabungkan dengan taijijian yang mengandungi taijiquan dan permainan pedang sebagai satu acara.
Malam tadi, Malaysia mendapat dua gangsa melalui Pui Fook Chein dan Diana Bong.
Kejohanan wushu yang berlangsung selama tiga hari itu diadakan sempena dengan Sukan Olimpik. Pingat itu tidak dikira dalam senarai pingat Olimpik.
Sepuluh pingat emas menjadi rebutan dalam kejohanan itu yang dibahagikan kepada kepada disiplin lantai yang dipanggil "taolu" dan pertempuran kombat yang dikenali sebagai "sanshou". Setakat ini, China telah memenangi lima pingat emas.
Tujuh peserta Malaysia di sini adalah Ang Eng Chong (changquan lelaki), Lee Yang (taijiquan lelaki dan gabungan taijijian), Lim Yew Fai (jianshu lelaki dan gabungan qiangshu), Pui Fook Chien (nanquan lelaki dan gabungan nangun), Diana Bong (nanquan wanita dan gabungan nandao), Chai Fong Wei (daoshu wanita dan gabungan gunshu) dan Chai Fong Ying (taijiquan wanita dan gabungan taijijuan).
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia Gagal Menang Pingat Dalam Acara Taekwondo
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 23 Ogos (Bernama) -- Harapan terakhir Malaysia untuk meraih pingat Sukan Olimpik dalam acara taekwondo menerusi Che Chew Chan bagi kategori lebih 67 kg tidak kesampaian apabila beliau tewas pada suku akhir dan kemudian tunduk pada saingan repechage untuk merebut pingat gangsa.
Pada sebelah pagi, atlet negara berusia 25 tahun itu menewaskan Evgeniya Karimova dari Uzbekistan 5-4 dalam saingan di Beijing University of Science and Technology, untuk menjadi atlet taekwondo pertama negara layak ke suku akhir Sukan Olimpik.
Pada suku akhir, Chew Chan gagal memberi saingan kepada Nina Solheim dari Norway apabila hanya mendapat satu mata. Walaupun Solheim terjatuh lima kali, beliau membuat beberapa gerakan untuk menyerang atlet Malaysia itu dan menang 3-1.
Chew Chan disenaraikan dalam saingan repechage selepas Solheim layak ke peringkat akhir untuk bertemu Maria Del Rosario Espinoza dari Mexico.
Peserta yang kalah kepada peserta yang layak ke peringkat akhir pada mana-mana peringkat layak ke saingan repechage yang menawarkan dua pingat gangsa.
Pada saingan repechage, Chew Chan tewas 1-5 kepada atlet Mesir, Noha Abd Rabo.
" Saya bimbangkan terlalu banyak perkara pada satu-satu masa dan itu mungkin menambah tekanan dan memberikan kesan kepada persembahan saya. Saya pernah tewaskan dia sewaktu Terbuka Korea 2006.
Tapi hari ini, saya tidak dapat menilai jarak dalam melakukan serangan sewaktu dua perlawanan terakhir," katanya yang jelas kecewa dengan kekalahan kepada Noha itu.
" Saya cuba menyerang kepalanya tetapi tersasar. Saya gagal mengagak jarak dan apabila saya tendang, dia membalas. Saya melakukan yang terbaik tetapi saya tidak puas hati kerana saya telah mencuba tetapi tewas," katanya mengulas kekalahan kepada Solheim.
Chew Chan berkata semua peserta yang bertanding mempunyai keupayaan yang hampir sama.
" Ia bergantung kepada siapa yang beraksi dengan lebih baik sewaktu pertarungan dan apabila saya dapat peluang ke saingan repechage, Tuhan yang memberi saya peluang kedua," katanya.
Saingan suku akhir kategori itu dicemari dengan insiden pembatalan keputusan awal yang sebelum itu memihak kepada Chen Zhong, pemenang dua pingat emas, dari China tetapi kemenangan kemudian diberikan kepada atlet Great Britain Sarah Stevenson, yang kemudian disekat Espinoza pada separuh akhir.
Jurulatih kebangsaan R.Dhanaraj berkata kesilapan terbesar Chew Chan hari ini adalah tidak meneruskan gerakan serangan.
Berakhirnya perjuangan Chew Chan menandakan berakhirnya cabaran Malaysia pada Sukan Olimpik Beijing dengan hanya memenangi satu pingat perak menerusi Lee Chong Wei, dalam acara badminton perseorangan lelaki.
Seorang lagi atlet taekwondo negara, Elaine Teo juga terkandas pada saingan repechage dalam kategori bawah 57kg.
Malaysia menyertai acara taekwondo Sukan Olimpik sejak ia diperkenalkan pada Sukan Olimpik Sydney 2000 tetapi belum pernah memenangi pingat.
Sewaktu acara sukan mempertahankan diri Korea itu diperkenalkan sebagai acara demonstrasi, M.Vasugi dan Hii King Hung membawa pulang pingat gangsa, masing-masing pada Sukan Olimpik Seoul 1988 dan Barcelona 1992.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Prestasi Atlet Malaysia Di Sukan Olimpik Beijing 2008
Oleh Tham Choy Lin
BEIJING, 23 Ogos (Bernama) -- Malaysia menamatkan saingan Sukan Olimpik Beijing dengan memperoleh satu pingat perak daripada acara badminton menerusi Lee Chong Wei manakala enam rekod kebangsaan diperbaharui dalam acara berbasikal, memanah, angkat berat dan renang.
Pingat perak itu meningkatkan pungutan pingat keseluruhan Malaysia dalam sejarah Olimpik kepada dua pingat perak dan dua gangsa.
Sejumlah 33 atlet mewakili negara dalam sembilan acara -- memanah, badminton, berbasikal, terjun, menembak, renang, trek dan padang, taekwondo serta angkat berat.
Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik pada 1956 di Melbourne dan menyertai setiap kejohanan kecuali Sukan Olimpik Moscow pada 1980.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Kontinjen negara capai sasaran
JAGUH lumba basikal, Azizulhasni tiba di KLIA semalam.
KONTINJEN negara dianggap telah mencapai sasaran awal dengan memenangi satu pingat pada temasya Sukan Olimpik XXIX di Beijing.
Ketua kontinjen negara ke Beijing, Datuk Ho Koh Chye berkata, selain kejayaan jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Chong Wei merangkul pingat perak, atlet dari sukan lain juga mempamerkan persembahan yang memuaskan dan boleh dibanggakan.
"Antaranya ialah atlet sukan memanah dan lumba basikal yang dilihat menunjukkan persembahan setanding dengan pasukan terhandal dunia," kata Koh Chye ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setibanya kontinjen negara dari Beijing semalam.
Katanya, dalam acara memanah recurve berpasukan, Wan Khalmizam Aziz, Marbawi Sulaiman dan Cheng Chu Sian berjaya mara ke suku akhir manakala acara perseorangan, Cheng Chu Sian juga mara ke peringkat suku akhir.
Bagi acara lumba basikal, Azizulhasni Awang dan Josiah Ng beraksi cemerlang acara keirin dan pecut perseorangan.
"Begitu juga dengan pemain badminton wanita negara, Wong Mew Choo dan atlet taekwondo, Che Chew Chan yang kedua-duanya melayakkan diri ke suku akhir manakala perenang, Daniel Bego dan atlet angkat berat, Amirul Hamizah Ibrahim berjaya memecah rekod kebangsaan," katanya.
Begitupun Koh Chye juga berasa kecewa dengan persembahan atlet dalam sukan lain seperti terjun, menembak, olahraga dan kapal layar.
Ketika ditanya mengenai laporan post-mortem persembahan kontinjen negara, beliau berkata, akan menyerahkan tugas tersebut kepada jurulatih-jurulatih sebelum diserahkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN).
"Ia akan disediakan dalam masa terdekat," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
takkanla sasaran kita 1 pingat perak aje -
ethiopia - negara yang still tak develop tu pun
dapat beberapa emas -- dan jiran2 kita indonesia, thailand
vietnam pun dapat emas...
so rasanya tak capai sasaran yang kita nak tu -
|
|
|
|
|
|
|
| |
|