CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5684|Reply: 1

rekacipta penyelidikan; berpotensi dikomersiolkan

[Copy link]
Post time 12-8-2008 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Berpotensi dikomersiolkan

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Sebanyak 349 produk hasil penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dipamerkan pada Pameraan Rekacipta Penyelidikan dan Inovasi baru-baru ini.



TEMPAT menternak cendawan salah satu produk yang dipamerkan.

SEORANG tenaga pengajar dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Firdaus Zulkifli, 26, mengetengahkan rekaan mejanya yang diberi nama U-Chair.
Diperbuat daripada material plastik dan besi, U-Chair dipasangkan bersama komputer bagi kegunaan pelajar.

"Sebenarnya kerusi ini dibina bagi menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan pembelajaran menerusi e-learning. Jadi saya cuba menghasilkan U-Chair. Ia merupakan kerusi di bilik kuliah yang digabungkan dengan komputer dan akses Internet.

"Antara kekangan pembelajaran di kalangan pelajar sekarang ialah mereka terpaksa membawa buku yang banyak. Dengan U-Chair, pelajar hanya perlu membawa thumb-drive. U-Chair membolehkan pelajar memuat turun segala nota daripada pensyarah, menghantar emel dan sebagainya," kata Firdaus sambil duduk di atas prototaip U-Chair yang berwarna putih.

U-Chair kini berada di peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia tidak semestinya hanya digunakan di universiti, malah turut boleh diaplikasikan di sekolah.

Dihasil menggunakan material seperti plastik yang menepati spesifikasi industri dengan kerangka besi, U-Chair mula dibina sejak bulan Mei 2007. Mengaplikasikan komputer pintar (Smart PC), produk ini dijangka dipasarkan menjelang tahun 2010.

Satu lagi ciptaan yang menarik perhatian ialah tandas pintar yang dihasilkan oleh pensyarah Jabatan Rekabentuk Industri, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Sazrinee Zainal Abidin.



FIRDAUS ZULKIFLI membuat demonstrasi kerusi
U-Chair ciptaannya di PRPI 2008 di UPM.



Tandas yang digelar Loveme Water Closet berwarna biru ini memiliki pelbagai ciri istimewa yang menekankan aspek kebersihan dan praktikaliti. Lebih menarik lagi, fungsinya mampu menepati keperluan pengguna lelaki dan wanita.

Dengan status Universiti Penyelidikan, penganjuran Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI 2008) oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) sememangnya menjanjikan hasil penyelidikan yang menarik dan penuh keterujaan. Selari dengan kehendak teras ketiga Pelan Strategik Pengajian tinggi negara iaitu memperteguh penyelidikan dan inovasi, para penyelidik UPM mahu lebih proaktif dalam usaha menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi.

"Dengan kejayaan universiti memperoleh geran penyelidikan sebanyak RM237.78 juta dari agensi awam, RM13.26 juta sumbangan pihak swasta dan RM2.33 juta daripada badan antarabangsa, UPM sememangnya berada di landasan terbaik untuk merealisasikan teras matlamat tersebut.

"UPM bukan sekadar berjaya menghasilkan produk penyelidikan, malah telah mengkomersiolkan 16 produk dengan jayanya bernilai lebih RM28 juta, selain menubuhkan tiga buah syarikat," kata Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah pada majlis perasmian PRPI 2008.


IRMAWATI RAMLI

Berpotensi untuk dikomersiolkan, sebanyak 349 produk hasil penyelidik UPM telah dipamerkan dalam PRPI 2008 kali ini. Berlangsung pada 29 hingga 31 Julai lalu di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, ia berjaya menarik minat ratusan pengunjung. Mereka terdiri daripada pihak industri, penaja geran dan para pelajar.

Pameran ini dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu penyelidikan asas, penyelidikan gunaan dan produk.

Penyelidikan asas memberi tumpuan kepada teori-teori asas sains dan teknologi yang akan berkembang dan diguna pakai untuk menghasilkan sesuatu produk.

"Misalnya, bidang pemangkinan (katalis) yang digunakan di industri seperti pengeluaran hidrogen dalam sel bahan api. Bidang ini semakin mendapat perhatian berikutan kenaikan harga minyak yang tinggi dan warga dunia mula mencari tenaga alternatif.

"Jadi, jika tidak ada penyelidikan asas kita tidak akan sampai ke tahap penghasilan sesuatu produk. Kita perlukan satu asas yang sangat kuat dan menilai segala ciri yang ada pada katalis ini.

"Andai sudah boleh nampak keberkesanannya, barulah boleh masuk ke peringkat inovasi produk," kata Pengerusi PRPI, Profesor Madya Dr. Irmawati Ramli.



TANDAS Loveme Water Closet ini sesuai digunakan
oleh pengguna di semua peringkat umur.

Kategori kedua pula dinamakan sebagai penyelidikan gunaan yang menjadi penghubung antara penyelidikan asas dan produk. Di peringkat ini, penyelidik biasanya sudah tahu semua perkara asas, statistik material yang diperlukan dan akan menambah baik prestasi sesuatu bahan.

Ini perlu kerana apabila hendak digunakan di peringkat industri, produk sudah dibuktikan. Sementara kategori ketiga ialah inovasi atau produk yang sudah siap. Ia tidak boleh dipertikaikan lagi kerana setiap penyelidik mempunyai semua data asas untuk menyokong dapatannya.

"Apabila sesuatu hasil kajian hendak dikomersiolkan, pihak industri akan tanya semua data saintifik. Di sinilah gunanya penyelidikan asas dan gunaan tadi," tambahnya lagi.

SAZRINEE ZAINAL ABIDIN

Bagi penyertaan tahun ini, penyelidikan asas mewakili lebih kurang 31 peratus (110 penyertaan) daripada jumlah keseluruhan. Penyelidikan gunaan pula sebanyak 197 projek atau 58 peratus. Manakala selebihnya ialah 42 projek bagi kategori produk dan inovasi.

Untuk makluman, 42 produk dan inovasi ini berada di peringkat pra pengkomersiolan. Semua produk ini juga sudah pun memiliki status pemeliharaan harta intelek (IPR) dan sedia untuk dijual.

"Sebab itu kami jemput syarikat-syarikat luar untuk mengkomersiolkan produk yang menarik minat mereka. Apa yang ingin diserlahkan di pameran kali ini ialah kualiti penyelidikan dalam semua kategori. Setiap penyertaan pada tahun ini mesti memenuhi kriteria utama iaitu ia telah diterbitkan dalam jurnal yang berwasib atau mempunyai rujukan.

"roduk pula tidak boleh diterbitkan dalam jurnal kerana mereka boleh hilang hak kelayakan. Sebab itu mereka perlu memenuhi satu lagi syarat, memiliki paten," jelas Dr. Irmawati sambil tersenyum.

Dalam setiap kategori, penyelidikan atau produk dibahagikan pula ke dalam kluster-kluster tertentu termasuklah pertanian, kesihatan, makanan, perhutanan dan alam sekitar, sains sosiol serta sains teknologi dan kejuruteraan.



PRPI 2008 mempamerkan hasil penyelidikan penyelidik
kepada tiga kategori iaitu penyelidikan asas, penyelidikan
gunaan dan produk.



Memasuki edisi keenam, PRPI 2008 mempunyai sedikit perbezaan berbanding tahun sebelumnya. Tahun 2007 memperlihatkan PRPI menggalakkan warga penyelidik UPM menghasilkan produk, penglibatannya pun di luar jangkaan dengan lebih 800 penyertaan.

Namun begitu, kualitinya kurang terjaga. Projek yang dipamerkan 'separuh masak' dan datanya pun belum disahkan. Maka, tahun ini pihak penganjur telah memperkenalkan syarat lebih ketat.

Dr. Irmawati menjangkakan jumlah penyertaan akan kembali bertambah pada tahun hadapan memandangkan jangka masa penyelidikan yang lebih panjang.

Penilaian semua hasil penyelidikan dilaksanakan secara telus oleh sekumpulan penilai luar seperti institusi pengajian tinggi serta wakil industri yang memenuhi kelayakan dan kualiti ditetapkan.




pada aku utk usahawan2/entrepreneur kat sini.. boley jadikan produk2 inovasi ni sbg galakkan utk tingkatkan lagi bisnes masing masing....  dan patut pergi pameran2 camni!!!     aku suka dgn u chair tu!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2008 10:22 AM | Show all posts
bagus,,... tahniah UPM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.039039 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list