CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: sham159

Belajar solat

[Copy link]
Post time 2-10-2008 11:10 PM | Show all posts

Reply #40 sham159's post

1.  solat tetap sah walau tak baca surah.  yang wajib ialah fatihah.

2.  solat senyap?  bukan senyap tapi baca secara sirr.  kalau baca kuat kita panggil jahr.  Bacaan secara jahr untuk surah fatihah dan surah semasa solat subuh, (2 rakaat pertama) maghrib dan isha' adalah sunat.  kalau baca secara sirr pun boleh tapi telah meninggalkan sunnah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2008 10:10 AM | Show all posts
Saya kurang jelas lah walaupun saya rasa saya faham..

Tentang baca secara sirr tu..katakan pada rakaat pertama :

Bila imam angkat takbiratul ikhram,baca allahuakhbar kabiro,baca al fathihah dan /atau surah,adakah kita baca serentak dengan imam? takder imam baca dulu lepas tu baru kita ikut. betul kan?

Bacaan secara jahrr lak,katakan pada rakaat pertama :

bila imam angkat takbiratul ikhram,baca allahuakhbar kabiro..kita pun bacakan? lepas tu imam baca surah pendek..kita lak baca fatihah...

kaedah kita ikut sampai lah rakaat ke 4. betul ker?

Kalau ada salah..harap betulkan.

tima kacih.

SELAMAT HARI RAYA.




kalau baca kuat kita panggil jahr.  Bacaan secara jahr untuk surah  ... [/quote]
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2008 11:36 AM | Show all posts
Kaedahnya camni ketika bersolat berjemaah :

Untuk Imam

* Solat Subuh, Maghrib, Isyak   ............  bacaan Fatihah & surah secara jahar rakaat 1 & 2 manakala bacaaan Fatihah sahaja secara siir  rakaat yg baki.

* Solat Zohor & Asar ............................  bacaan Fatihah secara siir pada semua rakaat.

Untuk Makmum

* Solat Subuh, Maghrib, Isyak .............. bacaan Fatihah secara siir SELEPAS meng-'ameen'-kan Fatihah oleh Imam pada rakaat 1 & 2. Manakala bacaan Fatihah secara siir pada rakaat yg baki SELEPAS bangkit dari tahiyyat awal ( solat maghrib ) atau SELEPAS bangkit dari sujud ( solat Isyak )

* Solat Zohor & Asar  ............................... bacaan Fatihah pada tiap2 rakaat selepas takbiratul ihram atau selepas bangkit dari tahiyyat atau sujud.

Utk solat berjemaah terutama sekali pada solat Zohor dan Asar ..... kena cerdik sket...jika kita rasa bacaan Fatihah kita agak lambat sedangkan kita rasakan imam membaca Fatihah dgn cepat maka bolehlah ditinggalkan bacaan doa iftitah ( Allahu Akbharu Kabiiran... ) lagi pun doa iftitah ini suant sahaja.

Perlu diingat antara kita dan imam tidak boleh ketinggalan lebih dari 3 rukun solat. Contohnya mcm nih ( katakan kita solat Zohor berjemaah ) :

1. Imam takbiratul ihram  ..........  kita menurut bersama imam utk takbiratul ihram.
2, Imam terus membaca  Al-Fatihah  .......... kita  membaca doa Iftitah.
3. Imam rukuk ......... kita baru nak mula baca Al-Fatihah
4. Imam iktidal ........ kita masih pada pertengahan Al-Fatihah
5. Imam sujud .......... kita baru hendak menghabiskan Al-Fatihah.
6. Imam duduk antara 2 sujud .......... kita baru nak rukuk
7. Dan begitulah seterusnya....antara kita dan Imam pada rakaat pertama ini dah ketinggalan lebih dari 3 rukun.

Apa yg terjadi ialah kita tidak dapat rakaat pertama bersama imam maka apabila imam memberi salam pada rakaat ke empat maka wajib kita bangkit utk membuat satu lagi rakaat.

Sebab itu saya katakan utk solat berjemaah dgn imam ini kena cerdik sket bagi orang2 yg bacaannya gak slow utk tidak memberatkan bacaan yg sunat spt doa iftitah. Lagi pun jika kita cuba utk memperderaskan kelakuan solat kita utk kejar imam maka sudah pasti kita tertinggal rukun2 fi'li dlm solat spt tuma'ninah atau rukun qauli spt bacaan Fatihah yg berterabur dn tidak memenuhi hukum tajwid.


Wallahu a'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2008 08:51 AM | Show all posts
Originally posted by sham159 at 2-10-2008 06:11 PM
Assalamualaikum,

1. Bulan ramadhan hari tu saya sembanyang asar sebelum g bazaar ramadhan nak beli juadah berbuka.
dah habis ambil air sembahyang saya nak solat..tiba2 ada org nak berjemaah..saya pun ok jer..

habis solat..dia kat solat jemaah tadi tak sah..dia kata rakaat 1 dan ke 2 kena baca surah selepas fatihah. ya ker? rakaat 3 dan 4 je leh baca fatihah jer? betul ke ni?  


waalaikumsalam

ni sapa yg jadi imam?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2008 12:59 PM | Show all posts
saya jadi imamnya

waalaikumsalam

ni sapa yg jadi imam? [/quote]
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2008 01:50 PM | Show all posts
ooh..

lantas setelah tu apa yg anda buat?.. solat sekali lagik?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-10-2008 11:15 PM | Show all posts
ha ah..dia kata kena buat sekali lagik.....kali ni dia lak jadi imaam ..nyaris kami berdua jer..kalu x malu gak


Originally posted by redz85 at 4-10-2008 01:50 PM
ooh..

lantas setelah tu apa yg anda buat?.. solat sekali lagik?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2008 11:24 PM | Show all posts

Reply #47 sham159's post

Solat jemaah kalau dibuat 2, 3, 4 atau lebih kali adalah sunat sahaja.  Pernah seorang sahabat selepas selesai solat jemaah di masjid bersegera pulang untuk solat berjemaah bersama isterinya.  Kemudian sahabat lain tanya kepada Nabi s.a.w. lalu Nabi s.a.w. menyatakan tidak mengapa sekiranya mampu untuk melakukan.

Solat sham yang pertama tu sebenarnya sudah sah sebab yang wajib adalah al-fatihah sahaja. Tidak kira imam atau makmum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.168370 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list