View: 2498|Reply: 0
|
sampah menjadi wang....
[Copy link]
|
|
Bekas guru bahasa Arab hasilkan kraf tangan, hiasan daripada barang buangan
DARIPADA sampah menjadi wang. Tidak ramai terfikir sekam dan jerami padi mampu dijadikan barangan kraf yang mempunyai nilai estetika tersendiri selain boleh dikomersiolkan sebagai identiti kepada Kedah, Negeri Jelapang Padi.
Itulah harapan seorang pengusaha kraf kelahiran Kedah, Azzizuddin Aziz, 34 yang berjaya mencipta transformasi terhadap manfaat bahan buangan menjadi satu barangan bernilai tinggi.
Sebagai permulaan, Azzizuddin menempa nama tersendiri dalam dunia kraftangan negara apabila menghasilkan produk berasaskan jerami padi untuk membuat produk hiasan dalaman termasuk terendak lampu tidur, tanglung dan perhiasan dinding yang mencampurkan elemen dekorasi dan seni khat.
Bekas guru bahasa Arab itu, berkata idea menjadikan jerami dan sekam padi sebagai bahan utama penghasilan kraf tercetus selepas melihat masyarakat Mesir menggunakan daun pokok papyrus untuk menghasilkan kertas dan barangan kraf.
揔etika melanjutkan pelajaran dalam bidang linguistik Arab di Kolej Orman, Mesir pada 1998, saya kagum dengan kemampuan masyarakat Mesir yang mengambil daun pokok payprus untuk membuat kertas serta hiasan rumah.
MENARIK: Azzizuddin menunjukkkan terendak lampu.
揂pabila pulang, saya membuat penyelidikan sendiri dengan mengambil beberapa jenis bahan seperti daun pandan dan kelapa, bagaimanapun gagal kerana daun terbabit tidak boleh menghasilkan kepingan kertas, |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|